===== PAGE 1 ===== LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 2 ===== ===== PAGE 3 ===== KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(TERENGGANU)., D.K.(JOHOR)., S.P.M.J., D.K.M.B.(BRUNEI)., D.K.(KEDAH)., D.K.(PERLIS)., D.K.(PERAK)., D.K(SELANGOR) ===== PAGE 4 ===== LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA BAGI MENYIASAT ISU PENGURUSAN DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI DARI TAHUN 2014 HINGGA 2020 DIPERSEMBAHKAN KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH Pada 30 OGOS 2022 Oleh PESURUHJAYA-PESURUHJAYA Tun Md Raus bin Sharif (Pengerusi) Tan Sri Samsudin bin Osman Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain Tan Sri Dr. Mohd. Munir bin Abdul Majid Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim Norsyahrin bin Hamidon ===== PAGE 5 ===== ===== PAGE 6 ===== Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) Norsyahrin bin Hamidon Akauntan Bertauliah Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff (Setiausaha) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ===== PAGE 7 ===== PESURUHJAYA-PESURUHJAYA DAN SETIAUSAHA DARI KIRI KE KANAN Tun Md Raus bin Sharif (Pengerusi) Mantan Ketua Hakim Negara Tan Sri Samsudin bin Osman Mantan Ketua Setiausaha Negara Tun Sri Abdul Rashid bin Hussain Pengasas RHB Group Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid Pengerusi CARIASEAN Research and Advocacy dan Asean Business Advisory Council Malaysia ===== PAGE 8 ===== Muka Surat BAB TIGA 29 PENEMUAN DAN CADANGAN 31 3.1. Pendahuluan 31 3.2 Tadbir Urus Lembaga Tabung Haji 31 Anggota Lembaga 31 Kuasa Menteri 40 Cadangan Pelantikan Pengerusi dan Anggota Lembaga 43 3.3. Penglibatan Anggota Lembaga dalam Anak-Anak Syarikat 45 3.4 Ketua Pegawai Eksekutif LTH dan Pegawai Pengurusan 47 dalam Anak Syarikat 3.5 Jawatankuasa-Jawatankuasa Lembaga 52 Panel Pelaburan 53 Jawatankuasa Penasihat Syariah 55 Jawatankuasa Urusan Haji 59 3.6 Kawal Selia Bank Negara Malaysia ke atas Lembaga 61 Tabung Haji 3.7 Pengurusan Deposit 64 Perlindungan Berkanun ke atas Deposit Lembaga 64 Tabung Haji Pengaruh Zakat dalam Memobilisasi Deposit 68 Risiko Tertumpu (Concentration Risk) 72 3.8 Perlindungan Pelaburan 73 3.9. Pengagihan Keuntungan (Hibah) 74 Pengagihan Keuntungan (Hibah) bagi Tahun 2014 74 hingga 2017 Kadar Pengagihan Keuntungan (Hibah) 81 3.10 Pelaporan Kewangan 85 3.11 Laporan Penyata Kewangan yang Diaudit oleh Jabatan 87 Audit Negara 3.12 Bonus 97 Bonus kepada Eksekutif dan Bukan Eksekutif 97 (Kakitangan LTH) ===== PAGE 9 ===== KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN ix RINGKASAN EKSEKUTIF Xi SENARAI DEFINISI DAN SINGKATAN XXxili BAB SATU 1 PENGENALAN 3 1.1. Latar Belakang Penubuhan Suruhanjaya 3 12 Objektif 4 1.3 Skop 4 1.4 Pesuruhjaya 4 1.5 Tempoh Kuat Kuasa 6 1.6 Prosiding 6 1.7 Lokasi Prosiding 6 1.8 Kuorum 6 1.9 Kerahsiaan 6 1.10 Sekretariat 7 1.11 Prosedur Operasi Standard 7 1.12 Pendekatan dan Metodologi Siasatan 7 BAB DUA 13 LATAR BELAKANG PENGURUSAN DAN OPERASI LEMBAGA 15 TABUNG HAJI 2.1 Sejarah Penubuhan Lembaga Tabung Haji 15 2.2 Fungsi, Kawal Selia, Pentadbiran, Pengurusan dan Operasi 16 Lembaga Tabung Haji Fungsi Lembaga Tabung Haji 16 Kawal Selia dan Pengawasan Lembaga Tabung Haji 17 Pentadbiran dan Urusan Lembaga Tabung Haji 20 Senarai Pengerusi dan Anggota Lembaga 21 Jawatankuasa Lembaga 25 Pengurusan dan Operasi Harian Lembaga Tabung Haji 26 ===== PAGE 10 ===== PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (Suruhanjaya) bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020, telah berjaya menyiapkan laporan hasil siasatannya. Laporan ini mengandungi penemuan siasatan dan syor-syor penambahbaikan pengurusan dan operasi LTH untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Bagi pihak Pesuruhjaya-pesuruhjaya, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan laporan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak dan agensi, terutamanya saksi-saksi yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya, yang telah memberi kerjasama sehingga membolehkan Suruhanjaya menyempurnakan siasatannya dalam tempoh enam bulan seperti yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Setiausaha Suruhanjaya, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pasukan Sekretariat daripada JAKIM. Mereka dengan penuh dedikasi telah memastikan prosiding Suruhanjaya berjalan dengan lancar dari aspek pengurusan logistik dan penyediaan laporan. Terima kasih juga kepada JAKIM kerana telah menyediakan Bilik Mesyuarat, di Kompleks Islam Putrajaya sebagai lokasi perjalanan prosiding dan mesyuarat Suruhanjaya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua-dua jurubahasa daripada Mahkamah Persekutuan yang telah membantu perjalanan prosiding. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ix) ===== PAGE 11 ===== 3.13 3.14 3.15 3.16 3.17 3.18 Bayaran Bonus kepada Lembaga Pengarah TH Properties Sdn. Bhd. Bonus TH Properties Sdn. Bhd. Tahun 2017 Bonus THP Australia Capital Sdn. Bhd. Tahun 2018 Pelan Pemulihan LTH 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. Penubuhan UJSB Pelupusan Aset-Aset LTH yang Dipindahkan kepada UJSB Pelaburan yang Bermasalah Pandangan Suruhanjaya Laporan-Laporan LTH kepada Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Laporan Polis Pandangan Suruhanjaya Tindakan Tatatertib Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tindakan Mahkamah dan Timbang Tara Tanggungan Bantuan Kewangan Haji Penambahbaikan LTH dari Tahun 2017 hingga Sekarang Pandangan Suruhanjaya Dana Haji BAB EMPAT RUMUSAN Penutup SENARAI EKSHIBIT (EKSHIBIT DIKLASIFIKASIKAN RAHSIA) Muka Surat 102 103 104 107 117 129 138 155 155 155 159 159 163 164 165 172 183 184 189 191 199 201 ===== PAGE 12 ===== RINGKASAN EKSEKUTIF PENGENALAN Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 14 Ogos 2020, berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Suruhanjaya) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH). Seterusnya Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119]. Lanjutan daripada itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Oktober 2021 telah menetapkan objektif dan skop siasatan Suruhanjaya seperti berikut: (a) menelitiisu-isu berkenaan LTH yang berlaku antara tahun 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan Pricewaterhouse Cooper (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger (RB), tidak termasuk pelan penstrukturan dan pemulihan yang sedang dijalankan; (b) meneliti semua dokumen dan bukti-bukti yang berkaitan, serta menentukan sama ada terdapat perbuatan menyembunyikan maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya; dan (c) mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap mana- mana pihak yang didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang. 2. Pada 20 Januari 2022, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong telah berkenan melantik enam orang Pesuruhjaya seperti berikut: . Tun Md Raus bin Sharif; e Tan Sri Samsudin bin Osman; . Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain; . Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid; . Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim; dan ° Encik Norsyahrin bin Hamidon. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI OO ===== PAGE 13 ===== Suruhanjaya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan tanggungjawab Suruhanjaya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penghargaan khusus kepada Pegawai-pegawai Pengendali iaitu Datin Asmah binti Musa, Datuk Nazran bin Mohd Sham, Tuan Budiman Lutfi bin Mohamad serta Pembantu-pembantu Pegawai Pengendali yang kesemuanya Pegawai Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya iaitu Tan Sri Samsudin bin Osman, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain, Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim dan Encik Norsyahrin bin Hamidon atas komitmen, sumbangan ilmu dan kepakaran serta profesionalisme di sepanjang siasatan dan penyediaan laporan ini. Dengan kerjasama Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, laporan ini telah dapat disempurnakan. TUN RAUS SHARIF Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja 19 Julai 2022 tx) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 14 ===== menggantikan PWSBH. Fungsi-fungsi LUTH adalah gabungan fungsi-fungsi PWSBH dengan tanggungjawab Pejabat Urusan Haji Pulau Pinang. 7. Pada 1 Jun 1995, LUTH telah dimansuhkan dan diganti dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) melalui Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535]. Akta 535 memperuntukkan secara komprehensif mengenai fungsi, kawal selia, pengurusan dan operasi LTH. PENEMUAN SURUHANJAYA 8. Suruhanjaya telah mendapati beberapa penemuan penting mengenai pengurusan dan operasi LTH sepanjang tempoh siasatan. Penemuan-penemuan ini diperincikan dalam BAB TIGA laporan ini. Secara ringkasnya penemuan-penemuan utama Suruhanjaya adalah seperti berikut: TADBIR URUS Kelemahan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535] 9. Beberapa peruntukan dalam Akta 535 tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. Akta 535 memberi kuasa yang luas kepada Menteri. Kuasa tersebut merangkumi operasi haji, dana dan pelaburan. 10. Menteri yang bertanggungjawab ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Adalah didapati kepakaran ketiga-tiga Menteri Hal Ehwal Agama yang menyelia LTH dalam tempoh siasatan hanya terhad dalam bidang hal ehwal agama. Keterbatasan ini menjadikan Menteri Hal Ehwal Agama bergantung sepenuhnya kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan dan Lembaga dalam melaksanakan tanggungjawab dari aspek pengurusan dana dan pelaburan. Didapati tiada input tambahan yang lain diperoleh oleh Menteri sebelum beliau membuat keputusan mengenai pengurusan dana dan pelaburan. Situasi ini mungkin berbeza jika perkara berkaitan dengan pengurusan dana LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 15 ===== 3. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah melantik Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (kini Ketua Pengarah) sebagai Setiausaha kepada Suruhanjaya. Manakala Datin Asmah binti Musa, Datuk Nazran bin Mohd Sham dan Encik Budiman Lutfi bin Mohamed telah dilantik sebagai Pegawai Pengendali. 4. Tempoh kuat kuasa pelantikan Pesuruhjaya-pesuruhjaya adalah selama enam bulan bermula dari tarikh pelantikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. METODOLOGI SIASATAN 5. Dalam menjalankan siasatan, Suruhanjaya telah menggunakan empat pendekatan dan metodologi bagi mencapai objektif penubuhannya dan memastikan siasatan Suruhanjaya mencakupi semua skop seperti yang dinyatakan dalam terma rujukan. Berikut adalah metodologi yang digunakan: ° pengumpulan rekod dan dokumen; ° taklimat agensi; D Akuan Berkanun Saksi; dan . prosiding Suruhanjaya. LATAR BELAKANG LEMBAGA TABUNG HAJI G. Pengurusan haji negara ini bermula dengan pewujudan Ordinan Haji 1951 [Federation of Malaya No.56 of 1951] dengan matlamat melindungi dan mengawal orang Islam yang melaksanakan ibadah haji. Untuk tujuan itu, telah ditubuhkan Pejabat Urusan Haji Pulau Pinang. Penubuhan LTH sebagai badan berkanun bermula dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Tanah Melayu (PWSBH) melalui Akta Parlimen 34/62. Pada tahun 1969, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) telah ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 8] yang @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 16 ===== (a) penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Mei 2021, sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya iaitu pada 31 Ogos 2021; dan (b) penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor bin Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020. 15. Peruntukan yang memberi kuasa membatalkan perkhidmatan mana- mana anggota Lembaga dengan serta-merta tanpa sebab tidak lagi sesuai dalam keadaan sekarang. Penglibatan Anggota Lembaga dan Pengurusan dalam Anak-anak Syarikat 16. Suruhanjaya mendapati pegawai dan anggota Lembaga LTH terlibat dalam banyak anak syarikat LTH sama ada sebagai Pengerusi atau Anggota Lembaga Pengarah (ALP). Mereka juga didapati terlibat dalam jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Lembaga sama ada sebagai Pengerusi atau Ahli. Penglibatan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH dalam pengurusan anak-anak syarikat menyebabkan mereka kurang memberi fokus kepada tugas hakiki di LTH dan menimbulkan konflik kepentingan dalam pengurusan LTH dan anak-anak syarikatnya. Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Tabung Haji 17. Semua jawatankuasa LTH ditubuhkan melalui peruntukan seksyen 11 Akta 535. Jawatankuasa penting seperti Panel Pelaburan, Jawatankuasa Penasihat Syariah, Jawatankuasa Pengurusan Haji tidak dikanunkan secara spesifik dalam Akta 535. Ini menyebabkan jawatankuasa tersebut boleh dibubarkan secara pentadbiran seperti yang berlaku kepada Panel Pelaburan yang telah dibubarkan pada tahun 2018 dan diganti dengan satu jawatankuasa lain yang tidak selari dengan Akta 535. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 17 ===== dan pelaburan LTH dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kewangan. Dengan itu, Suruhanjaya berpendapat kuasa Menteri dalam mengawal selia LTH wajar dikongsi bersama dua orang Menteri iaitu Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Kewangan. 11. Akta 535 memberi kuasa kepada Menteri dalam melantik Pengerusi dan anggota Lembaga. Seksyen 6(2) Akta 535 hanya memperuntukkan Pengerusi atau anggota Lembaga hendaklah seorang muslim dan warganegara Malaysia. Didapati tiada penjelasan tentang kriteria khusus yang perlu ada pada seseorang sebelum dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga. Suruhanjaya telah menyenaraikan akta-akta berkaitan yang mempunyai kriteria khusus seperti “orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan” sebagai panduan. 12. Peruntukan yang begitu luas seperti di atas telah memperlihatkan pelantikan seorang Pengerusi LTH dan beberapa anggota Lembaga yang dilantik dalam kalangan ahli politik bagi tempoh 2014 hingga 2018. Penglibatan ahli politik dalam pengurusan LTH telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat akibat daripada pertembungan politik. Keadaan ini menyebabkan ada pihak-pihak mengambil kesempatan dengan menjadikan keputusan yang dibuat LTH sebagai bahan kritikan sehingga menjejaskan kredibiliti LTH. 13. Terdapat beberapa keputusan LTH seperti bayaran agihan keuntungan (hibah), penentuan bayaran haji, dan Bantuan Kewangan Haji (Hajj Financial Support (HAFIS)) didorong oleh unsur-unsur politik. 14. Disamping itu, Akta 535 memberi Menteri kuasa untuk membatalkan pelantikan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga pada bila- bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab. Menteri telah menggunakan kuasa ini dalam dua situasi iaitu: @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 18 ===== e LTH tidak melaksanakan rosot nilai bagi pelaburan dan pembiayaan kepada anak syarikat (Subsidiary companies); . LTH tidak melaksanakan rosot nilai dalam instrumen pendapatan tetap; ° LTH tidak memenuhi piawaian FRS 140 berkaitan kejatuhan nilai saksama/kerugian nilai saksama bagi pelaburan hartanah; ° LTH bagi tahun kewangan 2017 telah mengagihkan keuntungan (hibah) tanpa mengambil kira impak daripada rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan; dan e LTH telah merekodkan pendapatan dividen daripada anak syarikat walaupun dividen tersebut tidak dibayar kepada LTH. 21. Suruhanjaya mendapati beberapa perkara yang dilaporkan oleh PwC dalam financial review tersebut adalah benar. Sekiranya piawaian Malaysian Financial Report Standard (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion berbanding keuntungan RM3.4 bilion seperti yang direkodkan dalam Laporan Kewangan 2017. Ini menunjukkan bahawa kedudukan kewangan LTH sudah berada dalam keadaan kritikal pada tahun kewangan 2017. Faktor-Faktor yang Membawa kepada Krisis Kewangan 22. Suruhanjaya mendapati antara faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya krisis kewangan seperti yang dinyatakan di atas adalah: (i) Pembayaran hibah yang tinggi Keghairahan untuk membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak tahun 2014 hingga 2017 telah melampaui LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 19 ===== 18. Dengan itu, Suruhanjaya mencadangkan Panel Pelaburan, Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Pengurusan Haji dikanunkan dalam Akta 535. KRISIS KEWANGAN 19. LTH menghadapi krisis kewangan yang serius pada tahun kewangan 2017. Ini menjadi ketara apabila Ketua Audit Negara (KAN) telah menegur LTH berkaitan beberapa perubahan polisi rosot nilai aset kewangan LTH yang tidak konsisten pada tahun kewangan 2017 apabila polisi rosot nilai telah diubah sebanyak dua kali. Teguran atau ‘Emphasis of Matter’ daripada KAN bertarikh 16 Julai 2018 adalah seperti berikut: e kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan LTH adalah tidak konsisten. Terdapat perubahan polisi rosot nilai pada setiap tahun khususnya dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 yang mana pada masa itu ia diubah sebanyak dua kali. e dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, LTH tidak merekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam tiga syarikat subsidiari dan tiga syarikat bersekutu khususnya pelaburan dalam TH Heavy Engineering Berhad berjumlah RM164.58 juta. 20. Lanjutan daripada teguran KAN, pengurusan LTH telah melantik firma PwC untuk melaksanakan financial review terhadap kedudukan kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017. Hasil financial review yang dibuat oleh PwC menunjukkan bahawa terdapat jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak tahun 2014. Ringkasan laporan tersebut adalah seperti berikut: e LTH tidak melaksanakan rosot nilai terhadap pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu (associated companies); @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 20 ===== (iii) tinggi berbanding dengan nilai yang dinyatakan dalam Laporan Penyata Kewangan Beraudit LTH. Tiada pelarasan dibuat ke atas nilai pelaburan yang nilainya telah susut berbanding dengan nilai pelaburan asal. Pengurusan LTH memberi alasan bahawa seksyen 22 Akta 535 tidak mempunyai definisi aset yang jelas. Oleh itu, pihak pengurusan mempunyai hak untuk menentukan bagaimana nilai aset berkenaan dikira. Ketidaktegasan Ketua Audit Negara (KAN) Sebagai sebuah badan berkanun, Laporan Kewangan Tahunan LTH hendaklah diaudit oleh JAN. Objektif pengauditan adalah untuk menyediakan penyata kewangan yang memberi gambaran sebenar dan saksama mengenai kedudukan kewangan LTH. Suruhanjaya mendapati bahawa penyata kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih walaupun laporan audit untuk tahun kewangan 2017 ada menyebutkan tentang “Emphasis of Matter”. Penjelasan mengenai “Emphasis of Matter’ oleh KAN kepada Perdana Menteri boleh dilihat pada surat bertarikh 19 Disember 2018 yang menyatakan: “5. Sepertimana YAB Tun sedia maklum, Pendapat Berteguran telah dicadangkan terhadap Penyata Kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 sekiranya tiada pelarasan dibuat untuk dua penemuan material yang dibangkitkan iaitu Perubahan Polisi Rosot Nilai Aset Kewangan TH dan Rosot Nilai Bagi Pelaburan TH Dalam Syarikat Subsidiari dan Bersekutu berjumlah RM227.81 juta. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada YAB Tun semasa perbincangan pada 4 Julai 2018. Bagaimanapun, hasil perbincangan tersebut, sekiranya Pendapat Berteguran diberikan, secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi espektasi dan persepsi negatif pihak berkepentingan (stakeholder), khususnya pendeposit untuk terus menyimpan di TH. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 21 ===== kemampuan kewangan LTH. Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibuat sebelum tahun 2018 telah menyebabkan rizab LTH menyusut. Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi ini telah menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi. Dalam memenuhi jangkaan pendeposit ini menyebabkan LTH tergelincir daripada matlamat penubuhannya. Ini mendedahkan LTH kepada risiko pendeposit besar yang berpotensi mengeluarkan deposit mereka (bank run) sekiranya agihan keuntungan (hibah) yang diberi oleh LTH adalah terlalu rendah. Ini berlaku pada tahun 2019 selepas pengumuman agihan keuntungan (hibah) pada kadar 1.25% bahawa terdapat pengecutan dalam deposit. Saiz deposit LTH menurun daripada kira-kira RM73 bilion sebelum pengumuman agihan keuntungan (hibah) kepada RM69 bilion pada akhir 2019. LTH bernasib baik kerana jumlah pengeluaran deposit dan kesannya adalah lebih kecil daripada apa yang dikhuatiri. Oleh kerana tekanan untuk mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi, LTH terpaksa mengambil risiko pelaburan yang berlebihan berbanding dengan apa yang sewajarnya. Adalah didapati pelaburan LTH lebih cenderung kepada ekuiti yang terdedah kepada turun naik pasaran. (ii) Kreatif dalam Amalan Perakaunan Pengurusan LTH telah membuat amalan perakaunan kreatif bagi pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi. Pengurusan LTH dalam tempoh tahun kewangan 2014 hingga 2017 tidak menggunakan nilai aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan Tahunan LTH yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN). Sebaliknya LTH telah menggunakan nilai aset yang boleh direalisasikan (Realisable Asset Value (RAV)) dalam menentukan pematuhan kepada seksyen 22, Akta 535. Penggunaan RAV dalam pengiraan agihan keuntungan (hibah) telah menjadikan nilai aset lebih @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 22 ===== Walau bagaimanapun, peranan LTH telah diperluaskan melangkaui tujuan asalnya dengan memasukkan visi LTH sebagai tonggak ekonomi ummah. Dengan visi ini, LTH telah melibatkan diri dalam pelaburan seperti hartanah dan perladangan secara besar-besaran sedangkan LTH tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran. Ini telah mengakibatkan LTH mengalami kerugian yang besar terutamanya dalam anak- anak syarikat. (v) Tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) Pemberian HAFIS telah bermula pada tahun 2001. Sebelum itu jemaah haji Muassasah perlu membayar kos haji sebenar. Walau bagaimanapun, kos haji meningkat dari tahun ke tahun. Didapati kos haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2013 adalah pada kadar RM15,553.00 tetapi ia telah meningkat sehingga RM25,540.00 pada tahun 2022. Pada tahun 2014 sehingga 2019, bayaran haji yang dikenakan oleh LTH bagi setiap jemaah Muassasah hanyalah sebanyak RM9,980.00. Manakala sebahagian kos haji adalah ditanggung oleh LTH melalui HAFIS. Jumlah HAFIS yang ditanggung oleh LTH telah meningkat daripada RM106 juta pada tahun 2014 kepada RM300 juta pada tahun 2019. Namun pada tahun 2022, LTH telah mengemukakan kadar baru bagi bayaran haji dengan memperkenalkan dua lapisan: (a) RM10,980.00 bagi jemaah haji kumpulan B40; dan (b) RM12,980.00 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40. Walaupun bayaran haji tahun 2022 telah dinaikkan, namun jumlah yang terpaksa ditanggung oleh LTH masih tinggi. Suruhanjaya mendapati jumlah HAFIS boleh mencecah hampir RM400 juta setahun bermula tahun 2022. Dengan peningkatan kos haji, peratus kenaikan HAFIS boleh meningkat kepada 65% daripada kos haji pada tahun 2030 jika kadar bayaran haji LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 23 ===== Dengan mengambil kira perkara tersebut, Pendapat Tanpa Teguran dengan “Emphasis of Matter” telah diberikan pada 16 Julai 2018.” Penjelasan di atas menunjukkan bahawa KAN telah mempertimbangkan perkara-perkara di luar skop audit dalam penemuannya semasa mengaudit Penyata Kewangan LTH 2017. Jelas bahawa JAN tidak tegas dalam pengauditan penyata kewangan LTH. Sepatutnya untuk tahun kewangan 2017, JAN tidak sepatutnya memberi Sijil Audit Bersih. Perkara- perkara yang dinyatakan sebagai “Emphasis of Matter’ sepatutnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan. Tanpa Sijil Audit Bersih, LTH tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan pada kadar 4.50% dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75% yang telah menelan belanja sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017. Ketidaktegasan JAN juga dilihat apabila agensi berkenaan gagal menegur LTH berkaitan pemberian keuntungan (hibah) yang tinggi sepanjang tahun 2014 hingga 2017. Pegawai JAN telah menyatakan bahawa JAN tidak bertanggungjawab ke atas pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang dibuat oleh LTH. Kenyataan tersebut adalah tidak selari dengan tanggungjawab JAN dalam mengaudit sesebuah badan berkanun. JAN seharusnya membuat teguran mengenai pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang terlalu tinggi yang bertentangan dengan kemampuan kewangan LTH. (iv) Visi LTH sebagai Tonggak Ekonomi Ummah Penambahan visi LTH sebagai tonggak ekonomi ummah juga menyumbang kepada krisis kewangan LTH. Terdapat dua tujuan asal LTH. Pertama, sebagai platform untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji. Kedua, untuk menjadi institusi yang membolehkan jemaah haji menabung supaya mereka mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan ibadah haji. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 24 ===== 26. 27. 28. aset yang dipindahkan. Secara konsepnya, cadangan penubuhan UJSB adalah berdasarkan model pengurusan Danaharta Nasional Berhad yang telah berjaya membantu menangani krisis kewangan pada tahun 1998. Rangka kerja pelan pemulihan dan penstrukturan LTH yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah diarah untuk dilaksanakan sebelum berakhir tahun 2018. Selepas itu, perjanjian pemindahan aset telah ditandatangani pada 27 Disember 2018 antara LTH dan UJSB bagi pemindahan 106 saham tersenarai, sebuah syarikat perladangan dan 29 aset hartanah. Kemudiannya, pada 15 Mei 2019, LTH dan UJSB telah menandatangani Perjanjian Langganan Sukuk dan Perjanjian Penolakan Pertama (Right of First Refusal) bagi memberi LTH hak keutamaan untuk mengambil alih semula aset-aset yang telah dipindahkan, sekiranya UJSB ingin melupuskan mana-mana aset tersebut mengikut nilai perjanjian atau nilai ambang (threshold) yang ditetapkan. Aset-aset LTH telah dipindahkan kepada UJSB pada nilai RM19.9 bilion (berbanding nilai pasaran ketika itu sebanyak RM9.7 bilion, atau pada nilai premium sebanyak RM10.2 bilion kepada nilai pasaran). Sebagai pertimbangan kepada pemindahan aset-aset tersebut, UJSB telah menerbitkan Sukuk Murabahah (Sukuk) berkupon sifar yang dilanggan sepenuhnya oleh LTH. Terma-terma Sukuk adalah seperti berikut: (i) | Sukuk Siri 1 berjumlah RM10 bilion (jumlah nilai nominal RM13.2 bilion) untuk tempoh tujuh tahun dengan pulangan ketika matang (yield to maturity) 4.05% setahun; (ii) | Sukuk Siri 2 berjumlah RM9.6 bilion (jumlah nilai nominal RM14.3 bilion) untuk tempoh sepuluh tahun pulangan ketika matang (yield to maturity) 4.10% setahun; dan (iii) pembayaran tunai RM300 juta. Pembayaran tunai RM300 juta kepada LTH telah dibuat oleh UJSB iaitu pada 30 Disember 2019 (RM100 juta) dan 30 Disember 2020 (RM200 juta). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 25 ===== dikekalkan. Kos HAFIS yang ditanggung oleh LTH dijangka mencecah RM742.47 juta setahun menjelang tahun 2030. Memandangkan HAFIS diambil daripada keuntungan pelaburan LTH, maka peningkatan HAFIS sekaligus menjejaskan kadar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit. Agihan keuntungan (hibah) yang rendah boleh menyebabkan pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang besar di LTH mencari peluang pelaburan lain. Adalah dijangkakan bahawa LTH memerlukan kadar minimum sebanyak RM60 bilion bagi menampung HAFIS pada tahap yang ada sekarang. Apabila kos subsidi meningkat, jumlah dana yang lebih besar diperlukan dan kebergantungan kepada pendeposit besar akan bertambah. PENUBUHAN URUSHARTA JAMAAH SDN. BHD. 23. Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) adalah untuk mengatasi krisis kewangan yang dihadapi oleh LTH. Penubuhan UJSB didahului dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 yang telah meluluskan pelan pemulihan dan penstrukturan semula LTH. Tujuan utama pelan ini adalah bagi menangani defisit antara aset dan liabiliti LTH. 24. Pada 14 Disember 2018, UJSB telah ditubuhkan. Penubuhan UJSB adalah salah satu daripada empat cadangan yang dibincangkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh wakil Pejabat Perdana Menteri, wakil Bank Negara Malaysia (BNM), wakil Kementerian Kewangan (MOF) serta wakil pengurusan kanan LTH. Jawatankuasa tersebut mendapati cadangan menubuhkan UJSB merupakan cadangan yang paling sesuai berdasarkan masalah yang dihadapi oleh LTH. 25. Pemindahan aset kurang berdaya saing LTH kepada UJSB merupakan solusi jangka panjang. Aset kurang berdaya saing LTH diganti dengan instrumen yang dapat menjana pendapatan yang lebih stabil pada nilai premium bagi memastikan penutupan jurang defisit. UJSB diharap dapat memulihkan dan menambah baik nilai @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 26 ===== Persekutuan. Hal ini juga dapat menambah baik kualiti instrumen yang akan dipegang oleh LTH. 33. Suruhanjaya dimaklumkan bahawa UJSB sedang mengadakan perbincangan bersama MOF untuk mendapatkan pertimbangan mengenai jaminan Kerajaan dan juga telah memulakan rundingan dengan LTH tentang terma-terma Sukuk Jaminan Kerajaan yang baharu. Antara terma-terma yang dicadangkan termasuk kadar kupon yang dikenakan pada kadar pasaran semasa. Dengan itu, Sukuk Jaminan Kerajaan akan memberi LTH peluang untuk menerima aliran tunai melalui pembayaran kupon tahunan. Suruhanjaya juga mendapati cadangan Sukuk UJSB yang hendak diterbitkan secara beransur-ansur dalam pelbagai siri akan membolehkan LTH mengalihkan risiko penebusan Sukuk ini kepada beberapa tempoh berbeza atau mempelbagaikan tarikh matang. Penemuan-penemuan Lain 34. Dalam laporan ini, Suruhanjaya juga telah membuat penemuan mengenai pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan LTH, pembayaran bonus kepada Lembaga Pengarah TH Properties yang tidak mengikut peraturan, pelaburan anak-anak syarikat LTH yang bermasalah dan mengalami kerugian, laporan-laporan oleh LTH kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, tindakan tatatertib terhadap para pegawai LTH, tindakan Mahkamah dan timbang tara yang sedang berjalan. RUMUSAN 35. Suruhanjaya berpandangan struktur LTH sedia ada harus dikekalkan. Walau bagaimanapun pengurusan dan operasi LTH perlu diperbaiki. Daripada penemuan-penemuan dalam BAB TIGA, Suruhanjaya telah mengesyorkan tindakan-tindakan yang sesuai untuk diambil oleh pihak Kerajaan dan pengurusan LTH. Cadangan utama Suruhanjaya boleh diringkaskan seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 27 ===== 29. Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah meluluskan peruntukan RM17.8 bilion bagi membiayai pengurangan (shortfall) penebusan Sukuk UJSB, iaitu sebanyak RM500 juta pada tahun 2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) dan RM17.3 bilion (anggaran purata RM1.73 bilion setahun) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK 13). 30. Sebagai instrumen yang disenaraikan dalam Komitmen Jaminan di bawah Akta 61, Sukuk UJSB merupakan obligasi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan. Suruhanjaya mengambil maklum UJSB telah menerima peruntukan sebanyak RM500 juta dalam bentuk Geran Kerajaan pada tahun 2020. Peruntukan RM500 juta ini telah digunakan untuk bayaran kepada LTH, sebanyak RM300 juta untuk bayaran saham yang berubah taraf patuh syariah, dan RM200 juta untuk menebus Sukuk UJSB kepada LTH. Penebusan awal sebanyak RM200 juta itu dilaksanakan pada 30 November 2020. 31. Selain itu, hasil pengakruan Sukuk UJSB juga menyumbang hampir 26% daripada keseluruhan pendapatan tahunan LTH. Malah ia melebihi satu pertiga daripada jumlah pengagihan keuntungan tahunan kepada pendeposit. Kegagalan atau kekangan dalam melunaskan obligasi UJSB merupakan risiko terbesar LTH dan boleh meruncingkan kedudukan kewangan LTH pada masa hadapan serta membawa ekosistem kewangan negara kepada krisis kewangan yang lebih besar. 32. Terdapat usaha yang dirancang agar Sukuk yang diterbitkan oleh UJSB distrukturkan semula. Adalah dicadangkan Sukuk yang hendak diterbitkan semula itu mempunyai jaminan Kerajaan. Cadangan ini boleh dilakukan kerana pada masa Sukuk UJSB diterbitkan pada tahun 2018, kadar siling hutang negara hanya pada kadar 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Walau bagaimanapun, kadar siling hutang negara telah dinaikkan baru- baru ini daripada 55% kepada 65% daripada KDNK. Dengan jaminan Kerajaan, UJSB diharap akan mendapat keutamaan peruntukan tahunan daripada Kerajaan dalam Belanjawan Kerajaan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 28 ===== e peruntukan-peruntukan yang lebih jelas mengenai pengiraan agihan keuntungan (hibah). Dalam pindaan tersebut. perlu dinyatakan pembayaran agihan keuntungan (hibah) hendaklah berpandukan kepada penyata kewangan tahunan yang telah diaudit berdasarkan piawaian perakaunan semasa yang ditetapkan MIA; ° peruntukan-peruntukan berkaitan dengan penubuhan sebuah jabatan yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji yang bertanggungjawab kepada pelaburan LTH yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan ° pindaan kepada seksyen 26 Akta 535 dengan membuat pengecualian pemakaian Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terhadap LTH. (b) Struktur tadbir urus LTH perlu disusun semula untuk memberi mandat kepada Menteri Hal Ehwal Agama bagi pengurusan haji, dan Menteri Kewangan bagi pengurusan kewangan, dana dan pelaburan. Manakala pelantikan anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dibuat oleh Perdana Menteri atas syor jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadangkan untuk ditubuhkan. (c) Penglibatan anggota Lembaga dan pengurusan LTH dalam pengurusan anak-anak syarikat LTH hendaklah dihadkan. Ini bertujuan untuk memastikan mereka dapat memberi fokus kepada tanggungjawab di LTH dan sekaligus mengelak konflik kepentingan. (d) BNM tidak seharusnya mengawal selia LTH. Jika pengawalseliaan ini masih diperlukan maka ia hendaklah dihadkan kepada: (i) kawalan rizab; dan (ii) pengurusan kecairan. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 29 ===== (a) Pindaan perlu dibuat ke atas Akta 535, bagi menambahbaik tadbir urus dan kawal selia LTH dengan mewujudkan peruntukan undang-undang mengenai perkara-perkara berikut: ° peruntukan yang menggariskan kriteria khusus yang perlu ada pada individu-individu yang layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai anggota Lembaga dan kaedah pemilihan anggota Lembaga; ° peruntukan agar bidang-bidang kepakaran yang diperlukan bagi anggota-anggota Lembaga yang dilantik, dinyatakan secara khusus; ° peruntukan khusus yang melarang ahli politik yang aktif daripada dilantik dan memegang jawatan sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga dan anak-anak syarikat; e peruntukan agar sebelum pembatalan pelantikan mana- mana anggota Lembaga, perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan; e peruntukan agar penamatan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan; e peruntukan berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Urusan Haji, Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Panel Pelaburan hendaklah dikanunkan di bawah Akta 535. Peruntukan-peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus, Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan hendaklah juga diperuntukkan dalam Akta 535; @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 30 ===== (m) dengan penurunan nilai aset yang teruk. Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti yang berikut: e PT TH Indo Plantations (THIP); e = Emrail Sdn. Bhd.; e Wellspring Worldwide Limited; e Deru Semangat Sdn. Bhd. (DSSB); e —_Trurich Resources Sdn. Bhd. (Trurich); e Abraj Sdn. Bhd. (Abraj); e Putrajaya Perdana Berhad; e Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd. (Al-Rawda); e Alfareeda Residential Fund (Al-Fareeda); e TH Plantations Berhad (THP); e TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties); e Alam Maritim Resources/ TH Marine; e TH Hotel & Residences Sdn. Bhd. (THHR); dan e FGV Berhad (FGV). Pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan yang dibuat berkaitan dengan sebarang salah laku di LTH. Proses penyempurnaan tindakan tatatertib di LTH ini yang meliputi durasi penahanan kerja perlulah diperkemas dan disegerakan agar proses ini dilihat dan diyakini sebagai suatu proses yang berkesan, cekap, adil dan telus. Transaksi-transaksi pelaburan yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau di prosiding timbang tara perlu dipantau secara dekat oleh Pengurusan dan Lembaga bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar dan menghasilkan keputusan yang terbaik kepada LTH. Penyelesaian di luar proses mahkamah dan timbang tara harus dipertingkatkan agar pertikaian dapat diselesaikan dengan segera tanpa merencatkan kepentingan LTH. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 31 ===== Walau bagaimanapun, pengawalseliaan di atas tidak harus tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759], Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758] dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Akta 678]. (e) Pengauditan penyata kewangan LTH sewajarnya tidak lagi dipertanggungjawabkan kepada JAN sebaliknya LTH boleh melantik Firma Akauntan Swasta untuk membuat pengauditan penyata kewangan LTH. (f) LTH dalam menentukan kadar pengagihan keuntungan (hibah) perlu berdasarkan kepada penyata kewangan tahunan yang telah diaudit, bukan Laporan Proforma. RAV juga tidak boleh dijadikan asas oleh LTH bagi membuat pembayaran agihan keuntungan (hibah), sebaliknya hendaklah menggunakan nilai aset dan liabiliti seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan LTH. (g) Laporan Penyata Kewangan LTH hendaklah mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan dan prinsip-prinsip seperti yang dirujuk dalam Akta 240. LTH juga perlu secara tepat mematuhi PA 3.1 Garis Panduan Untuk Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan. (h) Amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan hendaklah dihentikan. (i) Usaha perlu dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberi kepada ahli Lembaga dan Pengurusan TH Properties, memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. (j) Suruhanjaya juga mencadangkan supaya audit forensik dilaksanakan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan LTH berhadapan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 32 ===== (s) Suruhanjaya menggalakkan UJSB membuat penebusan awal Sukuk hasil daripada pelupusan aset-aset yang telah dipindahkan dari LTH kepada UJSB. (t) LTH perlu membuat perubahan dasar bagi deposit, bayaran haji dan HAFIS seperti berikut: (i) deposit minimum untuk pendeposit layak diberi giliran menunaikan haji secara automatik (bagi haji kali pertama) dinaikkan daripada RM1,300 kepada kos yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah semasa (sekarang ini berjumlah RM12,980); (ii) jumlah pengeluaran deposit yang besar dihadkan dan pendeposit perlu memberi notis pengeluaran selama sebulan sebelum pengeluaran tersebut dibuat; dan (iii) sebarang bentuk bantuan haji ataupun subsidi hanya diberikan kepada jemaah yang memerlukan sahaja. (u) LTH perlu merancang agar ia mampu membawa lebih ramai jemaah haji pada masa hadapan dan menggunakan sepenuhnya kuota tambahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Arab Saudi. (v) LTH perlu menaikkan minimum bayaran pendaftaran haji Muassasah daripada RM1,300 kepada bayaran semasa, iaitu RM12,980. Ini bukan sahaja akan menambah jumlah deposit LTH malah akan mengurangkan tempoh menunggu giliran haji daripada 130 tahun kepada 33 tahun. (w) Fungsi pelaburan LTH yang meliputi pengurusan pelaburan dan agihan keuntungan hendaklah dijalankan dengan bebas dan profesional. Kedua-dua fungsi, iaitu pengurusan dana dan pengurusan haji perlu berada dalam entiti yang sama kerana terdapat unsur-unsur subsidi silang (cross subsidy) seperti yang diamalkan sekarang. Fungsi pengurusan pelaburan dikekalkan dalam LTH, sebagai sebuah jabatan yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji. Dana Haji akan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 33 ===== (n) LTH wajar memberi perhatian serius bagi memastikan bayaran zakat dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Memandangkan telah berlaku perubahan akad simpanan, adalah wajar LTH mengemukakan perkara ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) untuk dibincang dan diputuskan pandangan hukum berkaitan pembayaran zakat. (o) Kerajaan hendaklah mengambil perhatian serius mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018 bagi memastikan pelan ini berjaya mencapai matlamatnya. Instrumen Sukuk boleh ditambah baik sekiranya mempunyai Jaminan Kerajaan. Jika LTH gagal, jaminan Kerajaan (seksyen 24 Akta 535) kepada pendeposit yang sekarang bernilai RM88 bilion terpaksa diaktifkan. Dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja LTH akan menanggung akibatnya tetapi kedudukan kewangan Kerajaan akan turut terjejas dan ini mengancam kestabilan sistemik kewangan negara. (p) Penstrukturan Sukuk yang dicadangkan untuk diterbitkan semula perlulah mempunyai ciri-ciri boleh diniagakan (tradeable). Ciri-ciri yang boleh diniagakan ini dapat memberi fleksibiliti kepada LTH dalam mengurus komponen aset-aset yang dipegang terutamanya bagi mengoptimumkan pendapatan LTH. (q) Penerbitan Sukuk tersebut tidak hanya ditawarkan kepada LTH atau Kerajaan tetapi juga boleh ditawarkan kepada institusi- institusi kewangan yang lain. (r) Kerajaan hendaklah memberi perhatian yang serius dengan memastikan peruntukan sebanyak RM1.73 bilion setahun dibuat seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri bagi tujuan penebusan awal Sukuk-sukuk UJSB. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 34 ===== SENARAI DEFINISI DAN SINGKATAN Dalam laporan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki sebaliknya, perkataan dan ungkapan berikut hendaklah merujuk kepada atau mempunyai makna berikut: ABS : Akuan Berkanun Saksi AFS : Available for Sale AHTS : Anchor Handling Support Vessels AJK : Ahli Jawatankuasa Akta 119 : Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 Akta 240 : Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 180 Akta 535 : Akta Tabung Haji 1995 Akta 61 : Akta Tatacara Kewangan 1957 Akta 783 : Akta Akuan Berkanun 1960 Akta 8 : Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 Akta 88 : Akta Rahsia Rasmi 1972 ALP : Ahli Lembaga Pengarah BBP : Badan Berkanun Persekutuan BNM : Bank Negara Malaysia EY : Ernst & Young FRS : Financial Reporting Standards FRSIC : Financial Reporting Standards Implementation Committee LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 35 ===== bertanggungjawab kepada pelaburan LTH dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (x) LTH hendaklah memfokuskan kepada portfolio pengurusan dana. LTH tidak seharusnya terlibat dengan pelaburan berisiko tinggi khususnya pelaburan-pelaburan yang diklasifikasikan sebagai strategik oleh LTH. (y) Kerajaan hendaklah mengambil langkah penambahbaikan secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh model perniagaan dan pelaburan LTH termasuk memperkasa tadbir urus melalui pengurusan profesional tanpa campur tangan politik. Penutup 36. Suruhanjaya berharap Kerajaan, Lembaga dan pengurusan LTH akan memberikan perhatian yang serius terhadap penambahbaikan yang dicadangkan dalam laporan ini. Urus tadbir yang cekap dan berintegriti akan dapat menarik lebih ramai pendeposit untuk menabung di LTH. Ini akan meningkatkan dana LTH sekaligus membolehkan objektif utama LTH dapat dicapai. Dengan itu, LTH akan terus kekal unggul di negara kita Malaysia dan di persada antarabangsa. Sekian. 19 Julai 2022 @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 36 ===== Ordinan PERS PN PwC PWSBH RAV RB RCI ROFR RPK SC SOP SPRM SPV Suruhanjaya TH Properties THP Australia : Royal : Ordinan Haji 1951 atau The Muslim Pilgrims Ordinance 1951 [Federation Malaya No.56 of 1957] : Private Entity Reporting Standards : Promissory Note atau Nota Janji : Pricewaterhouse Coopers : Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Tanah Melayu : Realisable Asset Value atau Nilai Aset yang Boleh Direalisasikan : Roland Berger Commission of Siasatan Diraja Inquiry atau Suruhanjaya : Right of First Refusal atau Perjanjian Hak Penolakan Pertama : Rizab Penyamaan Keuntungan : Securities Commission Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia : Prosedur Operasi Standard : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia : Special Purpose Vehicle atau Syarikat Bertujuan Khas : Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi Menyiasat Isu-Isu Pengurusan dan Operasi LTH : TH Properties Sdn. Bhd. : THP Australia Capital Sdn. Bhd. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 37 ===== HAFIS IKBB ISSAI JAC JAKIM JAN JAWHAR JPS JPPHM KAN Lembaga LTH LUTH MASB Menteri MFRS MIA MOF NKS : Hajj Financial Support atau Bantuan Kewangan Haji : Institusi Kewangan Bukan Bank : The International Standards of Supreme Audit Institution : Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : Jabatan Audit Negara : Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji : Jawatankuasa Penasihat Syariah : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia : Ketua Audit Negara : Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji atau Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Lembaga Tabung Haji, mengikut mana-mana yang berkenaan : Lembaga Tabung Haji : Lembaga Urusan dan Tabung Haji : Malaysian Accounting Standards Board : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) : Malaysian Financial Reporting Standards : Malaysian Institute of Accountants : Kementerian Kewangan Malaysia : Nota Keterangan Saksi @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 38 ===== BAB SATU ===== PAGE 39 ===== UJSB : Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. WP 7.2 : Pekeliling Perbendaharaan WP 7.2 Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus oleh Badan-Badan Berkanun yang Diasingkan Pengurusan Saraannya daripada Sektor Awam @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 40 ===== BAB SATU PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Penubuhan Suruhanjaya 1.1.1 Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua yang bersidang pada 1 Julai 2019 telah membahaskan isu-isu mengenai Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (LTH). Susulan itu, beberapa orang Ahli Parlimen telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang berbangkit mengenai LTH. 1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 14 Ogos 2020 berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi LTH. Jemaah Menteri berpandangan sedemikian susulan pembentangan Nota Bersama daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengenai “Perkara-perkara Berbangkit Berhubung Kedudukan Semasa Kewangan dan Aset, Pelan Pemulihan dan Penstrukturan serta Isu-isu Berkaitan Pelaburan LTH”. Nota Bersama tersebut berdasarkan hasil penemuan Bank Negara Malaysia (BNM), Ketua Audit Negara (KAN) dan firma-firma audit atau perunding iaitu Pricewaterhouse Coopers (PWC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger (RB) mengenai isu-isu pengurusan dan operasi LTH. 1.1.3 Berikutan dengan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi Menyiasat Isu-Isu Pengurusan dan Operasi LTH mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119]. Seterusnya, pada 8 Oktober 2021 Mesyuarat Jemaah Menteri telah menetapkan objektif dan skop siasatan Suruhanjaya. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 41 ===== ===== PAGE 42 ===== Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pada 20 Januari 2022 telah melantik dan mentauliahkan enam orang Pesuruhjaya. Senarai Pesuruhjaya adalah seperti berikut: ° Tun Md Raus bin Sharif - Pengerusi (Mantan Ketua Hakim Negara); ° Tan Sri Samsudin bin Osman (Mantan Ketua Setiausaha Negara); ° Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain (Pengasas RHB Group); ° Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid (Pengerusi CARIASEAN Research & Advocacy dan Asean Business Advisory Council Malaysia); ° Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim (Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)); dan ° Encik Norsyahrin bin Hamidon (Akauntan Bertauliah). 1.4.2 Berdasarkan peruntukan seksyen 7 Akta 119, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah melantik Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) (sekarang Ketua Pengarah) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Setiausaha Suruhanjaya. 1.4.3 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut melantik Pegawai Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara iaitu Datin Asmah binti Musa, Datuk Nazran bin Mohd Sham dan Encik Budiman Lutfi bin Mohamed, sebagai Pegawai Pengendali Suruhanjaya. Pelantikan tersebut adalah berdasarkan seksyen 3(1)(d) Akta 119. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI 5] ===== PAGE 43 ===== 1.2 Objektif Objektif penubuhan Suruhanjaya adalah untuk menyiasat isu-isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi LTH dari tahun 2014 hingga 2020. 1.3 Skop Skop siasatan Suruhanjaya telah ditetapkan meliputi perkara- perkara yang berikut: (a) meneliti isu-isu berkenaan LTH yang berlaku antara tahun 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan PwC, EY dan RB, tidak termasuk pelan penstrukturan dan pemulihan yang sedang dijalankan; (b) meneliti semua dokumen dan bukti-bukti yang berkaitan, serta. menentukan sama ada terdapat perbuatan menyembunyikan maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya; (c) mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, sekiranya ada, tanpa menjejaskan sebarang siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan; dan (d) mengemukakan kepada Kerajaan laporan hasil siasatan dan syor mengenai langkah-langkah penambahbaikan pengurusan dan operasi LTH. 1.4 Pesuruhjaya 1.4.1 Selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 2(1)(d) dan seksyen 3(1) Akta 119, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni OO LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 44 ===== menandatangani borang perakuan menyimpan rahsia di bawah Akta 88. 1.9.3 Dalam menjalankan siasatan, Pesuruhjaya, Setiausaha, Pegawai Pengendali, Pembantu Pegawai Pengendali dan Sekretariat atau mana-mana pihak yang terlibat secara langsung tidak dibenarkan mendedah, menyebar, mengedar atau bercakap mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan siasatan kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan, termasuk membuat kenyataan akhbar, kecuali jika ada mana-mana perkara yang dibenarkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri bagi pihak Baginda. 1.10 Sekretariat Sekretariat bagi Suruhanjaya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 1.11 Prosedur Operasi Standard Bagi memastikan gerak kerja Suruhanjaya lancar dan teratur, suatu Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disediakan sebagai rujukan. SOP tersebut mengandungi SOP pra-prosiding, semasa prosiding dan pasca prosiding. Antara kandungan SOP tersebut adalah berkaitan dengan pengurusan pelantikan, mesyuarat, saksi, bahan bukti, perjalanan prosiding siasatan, rakaman semasa prosiding, logistik, peruntukan kewangan dan lain-lain yang berkaitan. 1.12 Pendekatan dan Metodologi Siasatan Dalam menjalankan siasatan, Suruhanjaya telah menggunakan empat pendekatan dan metodologi bagi mencapai objektif penubuhannya dan memastikan siasatan Suruhanjaya mencakupi semua skop seperti yang dinyatakan dalam terma rujukan. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI OO ===== PAGE 45 ===== 1.5 Tempoh Kuat Kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan tempoh kuat kuasa pelantikan Pesuruhjaya, Setiausaha dan Pegawai Pengendali selama enam bulan bermula pada 20 Januari 2022 hingga 19 Julai 2022. Walau bagaimanapun, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melanjutkan tempoh pelantikan tersebut, jika perlu. 1.6 Prosiding Perjalanan prosiding siasatan Suruhanjaya dikehendaki dilaksanakan secara tertutup. 1.7 Lokasi Prosiding Prosiding dicadangkan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya. Memandangkan perjalanan prosiding dikehendaki dijalankan secara tertutup, maka prosiding Suruhanjaya telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Islam Putrajaya. 1.8 Kuorum Adalah ditetapkan bahawa lima orang Pesuruhjaya membentuk suatu kuorum mesyuarat Suruhanjaya. 1.9 Kerahsiaan 1.90.1 Semua peringkat prosiding adalah rahsia dan tertakluk di bawah Akta 119 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88]. 1.9.2 Pesuruhjaya, Setiausaha, Pegawai Pengendali, Pembantu Pegawai Pengendali, pegawai-pegawai Sekretariat dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam Suruhanjaya ini dikehendaki dan telahpun OO LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 46 ===== 1.12.3 Akuan Berkanun Saksi Suruhanjaya telah mengenal pasti seramai empat puluh lima orang saksi yang boleh membantu siasatan. Pegawai Pengendali telah mengambil keterangan saksi- saksi tersebut melalui Akuan Berkanun Saksi di bawah Akta Berkanun 1960 (Akta 783] yang ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Mereka yang telah memberikan Akuan Berkanun Saksi ialah: ° Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom; ° Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa; ° Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri; ° Tan Sri Dato’ Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor; ° Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim; ° Tan Sri Md Nor bin Md Yusof; ° Tan Sri Ismee bin Ismail; ° Datuk Seri Johan bin Abdullah; ° Dato’ Sri Zukri bin Samat; ° Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff; ° Datuk Sri Amrin bin Awaluddin; ° Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Husin; ° Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin; ° Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah; ° Dato' Haji Ghazali bin Awang; e Tan Sri Othman bin Mahmood; ° Datuk Rosni binti Sohar; ° Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh; e Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali; e Datuk Zaiton binti Mohd Hassan; . Prof. Dr. Ashraf bin Md Hashim; . Dato' Noordin bin Sulaiman; e Tan Sri Anmad Badri bin Mohd Zahir; LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI OO ===== PAGE 47 ===== 1.12.1 Pengumpulan Rekod dan Dokumen Bagi mendapatkan maklumat, Suruhanjaya telah mengumpulkan rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skop siasatannya daripada agensi dan pihak-pihak yang berkaitan. Dokumen yang relevan yang dikemukakan dan dirujuk dalam siasatan ini adalah ditanda sebagai ekshibit dan menjadi sebahagian daripada laporan Suruhanjaya. 1.12.2 Taklimat daripada Agensi Berkaitan Bagi mendapatkan penjelasan mengenai rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang telah diperoleh, Suruhanjaya telah memanggil beberapa agensi untuk memberikan taklimat. Senarai agensi dan tarikh mereka dipanggil adalah seperti berikut: Agensi Tarikh (a) Lembaga Tabung Haji 23 Februari 2022, (termasuk Jawatankuasa 8 April 2022 & Penasihat. Syariah Lembaga 28 April 2022. Tabung Haji dan pegawai yang berkaitan); (b) Ernst & Young; 24 Februari 2022 & 7 Julai 2022. (c) Roland Berger; 25 Februari 2022; (d) Pricewaterhouse Coopers; 10 Mac 2022; (e) Bank Negara Malaysia; 14 Mac 2022; (f) Jabatan Audit Negara; 25 Mac 2022; (g) Kementerian Kewangan Malaysia; 1 April 2022; dan dan (h) Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 1 April 2022. 6 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 48 ===== kehadiran semua Pesuruhjaya, Setiausaha dan Pegawai- pegawai Pengendali, serta jurubahasa dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dilantik oleh Suruhanjaya. Saksi-saksi yang dipanggil untuk memberikan keterangan adalah seperti berikut: Nama Saksi Tarikh e Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir 9 Mei 2022; bin Haji Baharom; e Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin 9 Mei 2022; Abdul Rahim; . Tan Sri Ismee bin Ismail; 9 Mei 2022; . Datuk Seri Johan bin Abdullah; 11 Mei 2022; . Datuk Rozaida binti Omar; 11 Mei 2022; e Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof 12 Mei 2022; Rawa; . Tan Sri Md Nor bin Md Yusof; 12 Mei 2022; . Datuk Zaiton binti Mohd Hassan; 12 Mei 2022; . Dato' Sri Zukri bin Samat; 23 Mei 2022; e Dato’ Mohzani bin Dato’ Dr. Abdul 23 Mei 2022; Wahab; e Encik Ahmad Qadri bin Jahubar 23 Mei 2022; Sathik; e Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin 1 Jun 2022; Yusoff; e Puan Mona binti Othman; 1 Jun 2022; . Encik Abd Kadir bin Sahlan; 1 Jun 2022; . Datuk Sri Amrin bin Awaluddin; dan 2 Jun 2022 & 27 Jun 2022; e Encik Hizamuddin bin Jamalluddin. 2 Jun 2022. (Akuan Berkanun Saksi berserta Nota Keterangan penama-penama di atas yang dipanggil memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 4 - 7) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 49 ===== e Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Haji Anmad; . Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan; e YM Tengku Dato’ Seri Hasmudin bin Tengku Othman; ° Dato’ Mohzani bin Dato’ Dr. Abdul Wahab; ° Encik S. Elias bin Abd Rahman Alhabshi; ° Datuk Azizan bin Abdul Rahman; e Datuk Rozaida binti Omar; ° Dato’ Merina binti Abu Tahir; ° Encik Abd Kadir bin Sahlan; ° Encik Mustakim bin Mohamad; ° Puan Hazlina binti Mohd Khalid; ° Encik Idrus bin Ismail; ° Puan Rozita Khamsiah binti Othman; . Encik Azirruan bin Arifin; . Encik Hizamuddin bin Jamalluddin; D Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang; . Tan Sri Madinah binti Mohamad; ° Datuk Seri Nik Azman bin Nik Abdul Majid; ° Puan Mona binti Othman; e Encik Azizan bin Zakaria; e Encik Ahmad Qadri bin Jahubar Sathik; dan e Encik Ahmad Ridhwan bin Azizan. (Akuan Berkanun Saksi (ABS) bagi penama-penama di atas yang tidak dipanggil memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 1 - 3) 1.12.4 Prosiding Suruhanjaya Berdasarkan Akuan Berkanun Saksi di atas, Suruhanjaya telah memanggil seramai enam belas orang saksi untuk memberi keterangan dalam prosiding yang diadakan secara tertutup di Bilik Mesyuarat, Kompleks Islam Putrajaya. Prosiding tersebut dilaksanakan dengan 10) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 50 ===== BAB DUA ===== PAGE 51 ===== ===== PAGE 52 ===== BAB DUA LATAR BELAKANG PENGURUSAN DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI 2.1 Sejarah Penubuhan Lembaga Tabung Haji 2.1.1 Pengurusan haji di negara ini mula dilaksanakan apabila kerajaan British pada masa itu mewujudkan Ordinan Haji pada tahun 1951 yang dikenali sebagai The Muslim Pilgrims Ordinance 1951 (Federation of Malaya No.56 of 1951]. Ordinan ini diwujudkan dengan matlamat untuk melindungi dan mengawal kepentingan orang Islam yang melaksanakan ibadah haji. Pada tahun yang sama turut ditubuhkan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang berpusat di Pulau Pinang. 2.1.2 Sejarah penubuhan LTH sebagai sebuah badan berkanun bermula dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Tanah Melayu (PWSBH). PWSBH ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Tanah Melayu 1962 (Akta Parlimen Bil. 34/62). Tujuan utama PWSBH adalah bagi memobilisasi simpanan bakal-bakal haji untuk membolehkan mereka menabung secukupnya untuk membayar kos menunaikan ibadah haji. Melalui Akta tersebut, PWSBH dibenarkan melabur deposit yang diterimanya dalam jenis instrumen pelaburan. Pulangan daripada pelaburan ini digunakan untuk membayar kos pengurusan dan zakat, manakala selebihnya dipulangkan kepada pendeposit dalam bentuk agihan keuntungan (hibah). PWSBH pada masa itu diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 53 ===== ===== PAGE 54 ===== 2.2.3 Dalam menjalankan fungsi tersebut, LTH diberi kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya secara keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar Malaysia. 2.2.4 LTH juga dengan kelulusan Menteri mempunyai kuasa: (a) menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian; (b) mengambil atau selainnya, memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya; (c) menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau (d) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa- apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga. Kawal Selia dan Pengawasan Lembaga Tabung Haji 2.2.5 Kawal selia dan pengawasan LTH adalah di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ini adalah selari dengan kehendak Akta LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 55 ===== 2.1.3 Institusi pengurusan haji di negara ini berubah mengikut masa. Pada tahun 1969, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) telah ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 8] yang berkuat kuasa pada 8 Ogos 1969. Melalui Akta 8 ini, fungsi-fungsi PWSBH telah digabungkan dengan tanggungjawab Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Tujuan penubuhan LUTH sama seperti PWSBH yang terasnya adalah untuk memberi perkhidmatan dan pengurusan haji kepada jemaah Malaysia. 2.1.4 Seterusnya pada 1 Jun 1995, LUTH telah dimansuhkan dan diganti dengan perbadanan yang ada sekarang iaitu Lembaga Tabung Haji (LTH). Pewujudan LTH adalah melalui Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535]. 2.2 Fungsi, Kawal Selia, Pentadbiran, Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji 2.2.1 Akta 535 memperuntukkan secara komprehensif mengenai fungsi, kawal selia, pentadbiran, pengurusan dan operasi LTH. Fungsi Lembaga Tabung Haji 2.2.2 Fungsi LTH adalah seperti diperuntukkan di bawah seksyen 4(1) Akta 535 iaitu: (a) mentadbirkan Kumpulan Wang; (b) mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan (c) melakukan apa-apa benda lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta 535. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 56 ===== 2.2.8 Dalam menjalankan tanggungjawab menyelia dan mengurus LTH, Akta 535 memberi kuasa kepada Menteri yang merangkumi perkara-perkara berikut: (a) pelantikan, termasuk pembatalan pelantikan, Pengerusi Lembaga; (b) pelantikan, termasuk Bpembatalan pelantikan, anggota-anggota Lembaga; (c) menentukan pembayaran apa-apa honorarium, elaun perjalanan dan sara hidup kepada anggota- anggota Lembaga; (d) memberi Lembaga apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta 535 yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi Lembaga, dan Lembaga hendaklah menguatkuasakan semua arahan sedemikian; (e) pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, termasuk persetujuan berhubung dengan pembayaran gaji dan elaun Ketua Pegawai Eksekutif LTH; (f) meluluskan peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan “tatatertib pegawai dan pekhidmatnya; (g) meluluskan pemberian pembiayaan atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(3)(d) dan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya; (h) meluluskan peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran di LTH; (i) meluluskan setiap aktiviti pelaburan LTH dalam atau luar negara; (j) menentukan pemindahan wang daripada Kumpulan Wang Rizab LTH; (k) meluluskan pengisytiharan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan (hibah) berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu; dan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI O@ ===== PAGE 57 ===== 535 yang mendefinisikan Menteri sebagai “Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalan jemaah haji.” Berdasarkan kepada Perintah- Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2014, Menteri Hal Ehwal Agama adalah Menteri yang bertanggungawab dalam penyeliaan dan pengawasan LTH. 2.2.6 Bagi tempoh siasatan hingga sekarang, Menteri-Menteri yang bertanggungjawab menyelia dan mengawasi LTH adalah seperti berikut: ° YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (10 Februari 2009 — 9 Mei 2018); ° YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (2 Julai 2018 — 9 Mac 2020); e YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri (10 Mac 2020 — 29 Ogos 2021); dan e YB Senator Datuk Haji Idris bin Ahmad (30 Ogos 2021 — sekarang). 2.2.7 Dalam tempoh 10 Mei 2018 hingga 1 Julai 2018, kuasa Menteri di bawah Akta 535 dijalankan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Ini dilakukan melalui pewartaan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2018 [P.U.(A) 125], di mana seksyen 2 Perintah tersebut menamakan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya Jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri dalam Jemaah Menteri. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 58 ===== 2.2.12 Akta 535 juga memperuntukkan bahawa jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong jika beliau: (a) tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturut- turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Lembaga; atau (b) menjadi tidak layak di bawah seksyen 6(3) kerana orang itu bankrap, telah disabitkan atas satu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau orang itu tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan fungsinya sebagai anggota Lembaga. 2.2.13 Seksyen 6(5) pula memperuntukkan bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberi apa-apa sebab baginya. Manakala seseorang anggota Lembaga juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis kepada Menteri. 2.2.14 Seksyen 6(7) memperuntukkan bahawa tempoh pelantikan Pengerusi dan anggota Lembaga yang dilantik Menteri adalah tidak melebihi tiga tahun dan mereka layak untuk dilantik semula. Senarai Pengerusi dan Anggota Lembaga 2.2.15 Pengerusi Lembaga yang dilantik oleh Menteri dalam tempoh siasatan hingga sekarang ialah: e Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (1 Julai 2013 - 23 Mei 2018); e Tan Sri Md Nor bin Md Yusoff (10 Julai 2018 - 15 Oktober 2021); dan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 59 ===== (I) meluluskan pembuatan apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta 535. Pentadbiran dan Urusan Lembaga Tabung Haji 2.2.9 Menurut Akta 535, LTH hendaklah ditadbir oleh sebuah Lembaga. Seksyen 6(1) memperuntukkan bahawa keanggotaan Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri; (b) seorang wakil Jabatan Perdana Menteri; (c) seorang wakil Perbendaharaan; dan (d) tidak lebih daripada tujuh orang lain yang dilantik oleh Menteri. 2.2.10 Seksyen 6 Akta 535 memperuntukkan kelayakan dan ketidaklayakan bagi seseorang itu untuk menjadi anggota Lembaga. Seksyen 6(2) menyatakan bahawa tidak seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga melainkan jika dia seorang Muslim dan warganegara Malaysia. Peruntukan ini jelas menunjukkan kriteria untuk menjadi anggota Lembaga hanyalah jika seseorang itu adalah seorang Muslim dan warganegara Malaysia. 2.2.11 Seksyen 6(3) pula memperuntukkan orang yang berikut tidak layak menjadi anggota Lembaga: (a) orang yang bankrap; (b) orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun; atau (c) orang yang tidak sempurna akal atau yang selainnya tidak berupaya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga. (20) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 60 ===== 2.2.18 Anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri berdasarkan seksyen 6(1)(d) Akta 535 dalam tempoh siasatan hingga sekarang ialah: . Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Husin (15 Oktober 2004 - 14 Oktober 2018); e Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (1 Januari 2005 - 30 Jun 2018); e Tan Sri Ismee bin Ismail (1 Januari 2006 - 30 Jun 2016); ° Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez bin Haji Abdul Rahim (1 Januari 2011 - 17 April 2013); ° Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (1 Januari 2011 - 30 Jun 2018); e Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon (1 Januari 2011 - 31 Disember 2015); ° Dato’ Haji Ghazali bin Awang (1 September 2011 - 31 Ogos 2015); . Datuk Rosni binti Sohar (1 Februari 2014 - 23 Mei 2018); e Tan Sri Haji Syukry bin Mohd Salleh (1 September 2015 - 31 Ogos 2018); ° Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Ali (15 Januari 2016 - 4 Jun 2018); LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 61 ===== ° Tan Sri Azman bin Mokhtar (20 Disember 2021 - sekarang). 2.2.16 Wakil Jabatan Perdana Menteri yang menjadi anggota Lembaga dalam tempoh siasatan hingga sekarang ialah: Tan Sri Othman bin Mahmood (16 Januari 2012 - 31 Julai 2017); e Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali (1 Ogos 2017 - 16 April 2019); e Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Haji Anmad (11 Jun 2019 - 1 Februari 2020); e Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan (16 Jun 2020 - 31 Julai 2021); ° Datuk Jamil bin Rakon (1 Ogos 2021 - 18 April 2022); dan ° sekarang belum dilantik. 2.2.17 Wakil Perbendaharaan yang menjadi anggota Lembaga dalam tempoh siasatan hingga sekarang ialah: ° Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah (1 Mac 2011 - 14 Mei 2018); e Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir (31 Oktober 2018 - 1 Mei 2020); dan e Datuk Seri Asri bin Hamidon (15 Jun 2020 - sekarang). 22) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 62 ===== . Dato' Abdul Hamid bin Sh. Mohamed (1 Ogos 2021 - sekarang); dan ° Datin Paduka Kartini binti Haji Abdul Manaf (1 Ogos 2021 - sekarang). Jawatankuasa Lembaga 2.2.19 Dalam menguruskan LTH, seksyen 11 Akta 535 memberi kuasa kepada Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya, menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan dengan bidang tugas yang ditentukan. Dalam tempoh siasatan hingga sekarang Lembaga telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa berikut: (a) Jawatankuasa Audit; (b) Jawatankuasa Risiko; (c) Lembaga Tender; d) Jawatankuasa Urusan Haji; e) Jawatankuasa Penasihat Syariah; f) Jawatankuasa Penamaan; (g) Jawatankuasa Perkhidmatan; (h) Panel Pelaburan; (i) Majlis Penasihat Haji; ) Jawatankuasa Penasihat Ibadah; (k) Jawatankuasa Tatatertib; (i) Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan Eksekutif; dan (ii) Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Bukan Eksekutif; dan (I) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib; (i) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Kumpulan Pengurusan Eksekutif; dan (ii) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Bukan Kumpulan Eksekutif. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 63 ===== e Datuk Seri Johan bin Abdullah (1 Julai 2016 - 30 Jun 2018); e Dato’ Sri Zukri bin Samat (10 Julai 2018 - 31Ogos 2019); e Tan Sri Abu Talib bin Othman (10 Ogos 2018 - 9 Ogos 2020); ° Datuk Zaiton binti Mohd Hassan (10 Ogos 2018 - 9 Ogos 2020); e Profesor Dr. Ashraf bin Md Hashim (10 Ogos 2018 - sekarang); e Dato’ Noordin bin Sulaiman (15 Ogos 2018 - sekarang); e Datuk Haji Anamed Basheer bin Mohd Hussain (26 Mac 2019 - 25 Mac 2021); e Datuk Akbar bin Samon (11 Jun 2019 - 10 Jun 2021); e Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff (1 September 2019 - 5 Mei 2021); . Dato' Abdul Mutalib bin Datuk Seri Mohamed Razak (10 Ogos 2020 - sekarang); e YM Tengku Dato’ Seri Hasmuddin bin Tengku Othman (16 Mac 2021 - sekarang); e Datuk Sri Amrin bin Awaluddin (6 Mei 2021 - sekarang); @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 64 ===== di samping apa-apa kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam surat pelantikannya. 2.2.24 Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik dalam tempoh siasatan hingga sekarang ialah: e Tan Sri Ismee bin Ismail (1 Januari 2006 - 30 Jun 2016); e Datuk Seri Johan bin Abdullah (1 Julai 2016 - 30 Jun 2018); e Dato’ Sri Zukri bin Samat (10 Julai 2018 - 31 Ogos 2019); ° Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff (1 September 2019 - 5 Mei 2021); dan e Datuk Sri Amrin bin Awaluddin (6 Mei 2021 - sekarang). 2.2.25 Penama-penama yang disebut dalam BAB DUA ini adalah mereka yang bertanggungjawab bagi mengawal selia, mentadbir dan mengurus operasi LTH dalam tempoh siasatan hingga sekarang. Lantikan mereka adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 535, yang juga menggariskan bidang kuasa dan tanggungjawab mereka seperti yang dinyatakan di perenggan-perenggan di atas. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 65 ===== 2.2.20 Pentadbiran LTH pada Julai 2018 telah membuat penstrukturan semula semua jawatankuasa Lembaga. Berikutan penstrukturan tersebut, beberapa jawatankuasa telah digabungkan dan sebahagiannya pula dimansuhkan. Jawatankuasa-jawatankuasa yang dimansuhkan adalah seperti berikut: (a) Panel Pelaburan; dan (b) Majlis Penasihat Haji. 2.2.21 Jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan hasil daripada penstrukturan semula bermula pada tahun 2018 adalah seperti berikut: (a) Jawatankuasa Penamaan dan Saraan; (b) Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Eksekutif; (c) Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Bukan Eksekutif; (d) Jawatankuasa Rayuan Kumpulan Pengurusan dan Eksekutif; (e) Jawatankuasa Rayuan Kumpulan Bukan Eksekutif; (f) Jawatankuasa Penasihat Syariah; dan (g) Jawatankuasa Urusan Haji. Pengurusan dan Operasi Harian Lembaga Tabung Haji 2.2.22 Pengurusan dan operasi harian LTH adalah dipertanggungjawabkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Ketua Pegawai Eksekutif adalah dilantik oleh Menteri dari kalangan anggota Lembaga (seksyen 12(1) Akta 535). 2.2.23 Seksyen 12(2) Akta 535 memperuntukkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan padanya oleh Akta 535 atau dari semasa ke semasa oleh Lembaga @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 66 ===== BAB TIGA ===== PAGE 67 ===== ===== PAGE 68 ===== BAB TIGA PENEMUAN DAN CADANGAN 3.1 Pendahuluan Dengan menggunakan pendekatan dan metodologi siasatan yang dinyatakan dalam BAB SATU, Suruhanjaya telah merumuskan beberapa penemuan penting mengenai isu-isu pengurusan dan operasi LTH yang berlaku dalam tempoh siasatan. Daripada penemuan tersebut dalam BAB TIGA ini, Suruhanjaya akan mengesyorkan tindakan-tindakan yang sesuai untuk diambil, di samping memberi cadangan mengenai langkah- langkah penambahbaikan bagi memantapkan pengurusan dan operasi LTH demi memelihara keutuhan LTH sebagai sebuah institusi Islam yang mentadbir pengurusan dana dan haji. 3.2 Tadbir Urus Lembaga Tabung Haji Anggota Lembaga 3.2.1 Seksyen 6, Akta 535 memperuntukkan perkara-perkara mengenai keanggotaan, pelantikan, pembatalan dan perkara-perkara lain mengenai anggota Lembaga. Melalui seksyen tersebut, kuasa untuk melantik dan membatalkan pelantikan Pengerusi dan anggota Lembaga yang lain adalah terletak pada kuasa Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ialah Menteri Hal Ehwal Agama. 3.2.2 Suruhanjaya mendapati berdasarkan peruntukan- peruntukan dalam Akta 535, kuasa Menteri adalah terlalu luas bukan sahaja merangkumi bidang haji, tetapi melibatkan urus tadbir, pengurusan dana pendeposit dan pelaburan. Berdasarkan kenyataan dalam Akuan Berkanun Saksi dan keterangan lisan saksi-saksi, Suruhanjaya mendapati keputusan Menteri banyak LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI 31] ===== PAGE 69 ===== ===== PAGE 70 ===== 3.2.7 3.2.8 3.2.9 Lembaga dapat berperanan dengan lebih efektif dan memberikan sumbangan, perhatian serta komitmen yang sewajarnya kepada LTH. Suruhanjaya, setelah meneliti Akta 535, mendapati satu- satunya peruntukan yang menetapkan kriteria khusus bagi membolehkan seseorang dilantik menjadi anggota Lembaga diperuntukkan melalui seksyen 6(2) Akta 535 yang menyatakan — “Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga melainkan jika dia seorang Muslim dan warganegara Malaysia.” Suruhanjaya berpandangan, Akta 535 yang telah berkuat kuasa pada 16 Februari 1995 ini perlu diberi nafas baharu dan penambahbaikan hendaklah dibuat pada peruntukan seksyen 6(2), bagi menjelaskan lagi kriteria khusus yang perlu ada pada individu-individu yang layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai anggota Lembaga. Kriteria sedia ada dalam seksyen 6(2) Akta 535 pada masa ini adalah terlalu umum dan tidak memadai. Dalam mempertimbangkan syor peruntukan yang bersesuaian bagi tujuan penambahbaikan ini, Suruhanjaya telah meneliti beberapa perundangan sedia ada yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam memperkemaskan peruntukan dalam Akta 535. Antara undang-undang yang boleh dirujuk dan diperhalusi adalah seperti berikut: (a) seksyen 4(d)(iv) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452] — “4. Keahlian Lembaga (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada — LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 71 ===== 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 bergantung kepada cadangan pengurusan LTH dan persetujuan Lembaga. Memandangkan bidang kepakaran Menteri yang bertanggungjawab menjurus kepada bidang agama, maka Suruhanjaya berpendapat komposisi bidang kepakaran dalam Lembaga hendaklah seimbang supaya keputusan-keputusan Lembaga yang menasihati Menteri dibuat dengan penuh kepakaran, bebas dan patuh syariah. Selain itu, peruntukan berkenaan pelantikan anggota Lembaga adalah tertakluk kepada seksyen 6 Akta 535, yang memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk melantik dan membatalkan pelantikan Pengerusi dan anggota Lembaga yang lain. Menteri juga tidak perlu memberikan sebarang sebab sebelum membatalkan pelantikan seseorang anggota Lembaga. Berdasarkan fungsi LTH yang dinyatakan dalam seksyen 4(1) Akta 535, Suruhanjaya mendapati anggota Lembaga yang dilantik mempunyai amanah serta tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan fungsi LTH dilaksanakan dengan cekap demi kepentingan LTH dan para pendepositnya serta perlindungan jemaah haji terpelihara. Memandangkan beban tugas serta tanggungjawab anggota Lembaga adalah berat, maka Suruhanjaya berpandangan penambahbaikan perlu dibuat kepada Akta 535 bagi menggariskan kriteria dan kaedah pemilihan anggota Lembaga yang lebih sesuai dan berpadanan dengan kepakaran yang diperlukan bagi menggalas beban tanggungjawab yang amat berat ini. Suruhanjaya mendapati akan keperluan yang jelas dan mendesak untuk Lembaga dianggotai oleh individu- individu yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang profesional yang berkaitan. Ini bagi memastikan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 72 ===== (d) seksyen 4 hendaklah seorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam kewangan atau pasaran modal. (2) Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah subseksyen 4(2), hendaklah memberi perhatian kepada — (a) kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; dan (b) kejujuran dan kedudukan orang itu dan pengetahuan, kemahiran, dan pengalamannya dalam undang-undang, ekonomi, kewangan, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga.” Seksyen 7(2) dan 7(4) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566] — “7. Lembaga Pengurusan (2) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (g) tidak lebih daripada lima orang anggota yang lain. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 73 ===== (d) tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain yang mana — (iv) tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan.” (b) seksyen 6(1)(e) dan 6(2) Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 (Akta 533] — “6. Keanggotaan Lembaga (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (e) tidak lebih daripada tiga orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e) hendaklah daripada kalangan orang yang berkedudukan atau berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian atau undang- undang.” (c) seksyen 4A Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (Akta 498) — “4A. Pelantikan anggota Lembaga (1) Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi atau Timbalan Ketua Eksekutif di bawah @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 74 ===== (9) (2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) hendaklah orang yang layak dan sesuai daripada kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam perbankan, atau perkara kewangan atau hal undang-undang. (3) Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud seksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira- (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga.”; seksyen 5(1)(c) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) — “5. Keanggotaan Suruhanjaya (1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (c) tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Perdana Menteri, dan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan dan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 75 ===== (4) Pengerusi dan anggota Lembaga di bawah perenggan (2)(g) hendaklah terdiri daripada kalangan orang yang berjaya, mempunyai kedudukan dan berpengalaman dalam bidang akademik atau daripada kalangan profesional yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam hal- hal pendidikan, kewangan atau komersial.”; (e) seksyen 6(4)(f) Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662] — “6. Lembaga (4) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (f) tiga orang lain daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan atau kewangan; dan’; (f) seksyen 8(1)(f), 8(2) dan 8(3) Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767] — “8. Keanggotaan Lembaga (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (f) tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 76 ===== 3.2.13 Suruhanjaya juga mendapati bahawa dalam tempoh siasatan, beberapa orang anggota Lembaga adalah dalam kalangan ahli politik. Antaranya: (a) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2011 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi pada tahun 2013 hingga tahun 2018. Beliau merupakan ahli Parlimen Baling dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO; (b) Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2005 hingga tahun 2018. Beliau merupakan ahli Parlimen Yan/Jerai dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan juga Pengerusi Tetap Perhimpunan Agong UMNO; dan (c) Datuk Rosni binti Sohar dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2014 hingga tahun 2018. Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Bernam dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi serta Setiausaha Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 2013 hingga kini. 3.2.14 Suruhanjaya mendapati, penglibatan ahli politik dalam pengurusan LTH telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pertembungan ideologi politik yang rancak akhir-akhir ini menyebabkan ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan keputusan-keputusan Lembaga sebagai bahan kritikan sehingga menjejaskan kredibiliti LTH. 3.2.15 Sehubungan itu, Suruhanjaya berpandangan, Pengerusi dan anggota Lembaga tidak wajar dilantik dari kalangan ahli politik yang masih aktif. Sekiranya seseorang yang dilantik sebagai Pengerusi dan anggota Lembaga LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI © ===== PAGE 77 ===== profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, penerbangan, perniagaan, pentadbiran, undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.” 3.2.10 Suruhanjaya berpandangan, Kerajaan boleh mempertimbangkan mana-mana peruntukan di atas yang difikirkan sesuai bagi menambahbaik peruntukan seksyen 6(2) Akta 535 yang sedia ada untuk membolehkan seseorang dilantik menjadi anggota Lembaga. 3.2.11 Suruhanjaya berpandangan pemilihan individu-individu yang benar-benar mempunyai kelayakan, berintegriti, kompeten serta mempunyai kepakaran yang tepat (fit and proper) akan membantu meningkatkan kewibawaan anggota Lembaga. la juga diyakini akan membawa perubahan yang benar-benar diinginkan oleh masyarakat terhadap pengurusan LTH serta. membantu meminimumkan kebarangkalian LTH berhadapan dengan isu ketidakcekapan dalam urusan tadbir urus korporat, pelaburan dan pengurusan haji. 3.2.12 Bidang kepakaran ini amat penting bagi mengimbangi keputusan-keputusan Lembaga terutamanya dari segi pelaburan. Maka Suruhanjaya mencadangkan agar bidang-bidang kepakaran yang diperlukan bagi anggota- anggota Lembaga yang dilantik, dinyatakan secara khusus dalam Akta 535. Anggota Lembaga yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, syariah, perundangan dan perakaunan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 78 ===== ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(d) dan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya; (h) meluluskan peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran di LTH; (i) meluluskan setiap aktiviti pelaburan LTH dalam atau luar negara; (j) menentukan pemindahan wang daripada Kumpulan Wang Rizab LTH; (k) meluluskan pengisytiharan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan (hibah) berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu; dan (1) meluluskan pembuatan apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta 535. 3.2.18 Suruhanjaya berpandangan bahawa kuasa Menteri seperti yang disebutkan di atas wajar dibahagikan kepada dua Menteri. Untuk perkara-perkara mengenai pengurusan haji, dikekalkan kepada Menteri Hal Ehwal Agama. Manakala perkara-perkara yang berkaitan pengurusan kewangan, dana (dan pelaburan, dicadangkan agar ia dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kewangan. 3.2.19 Suruhanjaya berpandangan jika cadangan untuk membahagikan kuasa ini dipersetujui, maka pindaan- pindaan sewajarnya perlu dibuat kepada Akta 535. 3.2.20 Suruhanjaya berpandangan seperti di atas kerana Akta 535 mempunyai beberapa peruntukan yang sedia ada melibatkan tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF) seperti berikut: (a) seksyen 17 memperuntukkan tiada jaminan atau surat tanggung rugi boleh dikeluarkan oleh Lembaga atau mana-mana perbadanan yang LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 79 ===== didapati terlibat secara aktif dalam politik, beliau hendaklah meletakkan jawatan atau digugurkan jawatannya sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga. 3.2.16 Suruhanjaya mencadangkan satu peruntukan khusus yang melarang ahli politik yang aktif daripada dilantik dan memegang jawatan sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga dan anak-anak syarikat LTH hendaklah dikanunkan dalam Akta 535. Kuasa Menteri 3.2.17 Dalam menjalankan tanggungjawab menyelia dan mengurus LTH, Akta 535 memberi kuasa kepada Menteri yang merangkumi perkara-perkara berikut: (a) pelantikan, termasuk pembatalan pelantikan, Pengerusi Lembaga; (b) pelantikan, termasuk pembatalan pelantikan, anggota-anggota Lembaga; (c) menentukan pembayaran apa-apa honorarium, elaun perjalanan dan sara hidup kepada anggota- anggota Lembaga; (d) memberi LTH apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta 535 yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi LTH dan LTH hendaklah menguatkuasakan semua arahan sedemikian; (e) pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, termasuk persetujuan berhubung dengan pembayaran gaji dan elaun Ketua Pegawai Eksekutif LTH; (f) meluluskan peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya; (g) meluluskan pemberian pembiayaan atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 80 ===== pengurusan pelaburan LTH. Ini adalah kerana pengurusan pelaburan LTH turut memberi kesan kepada ekosistem kewangan negara. Tambahan pula Suruhanjaya berpendapat, bidang kepakaran Menteri Kewangan adalah lebih tepat berkaitan dengan pengurusan pelaburan. Cadangan Pelantikan Pengerusi dan Anggota Lembaga 3.2.22 Suruhanjaya berpendapat bahawa memandangkan kuasa kawal selia LTH dicadangkan dipertanggungjawabkan kepada dua Menteri iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Agama, maka dicadangkan pelantikan Pengerusi, anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah seksyen 6(1)(a) dan (d) dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri. 3.2.23 Suruhanjaya mencadangkan dalam hal pelantikan ini, Perdana Menteri hendaklah dibantu dan dinasihati oleh satu jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang akan melakukan proses pemilihan dan seterusnya mencadangkan nama calon-calon yang hendak dilantik. Bagi mewujudkan suatu proses yang lebih telus dan profesional, struktur atau keahlian jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang bersesuaian boleh dikaji dan dipertimbangkan oleh Kerajaan. 3.2.24 Kewujudan badan bebas untuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal pemilihan penyandang sesuatu jawatan bukanlah sesuatu yang baharu dan luar biasa. Malah ia telah dijadikan amalan dalam proses pemilihan Hakim-hakim Mahkamah Atasan melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointments Commission (JAC)). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 81 ===== ditubuhkan di bawah Akta 535 tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan; (b) seksyen 18 memperuntukkan Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta 535; (c) seksyen 22(3)(b) menyatakan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu, aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan; (d) seksyen 24(1) memperuntukkan jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab, perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan; dan (e) seksyen 24(2) memperuntukkan apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab. 3.2.21 Suruhanjaya berpandangan adalah wajar Menteri Kewangan juga dipertanggungjawabkan mengenai @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 82 ===== 3.3 kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020. 3.2.28 Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap LTH. Penamatan pelantikan mereka secara mengejut tanpa sebab telah memberi kesan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan. 3.2.29 Suruhanjaya berpandangan kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar diperuntukkan dalam Akta 535. Oleh itu, Suruhanjaya. mencadangkan sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan. 3.2.30 Suruhanjaya berpendapat. cadangan penamatan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan. 3.2.31 Jika cadangan Suruhanjaya ini dipersetujui oleh Kerajaan, maka pindaan sewajarnya perlulah dibuat kepada Akta 535. Penglibatan Anggota Lembaga dalam Anak-Anak Syarikat 3.3.1 Suruhanjaya mendapati Pengerusi dan anggota Lembaga telah melibatkan diri dalam banyak anak syarikat LTH dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Lembaga sama ada sebagai Pengerusi atau Anggota Lembaga Pengarah (ALP). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 83 ===== 3.2.25 JAC telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695] pada 2 Februari 2009. Penubuhan JAC ini tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. JAC ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh. 3.2.26 Suruhanjaya mendapati pewujudan mekanisme semak dan imbang ini akan memastikan LTH mendapat khidmat yang terbaik daripada kalangan ahli profesional, ahli korporat, tokoh perniagaan dan agamawan bagi memenuhi tuntutan semasa dan aspirasi masa hadapan LTH. 3.2.27 Suruhanjaya mendapati Menteri di bawah seksyen 6(5) boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa apa-apa sebab baginya. Kuasa ini sebenarnya telah digunakan oleh Menteri dalam dua situasi: (a) penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Mei 2021, sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya iaitu pada 31 Ogos 2021; dan (b) penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor bin Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 84 ===== (i) | TH Properties Sdn. Bhd. (Pengerusi); (ii) © THP Enstek Development Sdn. Bhd. (ALP); (iii) LTH Property Holdings Limited (ALP); (iv) LTH Property Holdings 2 Limited (ALP); (v) LTH Property Holdings 3 Limited (ALP); (vi) LTH Property Holdings 4 Limited (ALP); dan (vii) LTH Property 5 Limited (ALP). (d) Dato’ Noordin bin Sulaiman menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 15 Ogos 2018 hingga kini. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut: (i) TH Hotel and Residence (Pengerusi); (ii) TH Travel & Services (Pengerusi); (iii) THV Management Services Sdn. Bhd. (Pengerusi); (iv) Premia Cards Sdn. Bhd. (Pengerusi); (v) Theta Edge Berhad (Pengerusi); (vi) TH Hotel Sarawak (ALP); (vii) Express Rail Link Sdn. Bhd. (ALP); (viii) Putrajaya Perdana Berhad (ALP); dan (ix) TH Alam Holding (ALP). 3.4 Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan Pegawai Pengurusan Dalam Anak Syarikat 3.4.1. Suruhanjaya mendapati, selain daripada melaksanakan tanggungjawab di LTH, kebanyakan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi LTH terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif turut terlibat dalam pengurusan anak-anak syarikat. (a) Tan Sri Ismee bin Ismail Tan Sri Ismee bin Ismail adalah anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai 1 Januari LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 85 ===== 3.3.2 Suruhanjaya telah mengenal pasti beberapa orang anggota Lembaga yang terlibat, antaranya seperti berikut: (a) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai tahun 2011 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi LTH mulai 1 Julai 2013 hingga 1 Julai 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau memegang jawatan dalam anak-anak syarikat berikut: (i) TH Real Estate LLC (Pengerusi); (ii) TH Hotel & Residence (ALP dan Pengerusi); (iii) Putrajaya Perdana Berhad (ALP dan Pengerusi); (iv) The Edge Berhad (ALP); (v) Yayasan Tabung Haji (ALP); (vi) LTH Property Holdings 3 Limited (ALP); (vii) LTH Property Holdings 4 Limited (ALP); dan (viii) LTH Property Holdings 5 Limited (ALP). (b) Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 1 Januari 2005 hingga 30 Jun 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut: (i) TH Travel & Services Sdn. Bhd. (ALP); (ii) TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP); dan (iii) TH Global Services Sdn. Bhd. (ALP). (c) Datuk Zaiton binti Mohd Hassan menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 10 Ogos 2018 hingga 9 Ogos 2020. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut: 46) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 86 ===== (c) (v) TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP); (vi) TH Plantations Berhad (ALP); (vii) Malakoff Corporation Bhd. (ALP); (viii) LTH Property Holdings Ltd. (ALP); (ix) LTH Property Holdings 2 Ltd. (ALP); (x) Express Rail Link Sdn. Bhd. (ALP); (xi) YTL THP JV Sdn. Bhd. (ALP); (xii) Glomac Berhad (ALP); (xiii) Yayasan Tabung Haji (ALP); (xiv) Premia Cards Sdn. Bhd. (ALP); (xv) LTH Property Holdings 3 Ltd. (ALP); (xvi) LTH Property Holdings 4 Ltd. (ALP); (xvii) LTH Property Holdings 5 Ltd. (ALP); dan (xviii) PT TH Felda Nusantara (ALP). Selepas tamat kontrak perkhidmatan dengan LTH, beliau tidak menyandang apa-apa jawatan dalam LTH dan anak-anak syarikatnya. Dato’ Sri Zukri bin Samat Dato’ Sri Zukri bin Samat adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai Julai 2018 hingga Ogos 2019. Suruhanjaya mendapati beliau pernah menyandang jawatan di beberapa buah anak syarikat sebagaimana berikut: (i) TH Plantations Berhad (Pengerusi); (ii) | TH Estates Holding Sdn. Bhd. (Pengerusi); (iii) TH Properties Sdn. Bhd. (Pengerusi); dan (iv) Yayasan Tabung Haji (ALP). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 87 ===== 2006 hingga 30 Jun 2016. Dalam tempoh tersebut, beliau menyandang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif di beberapa anak syarikat, antaranya: (i) TH Plantations Berhad (ALP); (ii) | Trurich Resources Sdn. Bhd. (ALP); (iii) BIMB Holdings Berhad (ALP); (iv) Bank Islam Malaysia Berhad (ALP); (v) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (ALP); (vi) LTH Property Holdings Ltd. (ALP); dan (vii) TH Travel Sdn. Bhd. (ALP). Walaupun telah tamat perkhidmatannya pada 30 Jun 2016, beliau terus memegang jawatan di beberapa anak syarikat LTH sehingga Mei 2018 seperti berikut: (i) | TH Plantations Berhad (ALP); (ii) | Trurich Resources Sdn. Bhd. (ALP); dan (iii) TH Travel & Services Sdn. Bhd. (ALP). (b) Datuk Seri Johan bin Abdullah Datuk Seri Johan bin Abdullah adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai Jun 2016 hingga Jun 2018. Suruhanjaya mendapati pada masa yang sama beliau juga telah memegang jawatan dalam anak- anak syarikat LTH seperti berikut: (i) | TH Heavy Engineering Bhd. (Pengerusi); (ii) | Trurich Resources Sdn. Bhd. (Pengerusi); (iii) | Deru Semangat Sdn. Bhd. (Pengerusi); (iv) TH Properties Sdn. Bhd. (ALP); © LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 88 ===== (f) Datuk Rozaida binti Omar Datuk Rozaida binti Omar adalah Pengurus Besar Kanan (Kewangan)/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan LTH yang dilantik oleh Lembaga sejak 2 Ogos 2004 hingga 16 April 2021. Beliau telah dilantik semula dalam LTH sebagai Pengurus Besar di Jabatan Modal Insan sejak 11 Oktober 2021. Suruhanjaya mendapati, semasa memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Kewangan), beliau turut menyandang jawatan sebagai proksi mewakili LTH di anak-anak syarikat LTH seperti berikut: (i) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (ALP); (ii) Pelikan International Corporation Berhad (ALP); (iii) BIMB Holdings Berhad (ALP); (iv) Premia Cards Sdn. Bhd. (ALP); (v) TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP); vi) THV Management Services Sdn. Bhd. (ALP); vii) 151 BPR One Limited (ALP); viii) 151 BPR Two Limited (ALP); ix) LTH Property Investment (L) Inc (ALP); x) Leatherhead Properties Limited (ALP); xi) TH Heavy Engineering Berhad (ALP); xii) Putrajaya Perdana Berhad (ALP); xiii) Millstream Property Limited ((ALP); xiv) LTH Property Holdings Limited (ALP); xv) LTH Property Holdings 2 Limited (ALP); xvi) LTH Property Holdings 3 Limited (ALP); xvii) LTH Property Holdings 4 Limited (ALP); xviii) LTH Residence Limited (ALP); xix) 10 Queen Street Place London Limited (ALP); xx) Wilton Property Limited (ALP); xxi) Marston Development Limited (ALP); ee — LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 89 ===== Suruhanjaya dimaklumkan oleh Dato' Sri Zukri bin Samat bahawa beliau telah melepaskan jawatan- jawatan tersebut untuk mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest) semasa mengetuai pengurusan LTH. (d) Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dari 1 September 2019 hingga 5 Mei 2021. Suruhanjaya mendapati beliau terlibat dalam anak- anak syarikat LTH seperti berikut: (i) Bank Islam Malaysia Berhad (ALP); (ii) BIMB Holdings Berhad (ALP); (iii) TH Plantations Berhad (ALP); dan (iv) TH Properties Sdn. Bhd (ALP). (e) Datuk Sri Amrin bin Awaluddin Datuk Sri Amrin bin Awaluddin adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dari 6 Mei 2021 hingga kini. Suruhanjaya mendapati pada masa ini, beliau memegang jawatan dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut: (i) TH Plantations Bhd. (ALP); (ii) TH Properties Sdn. Bhd. (ALP); dan (iii) | Bank Islam Malaysia Berhad (ALP). @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 90 ===== menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dengan bidang tugas yang ditentukan. 3.5.2 Suruhanjaya berpendapat beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran ini perlu dikanunkan dalam Akta 535. Antara jawatankuasa yang dicadangkan untuk dikanunkan adalah seperti berikut: (a) Panel Pelaburan; (b) Jawatankuasa Penasihat Syariah; dan (c) Jawatankuasa Urusan Haji. Panel Pelaburan 3.5.3 Sebagaimana yang dijelaskan dalam BAB DUA, seksyen 11 Akta 535 membolehkan Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan bidang tugas yang ditentukannya. 3.5.4 Panel Pelaburan adalah salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535. 3.5.5 Panel Pelaburan bertanggungjawab menasihati LTH dan pengurusannya berhubung keberkesanan aktiviti dan kawalan dalam pelaburan LTH. Ahli Panel Pelaburan dilantik dalam kalangan ahli profesional, dari pelbagai bidang seperti perbankan, undang-undang syariah serta pemimpin industri. Suruhanjaya mendapati tidak ada mana-mana anggota Lembaga yang menganggotai Panel Pelaburan. 3.5.6 Suruhanjaya mengambil maklum, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pelaburan untuk meneliti dan meluluskan kertas cadangan pelaburan untuk LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 91 ===== (xxii) Luton Investment Limited (ALP); dan (xxiii) LTH Oxford Limited (ALP). (g Encik Abd Kadir bin Sahlan Encik Abd Kadir bin Sahlan adalah Ketua Pegawai Pelaburan LTH sejak bulan Jun 2010 hingga tahun 2018. Suruhanjaya mendapati beliau terlibat dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut: (i) TH Properties Group (ALP); (ii) Syarikat Perladangan Sabah Sarawak (ALP); dan (iii) BIMB Securities Sdn. Bhd. (ALP). 3.4.2 Suruhanjaya berpandangan, penglibatan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH dalam pengurusan anak-anak syarikat wajar dihadkan. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan beban tanggungjawab Pengerusi dan anggota Lembaga serta pengurusan tertinggi LTH agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus, dan seterusnya mengurangkan konflik kepentingan dalam pengurusan LTH dan anak-anak syarikatnya. 3.4.3 Suruhanjaya mengambil maklum akan dasar baharu yang telah ditetapkan oleh LTH untuk mengehadkan jumlah jawatan di anak syarikat yang boleh dipegang oleh Pengerusi, anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH hanya kepada lima buah anak syarikat sahaja. Suruhanjaya berharap dasar baharu ini dipraktikkan dengan sewajarnya. 3.5 Jawatankuasa-Jawatankuasa Lembaga 3.5.1 Seksyen 11(1) Akta 535 memberi kuasa kepada Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 92 ===== 3.5.11 Suruhanjaya mencadangkan agar Panel Pelaburan dikanunkan dengan dianggotai oleh: (a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Kewangan; (b) seorang Timbalan Pengerusi daripada wakil Perbendaharaan; (c) Ketua Pegawai Eksekutif yang bertindak sebagai ahli ex-officio; dan (d) empatorang anggota lain yang dilantik oleh Menteri Kewangan. 3.5.12 Pelantikan Pengerusi dan ahli yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, kewangan Islam/syariah, atau lain-lain kepakaran atau pengalaman yang sesuai. 3.5.13 Panel Pelaburan hendaklah bertanggungjawab dan melaporkan aktiviti pelaburan kepada Lembaga dari semasa ke semasa. 3.5.14 Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Panel Pelaburan dibayar saraan (remuneration) sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga. 3.5.15 Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan- peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Panel Pelaburan hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535. Jawatankuasa Penasihat Syariah 3.5.16 Suruhanjaya mendapati satu lagi jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535 ialah LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 93 ===== dibentangkan kepada mesyuarat Lembaga sebelum dimajukan kepada Menteri untuk kelulusan. 3.5.7 Suruhanjaya. mendapati Panel Pelaburan telah dibubarkan pada bulan Mei 2018. Sebagai ganti, LTH atas nasihat Perdana Menteri pada ketika itu telah menubuhkan Exco Perniagaan yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Keputusan Exco Perniagaan dirujuk kepada Exco Induk yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Exco Induk juga dianggotai Exco Haji yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama. 3.5.8 Adalah diakui oleh saksi-saksi yang memberi keterangan bahawa Exco Perniagaan yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak pernah berfungsi. Di peringkat awal, pentadbiran baharu LTH banyak berurusan dengan Perdana Menteri. Hanya kemudian apabila Menteri Hal Ehwal Agama dilantik, segala keputusan dan hal-hal mengenai pelaburan menjadi tanggungjawab sepenuhnya Lembaga dan Menteri. 3.5.9 Suruhanjaya berpendapat Panel Pelaburan adalah penting. Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff pada masa itu telah cuba menghidupkan semula Panel Pelaburan. Usaha tersebut diteruskan oleh penggantinya Datuk Sri Amrin bin Awaluddin dan sekarang ini Panel Pelaburan telah diwujudkan semula. 3.5.10 Suruhanjaya berpendapat, Panel Pelaburan hendaklah diwujudkan melalui peruntukan yang khusus dalam Akta 535. Dengan adanya peruntukan undang-undang yang khusus, maka tindakan membubarkan Panel Pelaburan atau membuat struktur baharu yang tidak selari dengan Akta 535 untuk masa akan datang dapat dielakkan sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 94 ===== (e) mewakili LTH dalam bidang syariah ke persidangan, seminar dan juga untuk mengambil bahagian dalam forum kewangan Islam. 3.5.18 Berdasarkan terma rujukan ini, peranan JPS adalah untuk melihat dan memberikan kelulusan terhadap semua transaksi LTH yang melibatkan produk-produk pelaburan, perniagaan, pembelian aset dan penstrukturan semula Sukuk. JPS ini juga terlibat dalam memastikan pengiraan dan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit dilakukan dengan betul dan saksama. 3.5.19 Suruhanjaya mendapati pada masa ini JPS melakukan audit review dengan melihat kepada semua transaksi dan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan perniagaan. JPS juga melakukan lawatan ke cawangan-cawangan LTH untuk memastikan bahawa semua transaksi dibuat adalah mengikut keputusan JPS dan menggunapakai standard syariah yang diterima pakai. 3.5.20 Suruhanjaya juga mendapati bahawa JPS hanya membincangkan secara menyeluruh isu-isu mikro untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan seperti isu hibah amanah, tadbir urus syariah, caj lewat, put option dan isu pembelian aset bermula pada tahun 2014. Manakala pelaburan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan LTH tiada dalam skop keputusan JPS sehinggalah tahun 2016. Walau bagaimanapun LTH (melalui Jabatan Kewangan dan Kewangan Korporat) telah melantik syarikat konsultan, Amanie Advisors Sdn. Bhd. bermula pada Ogos 2010 hingga Disember 2016 untuk menasihati mengenai isu-isu syariah dalam pelaburan LTH. 3.5.21 Suruhanjaya berpendapat JPS hendaklah berperanan menasihati Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH berkaitan dengan perkara-perkara syariah merangkumi tadbir urus, pelaburan, zakat, keuntungan boleh agih LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 95 ===== Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS). Ketika penubuhannya pada tahun 2015, ahli JPS terdiri daripada anggota seperti berikut: e Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Husin — Pengerusi; ° Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman; e Datuk Che Mat bin Che Ali; ° Dato’ Elias bin Zakaria; e Puan Nurhidayah binti Mohamad Shahaimi; ° Penasihat Undang-undang; dan e Pengurus Besar (Syariah). 3.5.17 Terma Rujukan JPS ini telah ditetapkan seperti berikut: (a) menasihati Lembaga mengenai perkara-perkara berkaitan syariah untuk memastikan bahawa operasi perniagaan LTH dan aktiviti-aktiviti LTH yang lain termasuk zakat mematuhi prinsip syariah pada setiap masa; (b) menjelaskan keputusan syariah berhubung dengan apa jua urus niaga LTH seperti yang diputuskan oleh JPS berdasarkan kepada apa yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga, Pengerusi, Bahagian Syariah atau mana-mana juga cabang perniagaan LTH; (c) menilai dan mengesahkan produk-produk, kontrak- kontrak piawai yang akan dimeterai, perjanjian, operasi bagi keseluruhan transaksi LTH; (d) mengesahkan urus niaga dan kontrak LTH adalah mematuhi syariah melalui laporan yang dikemukakan oleh Bahagian Syariah kepada JPS secara berkala, menjelaskan pelaksanaan resolusi dan hukum yang dikeluarkan oleh JPS; dan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 96 ===== Jawatankuasa Urusan Haji 3.5.26 Semakan Suruhanjaya mendapati sehingga tahun 2017, terdapat dua jawatankuasa/majlis yang ditubuhkan bagi mengawal selia urusan haji iaitu: (a) Majlis Penasihat Haji; dan (b) Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji. 3.5.27 Majlis Penasihat Haji telah ditubuhkan melalui seksyen 11(1) Akta 535 dan bertanggungjawab untuk: (a) menasihati Menteri berkenaan kebajikan jemaah haji dan perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji; (b) memberi maklum balas kepada pengurusan LTH berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh jemaah haji; dan (c) memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji. 3.5.28 Suruhanjaya juga mendapati bahawa Majlis Penasihat Haji bukan sesuatu yang baru, malah ia telah wujud sejak tahun 1969 yang ditubuhkan berdasarkan seksyen 4A, Akta Lembaga Urusan Tabung Haji 1969 (Akta 8] yang dikenali sebagai Majlis Penasihat Urusan Haji dan tugas- tugasnya adalah seperti berikut: (a) amnya menasihatkan Menteri mengenai perkara- perkara berkenaan dengan kebajikan orang-orang haji; dan (b) menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya. 3.5.29 Apabila Akta 8 dimansuhkan, maka peruntukan mengenai Majlis Penasihat Haji juga termansuh. Namun LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 97 ===== 3.5.22 3.5.23 3.5.24 3.5.25 (hibah) dan lain-lain supaya segala operasi LTH tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah. Suruhanjaya dengan ini mencadangkan peruntukan undang-undang yang khusus mengenai JPS hendaklah dikanunkan dalam Akta 535. Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan- peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan JPS hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535. Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli JPS dibayar saraan (remuneration) sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya Akta 535 yang berkaitan dengan JPS hendaklah mengandungi peruntukan-peruntukan berikut: (a) pelantikan ahli-ahli JPS yang hendaklah tidak kurang dari lima orang dan sekurang-kurangnya adalah lulusan fiqh muamalat dan pernah menjadi penasihat syariah tidak kurang daripada lima tahun pengalaman di institusi berlesen di bawah BNM atau berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pakar-pakar yang selain daripada bidang muamalat boleh dilantik tetapi tidak melebihi satu pertiga daripada keanggotaan; (b) ulasan atau keputusan JPS adalah mengikat keputusan Lembaga; dan (c) rujukan kepada JPS untuk keputusan Mahkamah dan timbang tara. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 98 ===== 3.6 (d) memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji. 3.5.34 Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan- peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus, Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Jawatankuasa Urusan Haji hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535. 3.5.35 Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Jawatankuasa Urusan Haji boleh dibayar honorarium dan elaun perjalanan serta elaun gantian sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga. Kawal Selia Bank Negara Malaysia ke atas Lembaga Tabung Haji 3.6.1 Suruhanjaya mendapati, oleh kerana LTH merupakan Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) dan tidak tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA)), maka ia bukan institusi di bawah kawalan BNM. Walau bagaimanapun, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan mandat memelihara kestabilan kewangan negara, BNM bertanggungjawab memantau aktiviti dan perkembangan IKBB yang mempunyai kesalinghubungan tinggi dengan sistem kewangan negara. LTH adalah salah sebuah IKBB yang dipantau oleh BNM memandangkan ia sebuah IKBB yang mempunyai jumlah aset kewangan isi rumah yang disimpan dalam bentuk deposit yang tinggi dan semakin meningkat. LTH juga mempunyai pelaburan dalam aset kewangan yang sama dengan institusi kewangan lain dan merupakan pemegang saham utama bagi Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang dikawal selia oleh BNM. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 99 ===== Majlis Penasihat Haji didapati terus berfungsi dan hanya dibubarkan pada tahun 2018. 3.5.30 Pembubaran Majlis Penasihat Haji telah digantikan dengan Jawatankuasa Urusan Haji. Jawatankuasa baharu ini telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk menilai dan membuat keputusan mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan operasi haji. 3.5.31 Memandangkan pengurusan haji adalah merupakan fungsi utama LTH, Suruhanjaya berpendapat adalah wajar Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan di bawah Akta 535. 3.5.32 Suruhanjaya mencadangkan Pengerusi LTH sendiri mempengerusikan Jawatankuasa Urusan Haji, dan ahli- ahli hendaklah terdiri daripada: (a) Ketua Pengarah JAKIM; (b) Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); (c) wakil Kementerian Luar Negeri; (d) wakil Kementerian Kesihatan Malaysia; dan (e) tiga orang ahli yang dilantik oleh Menteri Hal Ehwal Agama. 3.5.33 Jawatankuasa Urusan Haji hendaklah berperanan: (a) menasihati Menteri Hal Ehwal Agama berkenaan dengan dasar dan perancangan dalam urusan haji; (b) membincangkan isu-isu mengenai kebajikan jemaah haji dan perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji; (c) mencadangkan penambahbaikan dalam pengurusan haji dan memberi maklum balas kepada pengurusan LTH dalam isu berkaitan pengurusan haji; dan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 100 ===== 3.6.5 Berikutan keputusan Jemaah Menteri itu, BNM telah membuat pemeriksaan ke atas LTH berdasarkan seksyen 33 Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701) dan seksyen 25 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613] yang dilaksanakan pada 17 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019. BNM juga mengarahkan LTH untuk melaporkan dan menyerahkan dokumen-dokumen tertentu bagi tujuan pemantauan. (Surat BNM kepada Perdana Menteri bertarikh 28 Disember 2018 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12). 3.6.6 Suruhanjaya mendapati bahawa arahan Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 yang meletakkan LTH secara pentadbiran di bawah BNM adalah tidak selari dengan Akta 535 yang memberi tanggungjawab kawal selia LTH kepada Menteri Hal Ehwal Agama. Berdasarkan penilaian Suruhanjaya, kawal selia BNM terhadap LTH hanya terhad kepada aktiviti pengambilan deposit sahaja. Manakala bagi aktiviti pelaburan dan pengurusan haji bukan merupakan bidang kepakaran BNM. Perkara ini diakui sendiri oleh pihak BNM dalam sesi inkuiri, bahawa sehingga kini BNM tidak mempunyai kepakaran yang sepenuhnya bagi mengawal selia LTH khususnya dalam aspek pengurusan haji dan pelaburan. 3.6.7 Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah tidak sesuai LTH secara keseluruhan diletakkan di bawah kawal selia BNM seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, berasaskan kepada keunikan operasi LTH dengan matlamat penubuhannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berpandangan, jika ada keperluan untuk BNM mengawal selia LTH, ia hendaklah dihadkan kepada: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 101 ===== 3.6.2 Hasil daripada pemantauan BNM, beberapa teguran telah dibuat kepada LTH bermula pada tahun 2014 melalui surat BNM kepada Pengerusi LTH (Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim) bertarikh 21 Ogos 2014, 19 Disember 2014 dan 23 Disember 2015. Seterusnya, BNM telah menulis surat kepada Menteri bertarikh 23 Disember 2015. Surat-surat tersebut menyentuh mengenai isu-isu pengambilan deposit dan pengurusan kecairan, pendeposit besar dan juga mengenai Rizab LTH. (Surat-surat BNM bertarikh 21 Ogos 2014, 19 Disember 2014 dan 23 Disember 2015 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12). 3.6.3 Suruhanjaya mendapati ekoran daripada isu-isu yang timbul dalam pengurusan dan operasi LTH, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah memutuskan untuk meletakkan LTH secara pentadbiran di bawah kawal selia BNM mulai 1 Januari 2019. Walau bagaimanapun Jemaah Menteri tidak menyatakan secara jelas skop kawal selia yang sepatutnya dilaksanakan oleh BNM. 3.6.4 Suruhanjaya dimaklumkan bahawa keputusan Kerajaan untuk meletakkan LTH di bawah kawal selia BNM bertujuan menambah baik pengurusan dan operasi LTH secara menyeluruh. Ini adalah bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memperkasakan kedudukan kewangan LTH dalam memenuhi mandatnya selaras dengan amalan standard tadbir urus yang baik (good governance). Dalam hal ini, secara dasarnya BNM menumpukan peranan kawal seliaannya antara lain terhadap aktiviti pengambilan deposit, pengurusan risiko, tadbir urus korporat dan ketelusan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 102 ===== 3.7.3. LTH dalam membuat pelaburannya tidak memiliki sebarang modal yang tersendiri berbanding dengan bank-bank yang boleh menggunakan modal mereka sebagai penampan untuk menyerap sebarang kerugian daripada ditanggung oleh pendeposit mereka. Bagi LTH, setiap ringgit yang dipegang, dilabur atau dibelanjakan akan mempengaruhi nilai aset yang menjadi sandaran kepada nilai deposit. Oleh yang demikian, setiap kerugian yang ditanggung oleh LTH sebenarnya akan ditanggung secara langsung oleh para pendeposit. 3.7.4 Pada akhir tahun kewangan, sekiranya LTH mendapat keuntungan, nilai asetnya akan lebih tinggi dari nilai deposit mengikut keuntungan berkenaan ataupun keuntungan terkumpul. Sebaliknya, sekiranya LTH rugi, nilai aset akan menjadi lebih rendah daripada nilai deposit terkumpul. Oleh itu, pengagihan keuntungan hanya boleh diagihkan setakat mana nilai aset LTH melebihi liabiliti (dengan mengambil kira deposit boleh dibayar sekiranya berlaku pengeluaran serta-merta). Sekiranya LTH menanggung kerugian dan nilai asetnya lebih rendah daripada liabilitinya, apa-apa yang dibayar kepada pendeposit sebenarnya adalah penggunaan wang pendeposit dan bukannya pengagihan keuntungan. 3.7.5 Oleh itu, beberapa peruntukan perlindungan berkanun (statutory safeguards) telah diwujudkan dalam Akta 535 bagi memastikan LTH tidak secara salah membuat pengagihan keuntungan daripada deposit para pendepositnya iaitu: (a) seksyen 22(3)(a) yang memperuntukkan bahawa keuntungan hanya boleh diagihkan apabila aset LTH tidak kurang daripada jumlah liabiliti; (b) seksyen 21 yang mengehendaki supaya suatu Kumpulan Wang Rizab ditubuhkan dan diadakan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 103 ===== (a) kawalan rizab; dan (b) pengurusan kecairan. Namun, kawal selia BNM yang terhad ini bukanlah sebagaimana kawal selia institusi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758] dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Akta 678]. 3.7 Pengurusan Deposit Perlindungan Berkanun ke atas Deposit Lembaga Tabung Haji 3.7.1 Suruhanjaya mendapati sejak dari penubuhannya, sebarang pengeluaran deposit daripada LTH adalah dijamin oleh Kerajaan. Wang pendeposit di LTH adalah liabiliti kepada LTH. Nilai setiap ringgit deposit kekal walaupun terdapat turun naik dalam nilai pelaburan yang dibuat oleh LTH dengan menggunakan deposit yang diterimanya. Seksyen 24 Akta 535 memperuntukkan bahawa apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubung dengan pengeluaran oleh pendeposit yang tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab, perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan kepada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan (Kerajaan Persekutuan) dalam bentuk pinjaman kepada LTH dan hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan dengan kadar yang segera. 3.7.2 Seperti yang dinyatakan di atas, pelaburan yang dibuat oleh LTH turun naik nilainya. Keuntungan akan menambah nilai pelaburan dan aset-aset berkaitan, manakala kerugian akan menyusutkan nilai deposit. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 104 ===== 3.7.9 Walau bagaimanapun, Suruhanjaya mendapati dalam tahun 2019, LTH telah mengukuhkan polisi rizabnya. Di samping mengekalkan perpindahan tahunan sebanyak 0.1% ke dalam Rizab Berkanun, RPK telah ditetapkan pada tahap 5% daripada nilai aset bersih LTH atau RM3.5 bilion berdasarkan rekod turun naik nilai aset bersih LTH antara tahun 2010 hingga 2018. Bagi memenuhi sasaran ini, LTH telah memindahkan keuntungan dengan jumlah yang sama dengan 2% daripada keuntungan tahun semasa selepas zakat ke dalam akaun RPK. RPK ini hanya boleh digunakan bagi membiayai pengagihan keuntungan (hibah) bagi mengekalkan tahap deposit dan menampung jika berlaku pengeluaran deposit besar- besaran. Pengeluaran deposit secara besar-besaran boleh berlaku jika pengagihan keuntungan (hibah) LTH menurun dengan signifikan berbanding dengan pulangan pelaburan yang diberikan oleh institusi kewangan Islam yang lain. 3.7.10 Satu lagi perkara yang ingin ditekankan oleh Suruhanjaya adalah berkenaan rizab yang tidak berkembang walaupun dalam tahun 2019 LTH telah meletakkan sasaran yang spesifik dalam polisi rizabnya bagi menjadikan kedudukan kewangannya lebih kukuh. Perkara-perkara berikut akan terus memberikan tekanan kepada LTH untuk membayar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit antara 0.5% hingga 1.0% mengikut kadar pulangan asas deposit perbankan Islam seperti yang disasarkan: (a) pertambahan saiz dana LTH; (b) kadar faedah yang meningkat yang akan meningkatkan kadar pulangan asas deposit perbankan Islam; dan (c) rosotnilai aset-aset lemah yang masih dimiliki oleh LTH. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 105 ===== peraturan berkenaan pemindahan masuk dan pengeluarannya; dan (c) seksyen 22(3)(b) yang mengehendaki aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa- apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan. 3.7.6 Suruhanjaya mendapati Perbendaharaan tidak pernah meluluskan apa-apa baki minima dalam Kumpulan Wang Rizab LTH sebelum keuntungan boleh diagihkan walaupun terdapat wakil dari Perbendaharaan yang menjadi anggota Lembaga. Sebenarnya tidak ada mekanisme yang diwujudkan oleh Perbendaharaan bagi menilai polisi rizab LTH. 3.7.7 Suruhanjaya juga mendapati, di samping Kumpulan Wang Rizab yang diwujudkan berdasarkan seksyen 21 seperti yang dibincangkan di atas, LTH boleh juga mewujudkan rizab-rizab lain bagi tujuan mengukuhkan kestabilan kewangannya, namun tertakluk kepada pandangan JPS. Sebagai contoh, Rizab Penyamaan Keuntungan (RPK) telah diwujudkan bagi menyimpan sejumlah keuntungan yang ditentukan oleh LTH bagi menyerap sebarang penurunan nilai aset yang ditetapkan kepada nilai pasaran dan juga untuk pengagihan pada masa hadapan, jika diperlukan. 3.7.8 Suruhanjaya mengambil maklum tentang laporan RB yang mendapati bahawa dalam tahun 2012, 2014 dan 2016, LTH telah menggunakan rizabnya untuk membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit... RB juga mendapati arah aliran rizab yang menurun selepas tahun 2016. (Laporan RB ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 11) @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 106 ===== pembahagian keuntungan (profit sharing ratio) tidak ditemui dalam mana-mana dokumen. (Kertas Kerja Bahagian Syariah Tabung Haji (2019) berkaitan perubahan kepada akad Wakalah ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12). 3.7.15 Suruhanjaya mendapati bahawa LTH telah mempromosikan perkara ini dalam aktiviti-aktiviti memobilisasi dana. Di samping keuntungan yang dibayar, para pendeposit tidak perlu lagi memikirkan berkenaan pembayaran zakat. Ini juga meningkatkan nilai keuntungan yang diterima daripada LTH berbanding dengan pelaburan-pelaburan lain yang mana zakatnya masih belum dibayar. Namun perkara yang perlu difahami, LTH juga telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi sebagai Bantuan Kewangan Haji (Hajj Financial Support (HAFIS)), sekaligus bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (entrepreneur) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (subsidi) sewenang- wenangnya. 3.7.16 Suruhanjaya mendapati, dalam tahun 2016, akad deposit (kontrak) ini telah ditukar kepada Wadi'ah Yad Dhamanah yang mana deposit dikira sebagai simpanan, dan LTH akan membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba. Namun, Suruhanjaya mendapati tiada penjelasan mengapa perubahan akad ini dilakukan. 3.7.17 Walaupun begitu, Suruhanjaya mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah. Tetapi tiada dokumen menunjukkan pendeposit (rabbul mal) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 107 ===== 3.7.11 Malah Suruhanjaya mendapati, berdasarkan maklumat kewangan yang dikemukakan, LTH telah menggunakan rizab yang ada bagi menampung pengagihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit dalam tahun 2020 dan 2021. 3.7.12 Suruhanjaya mendapati dari 2014 hingga sekarang, LTH mengagihkan keuntungan (hibah) kepada pendeposit dalam suku pertama tahun kewangan iaitu sebelum penyata kewangan beraudit disediakan. Dalam pengagihan keuntungan (hibah) tersebut, LTH bergantung kepada akaun pengurusan untuk menentukan jumlah agihan. Suruhanjaya mencadangkan supaya LTH dalam menentukan kadar pengagihan keuntungan (hibah) dibuat berdasarkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit. Pengaruh Zakat dalam Memobilisasi Deposit 3.7.13 Suruhanjaya mendapati walaupun Akta 535 tidak secara khusus mendefinisikan jenis kontrak syariah antara LTH dan pendepositnya, konsep Mudarabah telah digunakan bagi menentukan bayaran zakat ke atas deposit pendeposit pada tahun 1979. Ini berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (sekarang Muzakarah MKI) bahawa LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum pengagihan keuntungan (hibah) dilakukan. Pendeposit LTH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas deposit mereka kerana LTH telah membayar zakat bagi pihak pendeposit. 3.7.14 Walau bagaimanapun, Suruhanjaya mendapati tiada dokumen akad antara LTH dengan pendeposit yang menjelaskan kandungan akad Mudarabah tersebut. Bahkan rukun penting Mudarabah antara pemodal (pendeposit) dengan pengusaha (LTH) iaitu kadar @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 108 ===== akad tersebut juga pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit. Sedangkan, menurut Akta 535, LTH sememangnya tidak dibenarkan meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat. Walaupun begitu, bagi pihak pendeposit, mereka menganggap pembayaran zakat oleh LTH adalah mewakili zakat mereka. 3.7.21 Ketidakharmonian amalan ini sama ada dari sudut Akta 535 mahupun syariah disebabkan tiada kajian menyeluruh dilaksanakan sebelum perubahan daripada akad Mudarabah kepada akad Wadi'ah Yad Dhamanah dilakukan. Tiada dokumen yang membuktikan kajian tersebut dibuat. 3.7.22 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa pada Disember 2019, LTH telah mengubah kontraknya dengan pendeposit kepada Wakalah setelah kajian menyeluruh dilakukan bagi menyelaraskan dengan model perniagaan LTH. Di bawah konsep Wakalah ini, LTH menjadi ejen kepada pendeposit untuk menguruskan dana mereka atas tujuan pelaburan, subsidi, kos pengurusan LTH dan pembayaran zakat perniagaan (sekiranya ada). Pembetulan ini menyelesaikan semua isu yang disebut sebelum ini terutamanya isu tanggungan zakat pendeposit dan pemberian subsidi, kerana struktur di bawah Wakalah mengembalikan hubungan antara LTH dengan para pendeposit! kepada kedudukan sebagaimana dalam Akta 535 iaitu untuk menguruskan dana pendeposit. 3.7.23 Sebagaimana disebut di atas, berdasarkan akad Wakalah, LTH boleh menolak zakat, perbelanjaan pengurusan dan kos haji daripada keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan. Ini akan mewujudkan keadaan di mana keuntungan boleh digunakan sebagai LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 109 ===== bersetuju sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi. 3.7.18 Kesan daripada pertukaran kepada akad Wadi'ah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH. Perkara ini telah dibangkitkan oleh BNM dalam suratnya kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Jun 2019. Menurut BNM, penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama dengan kontrak di bawah Wadi'ah Yad Dhamanah. (Surat BNM bertarikh 26 Jun 2019 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.7.19 Dibawah akad Wadi'ah Yad Dhamanah, kedudukan LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan di LTH. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan. Kadar zakat simpanan adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan. Ini akan menyebabkan amaun zakat yang perlu dibayar oleh LTH menjadi lebih besar berbanding sekiranya dibayar dalam bentuk zakat perniagaan. Formula zakat perniagaan menjadikan nilai zakat lebih rendah daripada zakat simpanan. 3.7.20 Suruhanjaya mendapati pertukaran akad Mudharabah kepada akad Wadi'ah Yad Dhamanah pada tahun 2016 menyebabkan berlaku ketidakharmonian antara Akta 535 dengan pelaksanaan akad tersebut. Ini terjadi kerana di bawah akad Wadi'ah Yad Dhamanah, LTH berperanan sebagai peminjam wang daripada pendeposit untuk dilaburkan. LTH bebas menggunakan keuntungan dana tersebut untuk pembayaran keuntungan (hibah), subsidi dan sebagainya tanpa kebenaran pendeposit. Di atas @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 110 ===== sebanyak RM60 bilion bagi menampung subsidi haji pada tahap yang ada sekarang. Apabila kos subsidi meningkat, jumlah dana yang lebih besar diperlukan dan kebergantungan ke atas pendeposit yang mempunyai deposit yang besar akan bertambah. 3.8 Perlindungan Pelaburan 3.8.1 Suruhanjaya berpandangan, oleh kerana LTH bertanggungjawab untuk melabur dana yang dikumpulkan melalui deposit yang diterimanya, pelaburan ini hendaklah dilakukan dengan bertujuan menjaga kepentingan terbaik para pendeposit. Walaupun seksyen 20 Akta 535 menetapkan bahawa kuasa pelaburan hanya boleh dijalankan dengan keizinan Menteri, versi undang- undang sebelum ini mempunyai perlindungan yang lebih spesifik: (a) seksyen 8 Akta Perbadanan Wang Simpanan Bakal- Bakal Haji Tanah Melayu 1962 (PWSBH) memperuntukkan bahawa PWSBH perlu mengambil kira sebarang laporan ataupun cadangan kepada mereka oleh Panel Pelaburan; dan (b) seksyen 23(2) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 8] (LUTH) memperuntukkan bahawa LUTH perlu mengambil kira sebarang laporan atau pun cadangan yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Penasihat Kewangan. Apa yang ketara ialah Panel Pelaburan atau pun Majlis Penasihat Kewangan telah dimansuhkan dalam Akta 535. Pada masa ini, Panel Pelaburan telah diwujudkan semula. Seperti yang dibincangkan terdahulu, kewujudan Panel Pelaburan ini hendaklah dikanunkan semula secara spesifik di bawah Akta 535. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 111 ===== subsidi sebahagian daripada kos haji dan mengesahkan juga bahawa subsidi berkenaan akan ditanggung oleh pendeposit. 3.7.24 Berdasarkan anggaran semasa, jumlah subsidi adalah dalam lingkungan RM400 juta setahun yang bersamaan dengan pengurangan sebanyak 0.4% daripada kadar keuntungan (hibah) yang dibayar kepada pendeposit. Persoalannya, berapakah jumlah subsidi yang munasabah dengan mengambil kira jumlah subsidi yang sentiasa meningkat. Selagi kos haji yang dikenakan kepada jemaah haji ditetapkan pada tahap yang tidak munasabah, masalah peningkatan jumlah subsidi akan berterusan. Risiko Tertumpu (Concentration Risk) 3.7.25 Peranan segelintir pendeposit yang menyimpan dana yang besar telah dipersoalkan kerana mereka menyebabkan deposit LTH terdedah kepada risiko tertumpu (concentration risk) yang boleh mengakibatkan pengeluaran deposit secara besar-besaran (bank run). Walau bagaimanapun perlu diakui bahawa kumpulan pendeposit ini membantu untuk menanggung beban subsidi seperti yang dibincangkan di atas. 3.7.26 Kawalan tambahan seperti mengehendaki notis diberikan terlebih awal bagi pendeposit yang mahu mengeluarkan deposit dari LTH dengan satu jumlah yang ditetapkan boleh dilaksanakan supaya mana-mana pengeluaran yang besar boleh diuruskan tanpa menyebabkan LTH menghadapi masalah kecairan. 3.7.27 Subsidi yang terlampau tinggi akan menyebabkan pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang besar mencari peluang pelaburan yang lain. Suruhanjaya difahamkan bahawa LTH memerlukan dana minima @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 112 ===== 3.9.3 Suruhanjaya mendapati pengurusan LTH dalam mengira pengagihan keuntungan (hibah) seperti di atas tidak menggunakan nilai aset dan liabiliti seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan LTH. Sebaliknya LTH menggunakan Nilai Aset Yang Boleh Direalisasi (Realisable Asset Value (RAV)) dalam menentukan pematuhan kepada seksyen 22 Akta 535. Dalam pasaran, tidak ada piawaian yang khusus bagi mengira RAV. Bagi tujuan ini, pihak pengurusan telah menganggarkan nilai aset tambahan yang telah ditambah ke atas nilai aset yang dinyatakan dalam penyata kewangan beraudit LTH yang menjadikan nilainya lebih tinggi dalam pengiraan RAV. Tidak ada apa-apa pelarasan yang telah dibuat ke atas nilai pelaburan yang mana nilai pasarannya sudah jatuh ke tahap yang amat rendah berbanding dengan nilai pelaburan asal. Pengurusan LTH memberi alasan bahawa seksyen 22 Akta 535 tidak mempunyai definisi aset yang jelas dan dengan itu, pihak pengurusan mempunyai hak untuk menentukan bagaimana nilai aset berkenaan dikira. 3.9.4 Suruhanjaya mendapati berdasarkan laporan PwC, pengiraan RAV adalah anggaran yang dibuat oleh pengurusan LTH, bukannya menggunakan harga pasaran bagi saham yang tersenarai dan penilaian profesional yang bebas bagi menilai hartanah. Sebagai contoh, bagi tahun kewangan 2017, sejumlah RM2.294 bilion yang berkaitan dengan TH Plantations Berhad telah dicampurkan dalam pengiraan RAV. PwC mendapati ini adalah berdasarkan penilaian aset hartanah berjumlah RM4.6 bilion yang mana hanya RM556 juta adalah berdasarkan laporan penilaian yang dikeluarkan oleh penilai-penilai profesional, sedangkan baki penilaian bernilai RM4.044 bilion hanyalah berdasarkan anggaran pengurusan semata-mata. (Laporan PWC ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 11) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 113 ===== 3.9 Pengagihan Keuntungan (Hibah) 3.90.1 Seperti yang disebutkan terdahulu, kewujudan LTH dan institusi-institusi yang sama sebelumnya adalah bagi memobilisasikan simpanan bakal-bakal haji dan membolehkan mereka menabung secukupnya bagi menanggung kos mengerjakan haji apabila tiba giliran mereka. Deposit yang diterima akan dilaburkan dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan. Pulangan pelaburan itu digunakan untuk membayar perbelanjaan pengurusan serta Zakat manakala selebihnya boleh diagihkan kepada pendeposit dalam bentuk pengagihan keuntungan (hibah). Pengagihan Keuntungan (Hibah) bagi Tahun 2014 hingga 2017 3.9.2 Berdasarkan kepada laporan PwC yang dibentangkan kepada Suruhanjaya ini, pengagihan keuntungan (hibah) boleh diringkaskan seperti berikut: 2014 2015 2016 2017 Perkara/ Tahun Dalam RM (Juta) Jumlah aset 54,751 60,196 64,321 70,317 Jumlah liabiliti (51,866) | (60,062) | (65,581) | (71,086) (Kekurangan)/ Kelebihan sebelum 2,885 134 (1,260) (769) pengagihan keuntungan Tolak: Pengagihan keuntungan (3,237) (3,220) (2,871) (3,324) (Kekurangan)/ Kelebihan selepas pengagihan keuntungan (352) (3,086) | (4,131) | (4,093) @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 114 ===== 3.9.8 Suruhanjaya mendapati untuk LTH, rosot nilai hanya dibuat apabila nilai pasaran jatuh sebanyak 70% daripada kos pelaburan asal. Ini kemudiannya diubah kepada 85% dan seterusnya 90% dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017. Sebagai contoh, bagi pelaburan saham asal berjumlah RM1,000 rosot nilai hanya dibuat apabila nilai pasaran saham berkenaan jatuh kepada harga RM100. Pada hakikatnya, sekiranya pelaburan berkenaan dijual dalam pasaran pada ketika itu, LTH hanya akan dapat mengutip RM100, bukannya RM1,000 seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan. 3.9.9 Suruhanjaya seterusnya mendapati pada tahun 2017, kaedah pengiraan keuntungan (hibah) telah ditukar daripada purata baki deposit bulanan kepada purata baki tahunan. Pertukaran ini telah diumumkan pada 7 Februari 2018, namun ditarik balik setelah mendapat reaksi yang negatif daripada pendeposit. Kaedah purata deposit bulanan telah digunakan semula bagi mengira agihan keuntungan (hibah) untuk tahun kewangan berakhir 2017. Dengan pertukaran ini LTH telah mengeluarkan lebihan wang sebanyak RM600 juta untuk bayaran agihan keuntungan (hibah) pada tahun 2017. 3.9.10 Suruhanjaya juga mendapati berdasarkan Akuan Berkanun Saksi, Ketua Pegawai Kewangan ketika itu, pertukaran yang dibuat ke atas polisi rosot nilai bagi membolehkan LTH mengagihkan keuntungan selaras dengan jangkaan pendeposit dan bukannya untuk memastikan penilaian aset menggambarkan nilai wajar aset tersebut seperti yang dikehendaki oleh piawaian perakaunan. Tindakan ini tidak selaras dengan kehendak Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240] yang mengehendaki pemakaian prinsip- prinsip perakaunan yang diakui umum. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 115 ===== 3.9.5 Walaupun RAV yang digunakan didakwa oleh pengurusan LTH adalah berdasarkan nasihat dan sudah diaudit oleh Tetuan Ernst & Young (EY), persoalan yang tidak dapat dijelaskan adalah bagaimana EY boleh mengaudit penilaian yang tidak berasaskan kepada nilai yang ditentukan oleh penilai-penilai profesional. 3.90.6 Disamping perkara di atas, Suruhanjaya mendapati polisi rosot nilai aset-aset yang hendak dirosotnilaikan seperti yang dikehendaki oleh Piawaian Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard (FRS)) seperti FRS 139 telah tidak dibuat menurut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum seperti yang lazim diamalkan. Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah mengeluarkan garis panduan FRSIC 14 kepada ahli-ahlinya bagi menjelaskan bila kerugian yang dialami dikira signifikan atau berlanjutan (prolonged). Berdasarkan FRSIC 14, kerugian signifikan dikira apabila nilai aset sudah berkurangan sebanyak 20% atau lebih, manakala kerugian berlanjutan pula dikira apabila ianya melebihi dua belas bulan. 3.9.7 Suruhanjaya ingin mengingatkan bahawa menurut FRS 139 yang berkuat kuasa sehingga tahun 2017, rosot nilai aset kewangan yang dipegang untuk jualan (pelaburan portfolio) hendaklah dirosotnilaikan sehingga nilai Wajarnya sekiranya terdapat bukti-bukti objektif bahawa aset berkenaan telah merosot nilainya. Bukti terbaik nilai wajar adalah harga pasaran saham yang tersiar harga dalam pasaran yang aktif. Sekiranya tidak ada pasaran yang aktif, teknik-teknik penilaian boleh digunakan seperti membandingkan dengan nilai wajar terkini instrumen kewangan yang lain yang hampir sama atau menggunakan analisa aliran tunai yang diberi diskaun dan teknik-teknik harga opsyen. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 116 ===== syarikat bersekutu berjumlah RM227 juta yang tidak direkodkan juga. Jumlah rosot nilai terkumpul yang tidak diambil kira oleh LTH adalah RM1.537 bilion yang jauh lebih besar dari nilai bersih aset terlaras berjumlah RM373 juta seperti yang dikira di atas. Liabiliti bersih LTH berjumlah RM1.164 bilion. Malah PwC menganggarkan liabiliti bersih yang lebih besar yang berjumlah RM4.093 bilion. 3.9.14 Suruhanjaya mendapati berdasarkan bukti yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya ini, apa yang sebenarnya berlaku ialah KAN telah mengaku bahawa laporan audit LTH bagi tahun kewangan 2017 sepatutnya adalah laporan yang mengandungi teguran, bukannya laporan tanpa teguran yang disertakan dengan “Emphasis of Matter’ seperti yang telah dikeluarkan. (Surat KAN kepada Pengerusi LTH bertarikh 25 Oktober 2018 dan surat KAN kepada Perdana Menteri bertarikh 19 Disember 2018 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.9.15 Suruhanjaya mendapati laporan RB juga telah membangkitkan bahawa disebabkan LTH mengenepikan fakta bahawa aset LTH kurang daripada liabiliti bagi membolehkan keuntungan (hibah) dibayar, kerugian yang tidak direalisasi telah meningkat kerana rosot nilai yang tinggi terpaksa ditanggung oleh LTH. Laporan berkenaan juga telah memberi amaran bahawa LTH akan menghadapi masalah apabila Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS 9)) mula berkuat kuasa pada tahun 2018. Pada tarikh laporannya, RB telah menganggarkan kerugian berjumlah RM2.6 bilion akan menjadi ancaman kepada pendapatan masa hadapan LTH. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 117 ===== 3.9.11 Ketua Audit Negara (KAN) berpandangan bahawa polisi rosot nilai yang melangkau amalan pasaran yang agresif ini sebagai sesuatu yang tidak salah. Dalam memberi pandangan tersebut, KAN telah mengandaikan bahawa kelulusan Menteri dalam menentukan tahap rosot nilai sebagai tindakan yang berada dalam kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 11(b) Akta 240. Tidak ada pertimbangan sama ada polisi rosot nilai berkenaan akan mempamerkan nilai wajar pelaburan-pelaburan yang berkenaan yang merupakan tujuan utama prinsip- prinsip perakaunan yang diakui seperti yang dikehendaki oleh Akta 240. Suruhanjaya mendapati bahawa pandangan tersebut adalah tidak tepat. 3.9.12 Suruhanjaya, dengan merujuk kepada laporan PWC, mendapati pada tahun 2017, pihak pengurusan LTH telah menggunakan RAV bagi menjustifikasikan bayaran agihan keuntungan (hibah) seperti berikut: RM (Juta) Jumlah aset 70,317 Nilai Aset Yang Boleh Direalisasi (RAV) untuk anak-anak 4,466 syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, usaha sama, hartanah dan aset-aset yang dipegang sehingga matang Jumlah aset berdasarkan RAV 74,783 Jumlah liabiliti termasuk deposit dari pendeposit (74,410) Nilai bersih aset terlaras untuk diagihkan 373 3.9.13 Dalam Akuan Berkanun Saksi, Puan Mona binti Othman dari JAN telah menyatakan sekiranya FRS 139 dipatuhi dengan betul, rosot nilai tambahan aset kewangan berjumlah RM1.310 bilion sepatutnya direkodkan oleh LTH dalam penyata kewangan tahun 2017. Jumlah ini adalah tambahan kepada rosot nilai anak syarikat dan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 118 ===== bagi tahun 2015-2017, nilai liabiliti LTH lebih besar daripada nilai asetnya. 3.9.19 Suruhanjaya mendapati kenyataan Ahmad Qadri yang menyatakan bahawa Proforma Penyata Kewangan adalah berasaskan penyata kewangan LTH yang telah diaudit oleh KAN adalah tidak benar. Ini kerana Laporan Semakan RAV terhadap Proforma Penyata Kewangan oleh EY dikeluarkan pada 23 Mei 2018. Manakala Penyata Kewangan Beraudit JAN sebenarnya dimuktamadkan pada 16 Julai 2018 oleh KAN. (Proforma Penyata Kewangan oleh EY ditanda sebagai Ekshibit di Jilid 12 dan Penyata Kewangan Beraudit JAN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.9.20 Suruhanjaya juga mendapati kenyataan Ahmad Qadri bercanggah dengan kenyataan-kenyataan daripada pihak pengurusan LTH yang mendakwa bahawa mereka telah bergantung semata-mata kepada rangka kerja RAV seperti yang diperakui oleh EY dalam tugasan EY menyemak RAV berkenaan. 3.9.21 Suruhanjaya mendapati bahawa Proforma Kewangan yang diguna pakai semasa pengiraan RAV oleh EY tidak berdasarkan penyata kewangan yang diaudit oleh JAN. Suruhanjaya berpandangan RAV tidak boleh dijadikan asas bagi pembayaran keuntungan (hibah). Sebaliknya ia perlu berdasarkan Penyata Kewangan yang diaudit. Kadar Pengagihan Keuntungan (Hibah) 3.9.22 Kadar-kadar pengagihan keuntungan (hibah) untuk tahun-tahun 2014 hingga 2021 adalah seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 119 ===== 3.9.16 Pendekatan yang diambil oleh LTH dalam mengagihkan keuntungan (hibah) dari tahun 2014 sehingga 2017 adalah tidak mematuhi kawalan statutori di bawah Akta 535 bagi memastikan pendeposit dibayar keuntungan (hibah) daripada keuntungan sebenar, bukannya daripada deposit mereka sendiri. 3.9.17 FRS 139 telah digantikan dengan MFRS 9 pada tahun 2018. Selepas peralihan ini, rosot nilai tidak lagi dibuat berdasarkan kepada kerugian apabila ianya sudah menjadi signifikan atau berlanjutan tetapi aset-aset yang berkenaan dinilai berdasarkan kepada harga pasaran dan dilaporkan berdasarkan nilai aset-aset tersebut di dalam pasaran. Ini menjelaskan mengapa FRSIC 14 telah ditarik balik kerana isu yang ditangani oleh panduan ini tidak lagi berkenaan apabila MFRS 9 berkuat kuasa. 3.9.18 Suruhanjaya ingin merujuk kepada peranan yang diambil oleh EY dalam menentukan nilai RAV. Dalam Akuan Berkanun Saksi, Ahmad Qadri bin Jahubar Sathik, rakan kongsi EY yang telah menyemak RAV berkenaan telah menjelaskan bahawa skop tugasan EY adalah untuk menyemak Proforma Penyata Kewangan dan tidak merangkumi sebarang semakan ke atas penyata kewangan beraudit LTH yang telah diaudit oleh KAN. Menurutnya tugasan berkenaan terhad kepada menyemak kesan pelaburan di dalam usaha sama, syarikat berkaitan, syarikat subsidiari, sekuriti yang dipegang sehingga matang, harta, loji dan kelengkapan yang telah diselaraskan oleh LTH bagi mengira RAV berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh LTH. Oleh itu menurutnya, isu-isu yang dibangkitkan oleh PwC tidak termasuk dalam tugasan EY oleh kerana EY tidak menyemak penyata kewangan yang telah diaudit. Ahmad Qadri juga tidak mempertikaikan bahawa berdasarkan kepada penyata kewangan beraudit LTH @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 120 ===== telah dikira dengan betul. Apabila pendapatan mula menurun pada tahun 2014 dan 2015, kelestarian perniagaan LTH menjadi tertekan. Kadar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi tidak boleh dipertahankan. Kadar yang tinggi ini juga telah menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi dan ini menyebabkan LTH tergelincir daripada matlamat asalnya. 3.9.26 Suruhanjaya mendapati bagi mendapatkan pulangan yang tinggi daripada pelaburannya, LTH terpaksa mengambil risiko yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang sewajarnya bagi pelaburan yang berasaskan deposit dan juga profil risiko pendeposit. Ini terserlah dalam Alokasi Aset Strategik LTH (SAA) yang dijadikan panduan di dalam aktiviti-aktiviti pelaburan LTH. RB mendapati bahawa pelaburan LTH lebih berat kepada ekuiti, khususnya ekuiti domestik, yang menyebabkan ianya berpotensi terdedah kepada turun naik pasaran. Turut didapati bahawa pulangan daripada ekuiti tersenarai telah terlebih jangka yang mengakibatkan berlaku pendedahan yang melebihi daripada apa yang disarankan dalam SAA. 3.9.27 Dalam suasana ini, disebabkan keengganan untuk menerima hakikat bahawa LTH telah menggunakan strategi yang silap dalam memilih nisbah pengagihan keuntungan (hibah), pengurusan LTH telah memilih untuk menjadi kreatif dalam amalan perakaunan bagi membolehkan pembayaran keuntungan (hibah) yang tinggi. Ini mengakibatkan BNM telah menyatakan kebimbangan berkenaan kadar pembayaran keuntungan (hibah) yang tidak boleh dipertahankan. Walaupun pada awalnya kebimbangan BNM tertumpu kepada kesan sistemik ke atas perbankan Islam, ia kemudiannya diluaskan kepada ketiadaan polisi rizab di LTH. Ini berakhir dengan krisis dalam pengagihan keuntungan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI © ===== PAGE 121 ===== % 2014 | 2015 | 2016 | 2017 | 2018 | 2019 | 2020 | 2021 Keuntungan tahunan/Hibah 6.25 | 5.00 | 4.25 | 4.50 | 1.25 | 3.05 | 3.10 | 3.10 Hibah Haji 2.0 | 3.0 | 150 | 1.75 | 0 0 0 0 3.9.23 Suruhanjaya mendapati pendeposit LTH dibayar keuntungan (hibah) yang lebih tinggi berbanding dengan kadar deposit yang ditawarkan oleh bank-bank Islam di Malaysia. Kadar keuntungan (hibah) yang tinggi ini tidak selari dengan ciri-ciri deposit LTH iaitu: (a) pengeluaran dijamin oleh Kerajaan Malaysia; (b) pelaburan dibuat hanya dalam aset-aset patuh syariah; (c) zakat yang berkenaan telah dibayar oleh LTH; dan (d) sebahagian daripada keuntungan daripada pelaburan telah digunakan untuk memberi subsidi ke atas kos mengerjakan haji. 3.9.24 Suruhanjaya mendapati LTH telah meletakkan dirinya dalam kelompok yang sama dengan Amanah Saham Bumiputera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam pengagihan keuntungan, walaupun terdapat perbezaan dalam peranan, fungsi dan ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. LTH tidak mempunyai sebab untuk menerima tekanan untuk bersaing dengan kelompok-kelompok yang dipilihnya sendiri. 3.9.25 Suruhanjaya mendapati kadar keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibayar sebelum tahun 2018 telah menyebabkan rizab LTH menyusut, yang akhirnya berpotensi untuk memberi kesan ke atas kedudukan kewangan LTH pada masa hadapan. Walaupun tidak ada tanda-tanda bahawa masalah telah bermula sebelum tahun 2014, terdapat persoalan sama ada keuntungan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 122 ===== secara langsung telah memadamkan kegusaran akan berlakunya pengeluaran secara besar-besaran dan tidak terkawal ke atas deposit LTH sekiranya kadar pengagihan keuntungan dibayar pada kadar yang normal yang lebih menghampiri kaedah deposit institusi kewangan Islam. 3.9.31 Menariknya, ketika LTH menormalisasikan nisbah pembayarannya dan penstrukturan kewangan dilakukan dengan bantuan Kerajaan, para pendeposit telah diyakinkan bahawa Kerajaan sememangnya menjamin deposit mereka. Penstrukturan LTH telah mencapai matlamatnya bagi meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan telah menunaikan janjinya di dalam menjamin deposit LTH. 3.10 Pelaporan Kewangan 3.10.1 Sebagai sebuah badan berkanun, LTH dikehendaki untuk mematuhi Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 2401. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 26 Akta 535. 3.10.2 Seksyen 5(1) Akta 240 memperuntukkan bahawa sebuah badan berkanun hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi setiap tahun kewangan. Seksyen 11(2)(b) memperuntukkan bahawa Menteri yang bertanggungjawab ke atas badan berkanun boleh menetapkan garis panduan mengenai prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum, polisi-polisi perakaunan dan lain-lain perkara bersifat perakaunan atau kewangan berhubung dengan akaun-akaun sesuatu badan berkanun. Penting diberikan perhatian di sini bahawa LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 123 ===== (hibah) pada tahun 2017 apabila KAN menyertakan “Emphasis of Matter’ dalam laporannya. 3.9.28 Suruhanjaya mendapati polisi pengagihan keuntungan (hibah) telah dipinda pada tahun 2018 apabila LTH tidak mampu membayar lebih daripada 1.25% selepas penstrukturan semula kewangannya dan selepas piawaian-piawaian perakaunan yang berkenaan diikuti sepenuhnya. Berdasarkan polisi yang dipinda ini, LTH mensasarkan untuk mengagihkan keuntungan (hibah) sedikit melepasi kadar purata deposit bank-bank Islam (antara 50 sehingga 100 mata asas) yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Ini lebih munasabah jika jenis dan ciri-ciri deposit LTH diambil kira. 3.9.29 Para pendeposit LTH telah memberikan reaksi jangka pendek dalam tahun 2019 selepas pengumuman agihan keuntungan (hibah) 1.25% dibuat. Terdapat pengecutan dalam asas deposit terutamanya dalam kalangan pendeposit yang mempunyai deposit yang besar. Saiz deposit LTH menurun dari kira-kira RM73 bilion sebelum pengumuman agihan keuntungan (hibah) 2018 dibuat kepada RM69 bilion pada akhir tahun 2019. LTH bernasib baik kerana jumlah pengeluaran dan kesannya adalah lebih kecil daripada apa yang dikhuatiri. 3.9.30 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa pengurusan LTH dalam tahun 2019 telah mengambil langkah-langkah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada LTH. Ini termasuk penerangan di media-media dan perjumpaan bersemuka dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Pada akhir tahun 2020, jumlah deposit telah kembali meningkat ke tahap lebih kurang RM76 bilion. Pada ketika ini, jumlah dana yang didepositkan dengan LTH sudah mencapai RM88 bilion. Keyakinan dan kepercayaan kepada LTH telah dikembalikan. Ini @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 124 ===== 3.11 Laporan Penyata Kewangan yang Diaudit oleh Jabatan Audit Negara 3.11.1 Suruhanjaya mendapati bahawa Penyata Kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih oleh JAN. Walaupun laporan untuk tahun kewangan 2017 ada membangkitkan tentang “Emphasis of Matter’, namun ia tidak menjejaskan pendapat KAN yang menyatakan bahawa penyata kewangan 2017 tersebut telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan LTH dan selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia, serta mematuhi keperluan Akta 535. 3.11.2 Suruhanjaya mendapati berdasarkan penyata kewangan tahunan 2014 hingga 2017 mengenai aset dan liabiliti LTH, terdapat kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit) untuk membolehkan keuntungan (hibah) diberi pada tahun 2016 dan 2017. Manakala agihan sebenar keuntungan (hibah) bagi tahun 2014 dan 2015 melebihi jumlah keuntungan sebenar dan mengakibatkan kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit). 3.11.3 Suruhanjaya mendapati, LTH dalam mengira agihan keuntungan (hibah), tidak merujuk kepada penyata kewangan yang telah diaudit oleh JAN. Sebaliknya menurut Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida, pengiraan agihan keuntungan (hibah) adalah berpandukan kepada seksyen 22 Akta 535. Bagi menjelaskan perkara ini, diperturunkan seksyen 22 yang memperuntukkan seperti berikut: “22.(1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 125 ===== kedua-dua peruntukan ini mempunyai asas yang sama iaitu pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum. 3.10.3 Dalam tahun 2013, Perbendaharaan telah mengeluarkan garis panduan (PA 3.1/2013) berhubung dengan penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun Persekutuan bagi menggantikan garis panduan yang pernah diterbitkan pada tahun 1994. Menurut garis panduan ini, mana-mana badan berkanun persekutuan yang mempunyai anak syarikat yang menyerah simpan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau BNM dikehendaki untuk mengguna pakai FRS yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB). LTH termasuk dalam kategori ini. Oleh yang demikian, prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum bagi LTH seperti yang dirujuk dalam Akta 240 ialah FRS atau yang setara dengannya seperti MFRS. 3.10.4 Objektif pelaporan kewangan adalah untuk menyediakan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang benar dan saksama berkenaan keputusan dan kedudukan kewangan entiti berkenaan. Ini juga terpakai kepada LTH yang mana penyata kewangannya disahkan oleh perakuan dari Pengerusi dan seorang lagi anggota Lembaga. Pengerusi Jawatankuasa Audit juga akan menandatangani kenyataan berkanun yang menyatakan penyata kewangan berkenaan adalah betul. 3.10.5 Kesemua elemen-elemen yang dikehendaki oleh seksyen 22 Akta 535 dalam menentukan sama ada pengagihan keuntungan (hibah) boleh dilakukan iaitu aset, rizab dan keuntungan ada dilaporkan dalam penyata kewangan LTH yang diaudit oleh KAN selaras dengan Akta 240. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 126 ===== Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab. (5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.” 3.11.4 Datuk Rozaida dengan memetik seksyen 22(2) memberi pandangan bahawa kaedah asas pengiraan agihan keuntungan (hibah) tahunan tidak dinyatakan dalam Akta 535. Oleh itu, menurutnya asas pengiraan agihan keuntungan (hibah) tahunan boleh ditentukan oleh Lembaga. Ini selaras dengan konsep Wadi'ah Yad Dhamanah/ Qard bahawa perjanjian atau jaminan ke atas agihan keuntungan (hibah) adalah tertakluk kepada budi bicara Lembaga. Dengan itu, LTH telah membuat penilaian aset-aset LTH berdasarkan nilai aset yang boleh direalisasikan atau RAV bagi memenuhi definisi nilai aset seperti yang dikehendaki oleh seksyen 23(3)(a) Akta 535. 3.11.5 Menurut Datuk Rozaida; “Pada 30 Jun 2016, Tetuan Ernst & Young (EY) telah mengeluarkan satu laporan kepada Tabung Haji dan telah mengesyorkan satu metodologi yang sistematik di mana TH boleh gunapakai bagi menilai kesemua aset TH mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diiktiraf oleh industri di sektor pelaburan. Metodologi ini telah mula diguna pakai oleh TH untuk Laporan Proforma Kedudukan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 secara konsisten untuk tahun-tahun berikutnya. Di dalam LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI © ===== PAGE 127 ===== pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu. (2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit. (3) Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana- mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu— (a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan (b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan. (4) Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 128 ===== Istilah ini telah diperkenalkan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2015 di dalam penyata Ulasan Operasi di muka surat 127 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 19 Oktober 2016 di Dewan Rakyat dan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2016 di dalam Penyata Ulasan Operasi di muka surat 102 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 2 Ogos 2017 di Dewan Rakyat. Kedua-dua laporan tahunan ini juga turut dimuat naik di dalam laman web Tabung Haji untuk rujukan orang awam. Malah istilah Nilai Aset Terlaras (Net Worth Adjusted) juga telah dirujuk oleh mantan Pengerusi di muka surat 10 para 5 di minit mesyuarat pembentangan semula laporan kewangan belum disatukan (belum diaudit) berserta pindaan semula polisi rosot nilai dan hibah pendeposit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (KKTH1/MK3-18(Bil1) bertarikh 14 Februari 2018. Bagi penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 2017 dan juga kertas kerja cadangan hibah pendeposit untuk tahun 2017, Jabatan Kewangan telah mengguna pakai metodologi yang sama dan konsisten seperti yang telah diperakui oleh Tetuan Ernst & Young pada tahun 2016. Seksyen 22(3)(a) tidak menyatakan bahawa pengiraan aset melebihi liabiliti hanya perlu merujuk kepada Penyata Kewangan. Walaupun terma nilai aset terlaras (Net Worth Adjusted- NWA) tidak disebut secara explicit di dalam seksyen 22(3)(a), namun kaedah LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 129 ===== laporan akhir (final report) oleh Tetuan Ernst & Young bertarikh 30 Jun 2016 tersebut, pada muka surat 32, EY telah merujuk kepada seksyen 22 (3)(a) di mana peruntukan seksyen Akta TH 1995 tersebut tidak memberi definisi atau garis panduan yang jelas (explicit guidance) berkenaan kaedah (method) untuk menilai aset yang dimaksudkan di para 22(3)(a). Berdasarkan kepada keperluan perakaunan, sebahagian pelaburan TH dinyatakan pada kos dan ini tidak mencerminkan nilai sebenar aset tersebut pada sesuatu masa (not reflective of the true asset value). Pengurusan telah mencadangkan penilaian dibuat berdasarkan Nilai Aset yang Boleh Direalisasikan atau Realizable Asset Value (RAV) dalam memenuhi definisi nilai aset seperti yang dikehendaki oleh para 22(3)(a) Akta TH 1995. Untuk memastikan tadbir urus (governance) yang telus dan konsisten, maka satu rangka kerja (framework) RAV perlu diadakan. Rangka kerja tersebut telah diguna pakai bagi pelaporan tahun 2015, 2016 dan 2017 secara konsisten dan telus. Pada 30 September 2016, Tetuan Ernst & Young telah mengeluarkan laporan ke atas Laporan Proforma kedudukan kewangan TH bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2015 di mana ia menunjukkan kedudukan aset melebihi liabiliti. Formula Net Worth Adjusted (NWA) atau nilai aset terlaras (nilai portfolio bersih terlaras) adalah jumlah kesemua aset kumpulan wang yang dinyatakan pada nilai realis ditolak kesemua liabiliti Kumpulan Wang amaun yang kena bayar kepada pendeposit seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta selaras dengan peruntukan seksyen 22(3)(a). 90) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 130 ===== 3.11.9 Dengan itu, Suruhanjaya berpendapat pembayaran keuntungan (hibah) dari tahun 2014 ke 2017 yang berpandukan RAV adalah tidak selaras dengan kehendak seksyen 22 Akta 535. Pengiraan RAV bukanlah pengiraan yang mematuhi standard piawaian perakaunan yang diakui umum. 3.11.10 Puan Mona binti Othman, Timbalan Pengarah Audit Kewangan JAN dalam kenyataannya menyatakan kaedah agihan keuntungan (hibah) telah dibangkitkan dalam pemerhatian audit terhadap pengauditan penyata kewangan LTH 2017. Berdasarkan draf penyata kewangan LTH yang diterima, kemampuan LTH membayar keuntungan (hibah) hanya berjumlah RM2.70 bilion, iaitu pada kadar 4% mengikut perkiraan baki minima tahunan. Walau bagaimanapun, disebabkan Lembaga pada masa tersebut memutuskan untuk menukar kaedah pengiraan keuntungan (hibah) kepada baki minima bulanan dengan kadar yang lebih tinggi iaitu 6.25%, LTH telah membayar keuntungan (hibah) berjumlah RM3.31 bilion. Ia melebihi keupayaan kewangan LTH dan melibatkan pertambahan dana berjumlah RM0.61 bilion (22.590). Untuk tujuan tersebut, LTH telah menukar polisi rosot nilai kewangan sebanyak dua kali dalam tahun kewangan 2017 dengan mengurangkan jumlah perbelanjaan bagi meningkatkan keuntungannya. Menurut Puan Mona, perkara ini juga telah dibangkitkan, tetapi menurutnya, JAN tidak terlibat dalam pengesahan keuntungan (hibah) kerana urusan agihan keuntungan (hibah) mengikutnya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga sebagaimana ketetapan seksyen 22 Akta 535. 3.11.11 Suruhanjaya mendapati pandangan JAN seperti di atas tidak bertepatan dengan kehendak seksyen 22 Akta 535. Suruhanjaya berpendapat bahawa JAN sewajarnya bertanggungjawab untuk menyatakan sama ada LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 131 ===== perkiraannya adalah memenuhi maksud “dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta merta”. 3.11.6 Suruhanjaya mendapati LTH telah melantik EY sebagai konsultan untuk menyediakan Laporan Proforma Kedudukan Kewangan LTH berikutan teguran BNM melalui surat bertarikh 23 Disember 2015, yang antara lainnya membangkitkan tentang kemampuan LTH membayar keuntungan (hibah) yang tinggi. 3.11.7 Pembayaran keuntungan (hibah) antara 2014 hingga 2020 adalah seperti berikut: Hibah . .. Hibah Tahunan! | Tahunan; | Hibah Haii Tahun , . Amount Jumlah Kadar Agihan (%) | Jumlah agihan (RM000) (RM'000) 2014 6.25 + 2.00 2,988,053 249,143 | 3,237,196 2015 5.00 + 3.00 2,807,369 413,005 | 3,220,374 2016 4.25 + 1.50 2,645,625 225,197 2,870,822 2017 4.50 + 1.75 3,042,184 281,557 3,323,741 2018 1.25 922,959 - 922,959 2019 3.05 2,140,538 - 2,140,538 2020 3.10 2,242,141 - 2,242,141 3.11.8 Suruhanjaya mendapati penggunaan laporan proforma yang disediakan oleh EY tidak boleh dijadikan asas untuk membayar keuntungan (hibah) seperti di atas. Malah EY sendiri dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan Pro Forma Financial Information bukanlah untuk dijadikan asas untuk LTH membayar keuntungan (hibah). @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 132 ===== (Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH yang diaudit oleh JAN ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.11.15 Tan Sri Madinah binti Mohamad, KAN (dari 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019) dalam Akuan Berkanun Saksi bertarikh 1 April 2022 antara lain menjelaskan kepada Perdana Menteri pada ketika itu, mengenai penyata kewangan LTH berakhir bagi tahun 2017 seperti berikut: “5. Sepertimana YAB Tun sedia maklum, Pendapat Berteguran telah dicadangkan terhadap Penyata Kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 sekiranya tiada pelarasan dibuat untuk dua penemuan material yang dibangkitkan iaitu Perubahan Polisi Rosot Nilai Aset Kewangan TH dan Rosotnilai Bagi Pelaburan TH Dalam Syarikat Subsidiari dan Bersekutu berjumlah RM227.81 juta. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada YAB Tun semasa perbincangan pada 4 Julai 2018. Bagaimanapun, hasil perbincangan tersebut, sekiranya Pendapat Berteguran diberikan, secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi espektasi dan persepsi negatif pihak berkepentingan (stakeholder), khususnya pendeposit untuk terus menyimpan di TH. Dengan mengambil kira perkara tersebut, Pendapat Tanpa Teguran dengan “Emphasis of Matter” telah diberikan pada 16 Julai 2018.” (surat KAN kepada YAB PM bertarikh 19 Disember 2018 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.11.16 Daripada penjelasan di atas, Suruhanjaya berpendapat KAN telah mempertimbangkan perkara-perkara di luar skop audit dalam penemuannya semasa mengaudit LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 133 ===== kedudukan kewangan semasa LTH mempunyai keupayaan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) sebagaimana syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 22 Akta 535, seperti yang ditemui semasa audit. Contohnya, pada tahun kewangan 2017, KAN mendapati laporan penyata kewangan 2017 menunjukkan aset kurang daripada liabiliti (nilai aset RM70.317 bilion berbanding RM74.409 bilion nilai liabiliti). Situasi yang sama juga ditunjukkan pada tahun 2015 dan 2016, tetapi LTH masih mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) walaupun syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 22 Akta 535 tidak dipenuhi. 3.11.12 Suruhanjaya juga mendapati bahawa JAN menerima penyata kewangan LTH dalam keadaan kesilapan mengenai pengelasan Kumpulan Wang Pendeposit sebagai dana (ekuiti) dalam penyata kewangan sejak 2010. Suruhanjaya mendapati pengelasan tersebut adalah satu representasi salah dan tidak selari dengan piawaian perakaunan tentang kedudukan sebenar aset dan liabiliti LTH. Sepatutnya, Kumpulan Wang Pendeposit dikelaskan sebagai liabiliti. 3.11.13 Suruhanjaya. mendapati akibat Kumpulan Wang Pendeposit dikelaskan sebagai ekuiti dan rosot nilai yang tidak mencukupi, maka penyata kewangan tahunan LTH telah menunjukkan aset melebihi liabiliti dan dengan itu membolehkan keuntungan (hibah) diisytiharkan mengikut seksyen 22(3)(a) Akta 535. 3.11.14 Suruhanjaya sekali lagi menekankan bahawa Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH tidak seharusnya diberikan Sijil Audit Bersih. Perkara-perkara yang dinyatakan sebagai “Emphasis of Matter’ kepada Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH seharusnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan yang serius oleh JAN. (04) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 134 ===== tersebut, seksyen 26 Akta 535 perlu dipinda dengan mewujudkan peruntukan untuk mengecualikan pemakaian Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240] terhadap LTH. Dengan pengecualian tersebut, LTH boleh melantik Firma Akauntan Swasta untuk membuat pengauditan Penyata Kewangan LTH. 3.11.18 Suruhanjaya juga ingin mencadangkan supaya seksyen 22 Akta 535, yang menjadi isu dalam pengagihan keuntungan (hibah) oleh LTH hendaklah dipinda supaya diadakan peruntukan-peruntukan yang lebih jelas mengenai perkiraan keuntungan (hibah). Peruntukan yang ada sekarang boleh disalahtafsirkan dan dijadikan justifikasi pengagihan keuntungan (hibah) tanpa mengambil kira kemampuan atau kedudukan kewangan LTH. 3.12 Bonus Bonus kepada Eksekutif dan Bukan Eksekutif (Kakitangan LTH) 3.12.1 Suruhanjaya mendapati LTH telah membayar bonus kepada eksekutif dan bukan eksekutif (kakitangan LTH) pada setiap tahun. 3.12.2 Bayaran bonus kakitangan LTH adalah berasaskan Pekeliling Perbendaharaan WP 7.2 Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus oleh Badan-Badan Berkanun yang Diasingkan Pengurusan Saraannya Daripada Sektor Awam. Pekeliling Perbendaharaan WP 7.2 adalah pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan (Treasury) menurut seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 67]. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 135 ===== Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH. JAN tidak tegas dalam pengauditannya dan Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH boleh dijadikan contoh yang jelas. Puan Mona binti Othman, yang secara langsung terlibat dalam pengauditan tersebut, melalui Akuan Berkanun Saksi menyatakan seperti berikut: “Secara umumnya LTH mematuhi standard perakaunan yang berkuat kuasa. Bagaimanapun bagi tahun di mana saya terlibat dalam pengauditan Penyata Kewangan TH, terdapat beberapa ketidakpatuhan terhadap prinsip atau standard perakaunan yang terpakai kepadanya antaranya seperti berikut: e Kaedah penetapan polisi rosot nilai pelaburan yang diguna pakai LTH adalah tidak konsisten pada setiap tahun khususnya bagi tahun kewangan 2017 di mana polisi ini diubah sebanyak dua kali. Perkara ini juga telah dibangkitkan sebagai Emphasis of Matter dalam pendapat Ketua Audit Negara terhadap Penyata Kewangan LTH bagi tahun 2017. ° Rosot nilai aset kewangan tidak direkodkan. Misalnya pada tahun 2017, rosot nilai sepatutnya (seperti mana FRS139) berjumlah RM1.310 bilion tidak direkodkan. ° LTH tidak merekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu pada tahun 2017.” 3.11.17 Suruhanjaya berpendapat kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan JAN tidak memberi fokus kepada pemakaian prinsip pengauditan yang diakui umum secara keseluruhannya. Sebagai agensi Kerajaan, JAN mungkin tertekan untuk mengisytiharkan dapatan sedemikian. Oleh itu, Suruhanjaya mencadangkan agar pengauditan penyata kewangan LTH tidak lagi dipertanggungjawabkan kepada JAN. Bagi tujuan Doc) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 136 ===== purata pembayaran bonus sebagai panduan tidak lebih daripada dua bulan gaji. 3.12.6 Perenggan 3.1.8 WP 7.2 pula memperuntukkan pembayaran bonus melebihi dua bulan boleh dipertimbangkan sekiranya ramai pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang. 3.12.7 Semakan Suruhanjaya mendapati bahawa kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH adalah amat tinggi pada tahun 2010 hingga 2017. Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga tiga belas bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas. Jadual di bawah menunjukkan kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH bagi tempoh 2010 hingga 2020. PERUNTUKAN | KADAR DILULUSKAN TABURAN TAHUN BONUS MOF AGIHAN KAKITANGAN (BULAN/PURATA) KEPADA (RM JUTA) KAKITANGAN BERDASARKAN KPI (BULAN) 2010 25 2.5 (Tahunan) + 1 (Khas) 2-6 2011 35 3 (Tahunan) + 1 (Khas) 2-6 2012 38 3.5 (Tahunan) + 1 (Khas) 2.5-8 2013 49 2.5- 10 2.5-10 2014 74 1-11 (Tahunan) + 2 (Khas) | 1-11 (Tahunan) + 2 (Khas) 2015 65 1-10 1-10 2016 25 1-3 1-3 2017 56.7 1-6 1-6 2018 10.8 1 1 2019 11.6 1 1 2020 14.1 1 1 3.12.8 Dari segi agihan LTH telah membuat pecahan kepada lima kumpulan berikut dengan dikira berdasarkan prestasi tahun semasa. Contoh pecahan agihan di kalangan kakitangan adalah seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 137 ===== 3.12.3 Pekeliling Perbendaharaan WP 7.2 mensyaratkan pemberian bonus bagi pegawai dan kakitangan Badan Berkanun hendaklah mendapat perakuan daripada Lembaga Pengarah dan Kementerian Pengawal sebelum dikemukakan kepada MOF untuk kelulusan. (a) Perkara 3.1.1 menyatakan bahawa “Bayaran bonus ini hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan setelah diperakukan oleh Lembaga Pengarah Badan-badan Berkanun masing-masing dan dipersetujui oleh Kementerian Pengawal"; dan (b) Perkara 3.1.5 menyatakan “Badan - badan Berkanun berkenaan yang mempunyai keuntungan perlu. mengemukakan kepada Kementerian Pengawal dan Kementerian Kewangan cadangan bayaran bonus yang mengandungi butir-butir yang terperinci seperti keuntungan sebelum cukai bagi tahun yang berkenaan dan bagi tiga tahun sebelumnya, asas-asas dan implikasi kewangan yang terlibat mengenai bayaran bonus ini di dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan selepas buku akaun tahunannya ditutup dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Badan Berkanun tersebut.” 3.12.4 Pekeliling Perbendaharaan WP 7.2 juga menetapkan bahawa bayaran bonus hendaklah mengambil kira prestasi badan berkanun tersebut serta prestasi setiap anggotanya. Bayaran bonus boleh dibuat sekiranya badan berkanun tersebut memperolehi keuntungan operasi yang munasabah sebelum cukai (tidak termasuk keuntungan luar biasa). 3.12.5 Perenggan 3.1.6 WP 7.2 memperuntukkan bahawa bagi anggota Bukan Eksekutif, jumlah bayaran bonus adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara pihak majikan dan kesatuan sekerja dan jika tiada, jumlah siling @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 138 ===== Tahun | Keuntungan | Peruntukan Peruntukan Taburan Bersih Bonus Bonus Agihan (RM Juta) Anggota (RM | Keuntungan Kepada Juta) Bersih (%) Anggota (Bulan) 2013 2,634 49 1.9 25-10 2014 2,979 74 2.5 1-11 (Tahunan) + 2 (Bonus Khas) 2015 3,537 61 1.7 1-10 2016 2,481 25 1.0 1-3 2017 2,798 57 2.0 1-6 3.12.11 MOF dalam penjelasannya memaklumkan kelulusan pemberian bonus oleh Menteri Kewangan kepada LTH melebihi dua bulan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara Menteri Kewangan. Ini mengambil kira antara lain, prestasi kewangan LTH, aktiviti operasi dan perbelanjaan tanggungan LTH, prestasi pelaburan LTH berbanding tahun-tahun sebelumnya dan juga prestasi anggota LTH dari segi produktiviti serta implikasi kewangan yang terlibat bagi pembayaran bonus, juga mengambil kira perakuan Lembaga dan Menteri Hal Ehwal Agama. 3.12.12 Suruhanjaya berpendapat, mengambil kira isu kewangan yang dihadapi oleh LTH bermula pada tahun 2014 hingga 2017 di mana nilai aset adalah lebih rendah daripada lialibiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh JAN, ini membuktikan bahawa pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh LTH adalah tidak wajar. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 139 ===== Pencapaian Prestasi Taburan Agihan Kepada Kakitangan Kadar Taburan Bilangan Berdasarkan KPI (Bulan) Kakitangan (%) 2014 2015 A 5 9-11 8-10 B 15 7-8 6-7 Cc 60 5-6 4-5 D 15 3-4 2-3 E 5 1 1 3.12.9 Penelitian Suruhanjaya mendapati proses bayaran bonus melalui tiga peringkat kelulusan iaitu Lembaga, Menteri Hal Ehwal Agama dan MOF. Lazimnya Menteri Hal Ehwal Agama dan MOF hanya akan menerima cadangan pemberian bonus seperti yang disyorkan oleh Pengurusan LTH dan Lembaga. Ini termasuk ketika cadangan pemberian bonus luar biasa pada tahun 2014 pada kadar satu hingga sebelas bulan gaji bagi bonus tahunan dan dua bulan gaji bonus khas dengan jumlah keseluruhan boleh mencecah tiga belas bulan gaji yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74 juta. 3.12.10 Bagi tujuan cadangan pemberian bonus kepada kakitangan LTH, justifikasi yang diberikan ialah keuntungan yang besar diperolehi oleh LTH dalam tahun- tahun berkenaan dan bonus yang disyorkan mengambil kira peratus keuntungan tahun semasa iaitu antara 1.7% hingga 2.5%. Berikut merupakan contoh cadangan pemberian bonus setelah mengambil kira keuntungan yang diperoleh: @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 140 ===== anak syarikatnya THP Bay Pavilion Corporation (Incorporated in Labuan). 3.12.18 Suruhanjaya telah meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus kepada anggota Lembaga dan kakitangan tertentu TH Properties. Bayaran bonus yang telah diberikan kepada anggota Lembaga TH Properties dan kakitangan tertentu pada tahun 2017 dan 2018 adalah atas alasan bahawa projek pembangunan di Australia terutamanya “The Bay Pavillion” telah memberikan sumbangan kewangan yang signifikan kepada TH Properties pada tahun 2016 dan 2017. 3.12.19 Suruhanjaya mendapati beberapa orang terpilih telah diberikan bonus istimewa dengan jumlah sebanyak RM1,148,400 pada tahun 2017 dan RM1,045,000 pada tahun 2018. Bonus TH Properties Sdn. Bhd. Tahun 2017 3.12.20 Suruhanjaya mendapati bonus istimewa pada tahun 2017 telah diluluskan oleh Mesyuarat Exco TH Properties bertarikh 12 April 2017. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh anggota berikut: e —_ Dato’ Azizan bin Abd Rahman (Pengerusi); . Dato' Roszali bin Othman; . Dato' Mohd Fazillah bin Mohd Ali; dan e Haji Abd Kadir bin Sahlan. 3.12.21 Suruhanjaya mendapati, penerima dan kadar bonus yang diterima adalah seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 141 ===== 3.12.13 Pemberian bonus yang tinggi berlaku disebabkan LTH membuat penilaian aset-asetnya berdasarkan RAV (seperti yang telah dibincangkan terdahulu) yang menunjukkan LTH membuat keuntungan yang besar sepanjang tahun. 3.12.14 Suruhanjaya. mengambil maklum bermula tahun kewangan 2018 hingga sekarang, pemberian bonus kepada kakitangan telah dikawal mengikut kemampuan kewangan LTH. Bayaran Bonus kepada Lembaga Pengarah TH Properties Sdn. Bhd. 3.12.15 Suruhanjaya mendapati bonus juga telah dibayar kepada Lembaga Pengarah TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties). TH Properties adalah sebuah anak syarikat LTH yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat Pembinaan dan Perumahan Tabung Haji Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 31 Oktober 1980 di bawah Akta Syarikat 1965. TH Properties merupakan syarikat subsidiari milik penuh LTH. 3.12.16 Objektif penubuhan TH Properties adalah untuk menjalankan perniagaan sebagai kontraktor pembinaan bangunan, pemaju perumahan, serta membina, menyenggara dan melaksanakan kerja pengubahsuaian bangunan. Bagi memenuhi objektif ini, TH Properties telah menjalankan empat aktiviti utama iaitu pembinaan, pengurusan projek, pembangunan hartanah dan pengurusan fasiliti. Kesemua aktiviti utama, ini dilaksanakan melalui penubuhan dua puluh enam syarikat subsidiari dan lima syarikat usaha sama. 3.12.17 THP Australia Capital Sdn. Bhd. (THP Australia) merupakan anak syarikat TH Properties yang melaksanakan pembangunan projek di Australia, melalui @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 142 ===== THP Australia yang telah diadakan pada 30 November 2018 melalui cadangan yang telah dibawa oleh Authorised Representative TH Properties iaitu Dato' Roszali bin Othman. 3.12.25 Suruhanjaya mendapati bahawa alasan bagi pemberian bonus adalah kerana pihak pengurusan telah berjaya memastikan operasi dan kewangan syarikat yang baik sehingga TH Properties memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM34.84 juta pada tahun 2017. 3.12.26 Suruhanjaya mendapati bonus ini telah diluluskan kepada sepuluh orang, iaitu dua orang Pengarah, dua orang bekas Pengarah, dan enam orang pegawai. Penerima dan bonus yang diterima adalah seperti jadual di bawah: Bil Nama Jumlah (RM) 1. | Dato’ Azizan bin Abd Rahman 167,250.00 2. | Dato’ Roszali bin Othman 176,500.00 3. | Haji Abd Kadir bin Sahlan 176,500.00 4. | Nik Badrul Hisham bin Nik Hassan 101,500.00 5. | Anuarifaei bin Mustapa 101,500.00 6. | Nur Adlan bin Taib 101,500.00 7. | Zaidi bin Baharudin 63,000.00 8. | Aida binti Karim 63,000.00 9. | Marhaizah binti Mohamed Yusuf 63,000.00 10. | Haji Mohamed Rahim bin Ismail 31,250.00 Jumlah 1,045,000.00 3.12.27 Suruhanjaya mendapati pada tahun 2020 pengurusan TH Properties telah merujuk perkara mengenai bayaran bonus yang dibuat pada tahun 2017 dan 2018 kepada Firma Guaman MD. Tajuddin & Co. Pandangan undang- undang yang diberikan adalah seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 143 ===== Bil Nama Jumlah (RM) 1. Datuk Azizan bin Abdul Rahman 231,000.00 2. Dato' Roszali bin Othman 189,750.00 3. Haji Abd Kadir bin Sahlan 189,750.00 4. Nik Badrul Hisham bin Nik Hassan 99,000.00 8. Anuarifaei bin Mustapa 99,000.00 9. Nur Adlan bin Taib 99,000.00 10. | Zaidi bin Baharudin 56,100.00 11. |Haji Mohamed Rahim bin Ismail 52,800.00 12. | Aida binti Karim 49,500.00 13. | Marhaizah binti Mohamed Yusuf 49,500.00 14. |Dato’ Mohd Fazillah bin Mohd Ali 33,000.00 Jumlah 1,148,400.00 3.12.22 Suruhanjaya mendapati alasan yang diberikan bagi pemberian bonus tahun 2017 adalah kerana kejayaan projek “The Bay Pavillion” yang telah disiapkan pada tahun 2015 dan telah berjaya dijual sepenuhnya. Sehingga Disember 2016, projek ini didakwa telah membawa pulangan sebanyak AUD$11.6 juta kepada TH Properties. Bonus THP Australia Capital Sdn. Bhd. Tahun 2018 3.12.23 Suruhanjaya mendapati bonus istimewa pada tahun 2018 diluluskan oleh Lembaga Pengarah THP Australia Capital Sdn. Bhd. (THP Australia) melalui mesyuarat yang telah diadakan pada 23 April 2018. Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh: Dato’ Roszali bin Othman; Haji Abd Kadir bin Sahlan; Nik Badrul Hisham bin Nik Hassan; dan Anuarifaei bin Mustapa. 3.12.24 Keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah THP Australia kemudiannya telah diluluskan oleh Mesyuarat Agong (104) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 144 ===== 3.13 3.12.29 Dengan ini, Suruhanjaya mencadangkan supaya usaha dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberikan kepada mereka yang terlibat, memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pelan Pemulihan Lembaga Tabung Haji 2018 dan Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 3.13.1 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah meluluskan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula LTH bagi menangani defisit antara jumlah aset dan liabiliti LTH bagi membolehkan pengagihan nominal keuntungan (hibah) untuk tahun kewangan 2018. Pada 19 Disember 2018, Perdana Menteri meluluskan pemindahan aset berprestasi rendah kepada Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle (SPV)) milik Kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB). 3.13.2 UJSB ditubuhkan pada 14 Disember 2018 sebagai syarikat pegangan pelaburan dan pengurusan aset yang dimiliki penuh oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan mandat: (a) melaksanakan pelan pemulihan; (b) memaksimumkan nilai pemulihan aset; dan (c) meneruskan kelangsungan operasi aset yang diambil alih. 3.13.3 Suruhanjaya mengambil maklum terhadap kewajaran dan kepentingan usaha Kerajaan bagi pelaksanaan pelan pemulihan secara menyeluruh terhadap LTH demi kelangsungan institusi kewangan Islam yang beroperasi berlandaskan Akta 535. Fungsi utama LTH adalah untuk mentadbir dana simpanan dan mengelola segala perancangan dan pengurusan bagi membantu jemaah haji Malaysia untuk melaksanakan ibadah haji yang LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 145 ===== (a) kelulusan yang dibuat oleh Mesyuarat Exco, tidak mematuhi resolusi dan terma rujukan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah TH Properties bertarikh 19 Ogos 2015 bahawa Exco tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai transaksi di mana: (i) sesuatu transaksi yang memerlukan kelulusan pemegang saham; dan (ii) sesuatu transaksi yang di peringkat subsidiari yang memerlukan kelulusan pemegang saham TH Properties; (b) kelulusan bayaran bonus pada tahun 2017 adalah tidak mematuhi Memorandum and Articles of Association dan gagal memperolehi resolusi pemegang saham sebagaimana yang diperlukan seksyen 230(2) Akta Syarikat 2016 (Akta 777]; dan (c) bagi pemberian bonus pada tahun 2018, didapati notifikasi kepada pemegang saham THP Australia adalah berasaskan kepada resolusi Mesyuarat Agong yang dikemukakan tujuh bulan selepas resolusi Lembaga dan ini tidak mematuhi seksyen 230(2) Akta 777. 3.12.28 Suruhanjaya bersetuju dengan pandangan undang- undang yang diberikan oleh Firma Guaman MD. Tajuddin & Co bahawa: (a) bayaran bonus pada tahun 2017 Lembaga Pengarah TH Properties telah melanggar seksyen 230(2) dan 230(4) Akta 777; dan (b) bayaran bonus pada tahun 2018, Lembaga Pengarah TH Properties telah melanggar seksyen 230(3) Akta 777. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 146 ===== 3.13.6 Lanjutan daripada teguran oleh KAN, Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa pengurusan LTH (Lembaga dan pengurusan yang dilantik antara Julai 2018 dan Ogos 2018) telah melantik firma perakaunan PwC untuk melaksanakan Financial Review terhadap kedudukan kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017. Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa tujuan utama mengadakan Financial Review tersebut adalah untuk mengesahkan penemuan JAN dan bukan merupakan proses pengauditan semula. Suruhanjaya juga telah mendapatkan penjelasan daripada PwC terhadap skop kerja dan asas serta hasil penemuan kajian tersebut. Hasil Financial Review oleh PwC tersebut menunjukkan bahawa terdapat jurang defisit antara nilai aset dan liabiliti LTH sejak tahun 2014. PwC juga dalam laporan Financial Review tersebut, mendapati oleh kerana wujud jurang defisit antara nilai aset dan liabiliti ini, maka keuntungan (hibah) yang diagihkan oleh LTH sejak tahun 2014 adalah bercanggah dengan seksyen 22 Akta 535. 3.13.7 Berikut adalah analisa yang dilaksanakan oleh PwC berkenaan jurang defisit antara nilai aset dan liabiliti sejak tahun 2014 sehingga 2017: In RM’million 2017 2016 2015 2014 2013 Total assets 70,317 64321 60,196 54,751 48,778 Total liabilities and depositors saving fund (71,086) (65,581) (60,062) (51,866) (43,696) (Shortfall)/surplus of net assets available (769) (1,260) 134 2,885 5,082 for distribution of profits (pre-distribution) Less: distribution of bonus declared (3,324) (2,871) (3,220) (3,237) (2,632) (Shortfall)/surplus of net assets available (4,093) (4,131) (3,086) (352) 2,450 for distribution of profits (post-distribution) 3.13.8 Suruhanjaya juga mengambil maklum hasil penemuan oleh PwC di mana LTH telah mengamalkan polisi rosot nilai yang tidak konsisten seperti yang telah ditegur oleh KAN. Pada tahun 2017, LTH telah mengubah polisi rosot LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI 109) ===== PAGE 147 ===== merupakan rukun Islam kelima. Kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan haji hanya boleh dilaksanakan dengan model perniagaan dan pengurusan dana yang mampan. Kedudukan kewangan yang teguh menjadi teras kepada LTH untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat Malaysia dalam mengerjakan ibadah haji. 3.13.4 Suruhanjaya mengambil maklum pandangan JAN melalui Laporan KAN bertarikh 16 Julai 2018 yang telah menegur LTH berkaitan kekerapan perubahan polisi rosot nilai aset kewangan LTH, yang tidak konsisten terutamanya pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 di mana polisi diubah sebanyak dua kali. Laporan KAN merupakan teras utama kepada pelan pemulihan LTH. 3.13.5 Teguran atau “Emphasis of Matter” oleh KAN bertarikh 16 Julai 2018 adalah seperti berikut: “1. Kaedah penetapan polisi Rosot Nilai Aset Kewangan Lembaga Tabung Haji adalah tidak konsisten. Terdapat perubahan polisi rosot nilai pada setiap tahun khususnya dalam tahun berakhir 31 Disember 2017 di mana polisi ini diubah sebanyak 2 kali. 2. ... Dalam tahun berakhir 31 Disember 2017 Lembaga Tabung Haji tidak merekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam 3 syarikat subsidiari dan 3 syarikat bersekutu khususnya pelaburan dalam syarikat bersekutu iaitu TH Heavy Engineering Berhad berjumlah RM164.58 juta.” @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 148 ===== 3.13.11 Dengan mengambil kira perkara di atas, Suruhanjaya mendapati bahawa bagi tahun kewangan 2017, sekiranya piawaian MFRS digunapakai secara sepenuhnya, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion, berbanding keuntungan sebanyak RM3.4 bilion seperti yang direkodkan dalam Penyata Kewangan 2017. Berdasarkan laporan Financial Review PwC, sekiranya LTH mengikut piawaian perakaunan FRS, LTH juga sepatutnya merekodkan kerugian terkumpul (accumulated loss), sebanyak RM4.7 bilion setakat 31 Disember 2017. Berikut merupakan keratan laporan PWC yang menyatakan kerugian bersih serta kerugian terkumpul LTH pada tahun 2017: 7. Impact of impairment and fair value adjustments on distributable profits of TH in 2017 e Based on estimated impairment losses and fair value adjustments identified in points 2 to 6, the adjusted profit for the year 2017 reflecting FRS standards would be: In RW million Profit for the year (2017) Less: Impairment loss on AFS equity investments Less: Impairment loss on AFS debt security instruments Less: Other adjustments Adjusted loss e The adjusted retained earnings of TH as at 31.12.2017: In RM’million Retained earnings at 31.12.2017 Less: adjustments Adjusted accumulated loss 3.13.12 Oleh itu, Suruhanjaya mengambil maklum hasil penemuan PwC dan rumusan bahawa kedudukan kewangan LTH sudah berada dalam keadaan kritikal pada tahun 2017. Kerugian yang dialami LTH meningkat kepada RM10 bilion telah menyebabkan Kerajaan terpaksa melaksanakan pelan pemulihan dengan kadar segera. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 149 ===== nilai sebanyak dua kali dalam tahun yang sama bagi memastikan LTH merekod keuntungan yang mencukupi untuk membuat agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2017. Significant Prolonged Impairment loss impact (% below cost) (months below cost) (RM'million) >70% >24 months 1,313 >85% None 171 >90% None 1 3.13.9 LTH telah mengubah polisi rosot nilai daripada 70% kepada 85% dan seterusnya 90%. Ini telah membolehkan LTH untuk merekodkan rosot nilai sebanyak RM1.0 juta sahaja pada tahun 2017. 3.13.10 Antara isu lain yang Suruhanjaya turut mengambil maklum hasil daripada laporan PwC tersebut adalah seperti berikut: (a) LTH tidak melaksanakan rosot nilai terhadap pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu (associate companies); (b) LTH tidak melaksanakan rosot nilai bagi pelaburan dan pembiayaan kepada anak syarikat (subsidiary companies); (c) LTH tidak melaksanakan rosot nilai dalam instrumen pendapatan tetap; (d) LTH tidak mematuhi piawaian FRS140 berkaitan kejatuhan/kerugian nilai saksama bagi pelaburan hartanah; (e) LTH bagitahun kewangan 2017 telah mengagihkan keuntungan (hibah) tanpa mengambil kira impak daripada rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan; dan (f) LTH telah merekodkan pendapatan dividen dari anak syarikat walaupun dividen tersebut tidak dibayar kepada LTH. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 150 ===== negatif kepada institusi pengurusan dana berkepentingan yang lain; dan (d) pasaran hartanah — kebarangkalian kejatuhan nilai hartanah yang berpanjangan akibat penjualan hartanah pada nilai terdesak. 3.13.15 Suruhanjaya berpendapat sekiranya isu kecairan pengeluaran secara mendadak ini tidak ditangani, maka berdasarkan seksyen 24, Akta 535, jaminan Kerajaan terpaksa diaktifkan untuk menampung keperluan kecairan LTH. Oleh sebab itu, Kerajaan perlu menanggung sejumlah keperluan suntikan tunai tersebut secara serta-merta daripada Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan (Kerajaan) dan perlu juga direkodkan sebagai hutang kepada Kerajaan dalam kedudukan kewangan semasa Kerajaan. Hal ini akan memberi kesan negatif kepada kedudukan fiskal Kerajaan serta mendedahkan Kerajaan kepada risiko penurunan penarafan kredit negara (sovereign credit rating) akibat daripada realisasi jaminan Kerajaan. Seksyen 24 memperuntukkan: (1) Jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran oleh pendeposit tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan. (2) Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 151 ===== 3.13.13 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa sekiranya jurang defisit ini tidak ditutup sebelum 31 Disember 2018, LTH tidak akan berupaya untuk mengagihkan keuntungan (hibah) kepada para pendeposit, berlandaskan Akta 535 yang memperuntukkan: (3) Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh disytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu- (a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah- olah kena dibayar dengan serta merta; dan (b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan. 3.13.14 Sekiranya LTH tidak mengagihkan keuntungan (hibah) kepada lebih 9.2 juta pendeposit (pada masa itu), LTH berkemungkinan menghadapi risiko pengeluaran deposit tidak terkawal (bank run) secara besar-besaran. Jika ini berlaku, bagi menampung keperluan kecairan, LTH perlu melakukan penjualan aset secara tergesa-gesa (fire-sale) yang akan menyebabkan impak negatif kepada: (a) sistem perbankan — disebabkan pengeluaran pramatang daripada pasaran tunai (fixed deposit); (b) pasaran modal — disebabkan penjualan instrumen pendapatan tetap berskala besar secara mengejut; (c) pasaran ekuiti — kejatuhan nilai saham syarikat awam disebabkan penjualan pegangan saham secara mendadak, yang akan memberi impak @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 152 ===== (d) pelantersebut boleh mengurangkan impak kepada kedudukan fiskal negara dan mengelak daripada menggugat kestabilan ekonomi. 3.13.19 Suruhanjaya. mendapati bahawa terdapat empat cadangan yang telah dikemukakan dan dibincangkan bagi penilaian dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Khas tersebut. Berikut adalah keempat-empat cadangan tersebut berserta dengan alasan ringkas mengapa cadangan penubuhan UJSB diterima pakai: (a) Cadangan 1: Suntikan Dana/Geran oleh Kerajaan Cadangan ini memerlukan Kerajaan untuk menyuntik lebih RM10 bilion secara terus kepada LTH melalui geran bagi menutup jurang defisit tersebut. Suntikan dana melalui geran perlu dibuat secara tunai oleh Kerajaan bagi memenuhi piawaian perakaunan, MFRS 120. Jumlah suntikan ini amatlah besar bagi Kerajaan pada satu-satu masa. Sekiranya suntikan melebihi RM10 bilion ini dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada sumber dan alokasi peruntukan Kerajaan bagi melaksanakan projek pembangunan yang lain, dan Kerajaan juga terdedah kepada risiko penarafan (sovereign risk rating) sekiranya Kerajaan terpaksa membuat pinjaman ketika kadar siling hutang negara (national debt ceiling) pada masa itu adalah pada tahap 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). (b) Cadangan 2: Mengaktifkan Jaminan Kerajaan Berdasarkan Seksyen 24 Akta 535 Seksyen 24 Akta 535 memperuntukkan “(1) Jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran oleh pendeposit tidak dapat LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 153 ===== 3.13.16 Secara amnya, LTH terdedah kepada risiko strategik ekosistem kewangan negara dan isu yang dihadapi oleh LTH boleh membawa kepada krisis kewangan negara yang lebih besar dan memberi impak kepada keyakinan pelabur terhadap Malaysia serta. kemampanan pertumbuhan ekonomi negara serta kelangsungan LTH melaksanakan fungsinya. Jika LTH gagal, jaminan Kerajaan (seksyen 24 Akta 535) kepada pendeposit yang sekarang bernilai RM88 bilion terpaksa digunapakai. Dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja LTH akan menanggung akibatnya tetapi kedudukan kewangan Kerajaan turut terjejas dan mengancam kestabilan sistemik kewangan negara. 3.13.17 Melihat kepada situasi ini, Suruhanjaya difahamkan bahawa tindakan segera perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat untuk memulihkan kedudukan kewangan LTH sebelum berakhir tahun kewangan 2018. 3.13.18 Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa dalam menilai pelan pemulihan LTH, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan yang dianggotai oleh wakil Pejabat Perdana Menteri, wakil BNM, wakil MOF serta wakil pengurusan kanan LTH. Jawatankuasa ini telah mempertimbangkan pelan yang efektif bersandarkan empat teras utama seperti berikut: (a) pelan tersebut perlulah melindungi kepentingan hampir 9.3 juta pendeposit LTH ketika itu; (b) pelan tersebut boleh memastikan kelangsungan fungsi utama LTH iaitu dalam pengurusan haji; (c) hasil daripada pelan yang dirangka mesti mengembalikan keupayaan LTH untuk mengagihkan keuntungan (hibah) kepada pendeposit LTH dengan mematuhi sepenuhnya Akta 535; dan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 154 ===== dan berdasarkan piawaian perakaunan, adalah tidak dibenarkan bagi sesebuah entiti seperti LTH untuk mengagihkan kerugian ke masa hadapan. Segala kerugian yang ditanggung oleh LTH mestilah direkodkan pada tahun semasa. Oleh yang demikian, LTH tetap perlu merekodkan kerugian pada tahun 2018. Ini akan menyebabkan LTH masih tidak mampu untuk mengagihkan keuntungan (hibah) pada tahun tersebut. (d) Cadangan 4: Memindahkan Aset Kurang Berdaya Saing kepada SPV untuk Proses Pemulihan Cadangan ini merupakan solusi jangka panjang untuk LTH melalui pemindahan aset kurang daya saing dan mengalami kejatuhan nilai kepada sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SPV). Aset kurang daya saing LTH digantikan dengan instrumen yang dapat menjana pendapatan yang lebih stabil dan pada nilai premium bagi memastikan penutupan jurang defisit. SPV tersebut juga dapat memulihkan dan menambahbaik nilai pemulihan aset yang dipindahkan. Secara konsepnya, cadangan ini adalah berdasarkan model Pengurusan Danaharta Nasional Berhad yang telah berjaya menangani krisis sektor kewangan pada tahun 1998. Penubuhan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 3.13.20 Setelah meneliti kesemua cadangan-cadangan di atas, Jawatankuasa Khas telah bersetuju untuk meneruskan pelan pemulihan LTH melalui Cadangan 4 iaitu memindahkan aset kurang berdaya saing kepada SPV. Cadangan ini memberi peluang bagi LTH untuk memberi fokus terhadap mandat utamanya bagi memastikan kelangsungan operasi haji dan memindahkan aset-aset LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 155 ===== ditampung daripada. Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan” dan “(2) Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga dengan Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab”. Cadangan ini merupakan solusi jangka pendek untuk menanggung keperluan kecairan kepada pendeposit LTH. Situasi ini tidak akan menutup jurang defisit malah ia akan meningkatkan lagi saiz liabiliti LTH kerana ia akan menjadi hutang LTH kepada Kerajaan. Tambahan pula, disebabkan obligasi hutang ini, LTH tidak dapat memulihkan pelaburan kerana keperluan untuk melunaskan hutang terlebih dahulu kepada Kerajaan. Oleh itu, cadangan mengaktifkan jaminan Kerajaan berdasarkan seksyen 24 akan memberi impak negatif kepada kedudukan fiskal negara dan tidak dapat menyelesaikan isu keupayaan LTH untuk mengagihkan keuntungan (hibah) kepada pendeposit dalam jangka masa terdekat dan pada masa akan datang. (c) Cadangan 3: Mewujudkan Aset Tertunda (Deferred Asset) untuk Mengagihkan Kerugian yang Dialami ke Masa Hadapan “Deferred asset” merupakan kaedah agihan kerugian ke masa hadapan dan akan direkodkan dalam bentuk perbelanjaan secara berkala. Disebabkan LTH perlu mematuhi piawaian MFRS 9 @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 156 ===== 3.13.24 (b) Perjanjian Pemindahan Syarikat Perladangan TH Estate di Sri Aman, Sarawak (syarikat tidak tersenarai); (c) Perjanjian Pemindahan Hartanah; (d) Perjanjian Sukuk berkenaan langganan RM27.56 bilion UJSB Sukuk oleh LTH; dan (e) Perjanjian Hak Penolakan Pertama (Right of First Refusal atau ROFR) yang ditandatangan telah dimeterai bagi memberi LTH hak keutamaan untuk mengambil alih semula aset yang telah dipindahkan, sekiranya UJSB ingin melupuskan mana-mana aset tersebut, mengikut terma perjanjian atau nilai ambang (threshold) yang ditetapkan. (Perjanjian-perjanjian tersebut di atas ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) Suruhanjaya mendapati ada juga aset-aset yang memenuhi kriteria aset untuk dipindahkan dari LTH kepada UJSB tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab- sebab berikut: (a) pelaburan strategik yang mempunyai prestasi yang rendah, seperti yang disyorkan oleh EY dalam Laporan Penilaian Anak Syarikat bertarikh 28 Oktober 2018; (Laporan EY ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 8-10) (b) pelaburan dalam syarikat usaha sama (joint venture) yang menghadapi kekangan kewangan atau masih merekodkan kerugian tetapi perlu mendapat kelulusan daripada rakan usaha sama atau/dan bank yang membiayai pelaburan tersebut; LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 157 ===== yang bermasalah kepada SPV, seterusnya memperkukuhkan kembali kedudukan kewangan LTH supaya berupaya untuk mengagihkan keuntungan (hibah) kepada pendeposit mengikut seksyen 22(3) Akta 535. 3.13.21 Suruhanjaya mengambil maklum pada 30 November 2018, Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasarnya terhadap rangka kerja Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH. Jemaah Menteri telah meminta LTH untuk berbincang dengan MOF bagi perincian pelaksanaan dengan mengambil kira antaranya implikasi ke atas defisit fiskal Kerajaan. 3.13.22 Seterusnya, Suruhanjaya mendapati selepas LTH membuat perincian bersama MOF, Jemaah Menteri telah meluluskan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH pada 7 Disember 2018 dan mengarahkan ia dilaksanakan sebelum berakhir tahun 2018. Suruhanjaya. mengambil maklum bahawa Pelan Pemulihan LTH ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera dan LTH mempunyai kurang dari dua minggu untuk memuktamadkan pelan tersebut. 3.13.23 Suruhanjaya mendapati Perjanjian Pemindahan Aset telah ditandatangani pada 27 Disember 2018 bagi pemindahan 106 saham tersenarai, sebuah syarikat perladangan dan 29 aset hartanah. Manakala Perjanjian Langganan Sukuk dan Perjanjian Hak Penolakan Pertama dimeterai pada 15 Mei 2019. Perjanjian- perjanjian tersebut adalah seperti berikut: (a) Perjanjian Pemindahan Aset Saham-Saham Tersenarai di Bursa Malaysia; @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 158 ===== 3.13.28 3.13.29 3.13.30 3.13.31 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa aset-aset LTH yang kurang berdaya maju ini dipindahkan pada nilai sebanyak RM19.9 bilion (berbanding nilai pasaran ketika itu sebanyak RM9.7 bilion, atau pada premium sebanyak RM10.2 bilion kepada nilai pasaran). Obligasi Sukuk UJSB sebanyak RM27.5 bilion ini termasuk kadar keuntungan (yield) bagi bayaran tertunggak (deferred payment) oleh Kerajaan kepada LTH sebanyak RM7.65 bilion. Suruhanjaya juga mengambil maklum akan nilai aset yang dipindahkan berbanding nilai pasaran sewaktu aset dipindahkan seperti berikut: Nilai Buku TH Nilai Nilai Pasaran Aset (RM juta) Pemindahan (RM juta) (RM juta) Hartanah dan Tanah 1,411 2,247 1,411 Syarikat 718 802 718 Perladangan Ekuiti (Tersenarai di 16,852 16,851 7,600 Bursa Malaysia) Jumlah 18,981 19,900 9,729 Suruhanjaya juga mengambil maklum pandangan JAN bahawa terdapat sebelas hartanah yang dinilai oleh jurunilai bebas di bawah paras penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPHM). LTH telah memberi maklum balas bahawa penilaian hartanah tahunan dilaksanakan oleh jurunilai bebas profesional yang bertauliah dan tidak perlu dilaksanakan oleh JPPHM bagi memenuhi piawaian perakaunan MFRS semasa. Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa pada waktu pemindahan aset-aset hartanah tersebut, LTH tidak mempunyai akses kepada penilaian JPPHM dan nilai pemindahan secara kolektif ditetapkan pada kadar LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 159 ===== (c) pelaburan dalam ekuiti tersenarai di Bursa Malaysia yang masih dalam moratorium (tidak boleh dijual di dalam jangka masa tertentu); (d) pelaburan dalam saham-saham yang didagangkan dalam pelbagai Bursa di Asia yang mengalami kerugian mengikut kriteria yang ditetapkan; (e) pelaburan dalam portfolio ekuiti yang tidak disenaraikan (private equity fund) yang diuruskan oleh pengurus dana luar (external fund manager); dan (f) pelaburan dalam syarikat yang pada ketika itu dalam proses litigasi di mahkamah. 3.13.25 Suruhanjaya mengambil maklum penjelasan operasi dan mandat utama UJSB dalam memaksimakan nilai pemulihan (recovery value) melalui penambahbaikan nilai aset yang dipindahkan oleh LTH. Langkah yang dilaksanakan adalah seperti penstrukturan portfolio/syarikat, pemulihan dan penyelenggaraan aset, serta melupuskan kesemua aset secara berkala bagi mengurangkan impak kepada ekosistem kewangan negara. 3.13.26 Suruhanjaya mengambil maklum UJSB bertanggungjawab melaksanakan obligasi yang dinyatakan dalam Perjanjian-Perjanjian Pemindahan Aset dan Hak Penolakan Pertama, terutamanya memastikan kesemua obligasi Sukuk berjumlah RM27.5 bilion yang diterbitkan kepada LTH dapat dilunaskan. 3.13.27 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa UJSB akan membuat pelupusan aset secara berkala bagi mengumpul dana untuk menebus semula Sukuk UJSB. Keupayaan menebus semula keseluruhan Sukuk UJSB bernilai RM27.5 bilion bergantung sepenuhnya pada suntikan dana daripada Kerajaan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 160 ===== Keluasan Nilai Nilai Pasaran Aset Hartanah (kaki persegi, Pemindahan Disember 2021 kps) (RM) (RM) Tanah 1,353,361.48 627,006,479.00 401,080,000.00 Menara Pejabat 354,021 737,399,698.00 325,000,000.00 Lot Kedai 120,062 46,301,759.00 33,330,000.00 Hotel 354,134 804,058,625.00 424,270,000.00 Perindustrian 35,019 31,914,386.00 19,000,000.00 JUMLAH 2,216,597.48 2,246,680,947.00} 1,202,680,000.00 3.13.35 Suruhanjaya dimaklumkan bahawa sekiranya LTH masih memegang aset-aset hartanah yang dipindahkan kepada UJSB, LTH perlu merekod rosot nilai tambahan terhadap aset-aset hartanah tersebut. Ini disebabkan kejatuhan nilai berikutan keadaan pasaran hartanah domestik yang lemah disebabkan penularan Covid-19. Namun, kedudukan kewangan LTH terpelihara hasil daripada pemindahan aset-aset kurang daya saing tersebut di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH. 3.13.36 Suruhanjaya. mengambil maklum, bagi menjaga kepentingan LTH termasuk sensitiviti perihal hak milik aset yang dipindahkan, LTH juga diberi Hak Penolakan Pertama terhadap aset-aset yang dipindahkan ke UJSB sekiranya proses pelupusan aset dilaksanakan. Pelaksanaan Hak Penolakan Pertama mengikut terma- terma dalam Perjanjian Hak Penolakan Pertama bertarikh 15 Mei 2019. 3.13.37 Suruhanjaya juga mengambil maklum terdapat kaunter- kaunter saham yang diklasifikasikan sebagai saham mewah (bluechips) yang telah mengalami kejatuhan nilai melebihi 20% atau kejatuhan nilai melebihi RM45 juta atau diklasifikasikan sebagai saham tidak patuh syariah. Berikut merupakan saham-saham yang diklasifikasikan sebagai saham mewah yang telah dipindahkan kepada UJSB sebelum 31 Disember 2018: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 161 ===== premium berbanding nilai pasaran aset-aset tersebut secara individu. 3.13.32 Suruhanjaya turut mengambil maklum bahawa, walaupun terdapat sebelas hartanah yang dipindahkan di bawah paras penilaian JPPHM, namun secara keseluruhannya, nilai pemindahan 29 aset hartanah kepada UJSB adalah lebih tinggi iaitu RM543.6 juta. Ini boleh dilihat daripada kenyataan JAN seperti berikut: “Secara keseluruhannya, nilai pindahan hartanah adalah melebihi penilaian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Malaysia (JPPHM) sejumlah RM543.65 juta walaupun pindahan bagi 11 daripada 29 hartanah adalah lebih rendah daripada nilaian JPPHM.” (Perbezaan antara penilaian JPPHM dan penilaian daripada jurunilai bertauliah yang dilantik oleh LTH serta nilai semasa hartanah yang dilaksanakan oleh jurunilai bertauliah pada akhir tahun 2021 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12). 3.13.33 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa lebihan atau kekurangan yang dimaksudkan adalah perbezaan pendapat antara penilaian yang dibuat oleh JPPHM dengan penilaian bebas yang dibuat oleh jurunilai bertauliah. 3.13.34 Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa selepas aset-aset. hartanah ini dipindahkan, UJSB terus menanggung rosot nilai yang tinggi di mana hartanah yang dipindahkan pada nilai RM2.25 bilion kini hanya bernilai RM1.2 bilion pada nilai pasaran semasa berdasarkan penilaian oleh jurunilai bebas yang bertauliah setakat 31 Disember 2021. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 162 ===== dilanggan penuh oleh LTH serta membuat pembayaran tunai, seperti yang berikut: (a) Sukuk Siri 1 berjumlah RM10 bilion (jumlah nilai nominal RM13.2 bilion) untuk tempoh tujuh tahun dengan pulangan ketika matang (yield to maturity) 4.05% setahun; (b) Sukuk Siri 2 berjumlah RM9.6 bilion (jumlah nilai nominal RM14.3 bilion) untuk tempoh 10 tahun dengan pulangan ketika matang (yield to maturity) 4.10% setahun; dan (c) pembayaran tunai sebanyak RM300 juta. 3.13.42 Suruhanjaya mendapati pembayaran tunai sebanyak RM300 juta adalah bagi pengambilan saham tidak patuh syariah daripada LTH iaitu saham-saham Bumi Armada Berhad, Integrated Logistics Berhad, Yi-Lai Berhad dan YTL Power International Berhad. Penerbitan Sukuk berteraskan syariah ini tidak boleh digunakan untuk membiayai pengambilalihan saham-saham tidak patuh syariah. Pembayaran tunai kepada LTH bagi pemindahan saham-saham tersebut dibuat pada 30 Disember 2019 (RM100 juta) dan 30 Disember 2020 (RM200 juta). 3.13.43 Suruhanjaya mendapati Sukuk UJSB ini boleh ditebus melalui beberapa opsyen atau kombinasi. Suruhanjaya berpendapat bahawa dengan adanya opsyen ini akan memberi fleksibiliti kepada UJSB untuk menebus Sukuk melalui: (a) tunai; (b) pemindahan semula aset-aset LTH (redemption in- kind via LTH assets); dan (c) pemindahan aset-aset Kerajaan termasuk saham syarikat atau hartanah (redemption in-kind via Government assets). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI 125) ===== PAGE 163 ===== Nilai Jumlah Nilai Nilai Pasaran Jumlah Nilai Pasaran pada Jumlah Kaunter Permindahan| Seunit | Peratus Permindahan 31-Dis-18 Kejatuhan Seunit pada 31-| Kejatuhan (RM) (RM) Nilai (RM) Dis-18 (RM) (RM) Axiata | 6.00 363 | (39.5%) | 1,422,605,154 | 931,803,255 (490,801,899) Maxis 6.84 543 | (20.6%) | 879,395,994 | 681,197,584 (198,198,410) MISC 7.43 6.15 | (17.2%) | 486,532,216 | 438,925,710 (47,606,506) Digi 5.13 4.24 | (17.3%) | 576,240,738 | 500,328,955 (75,911,783) TM 5.96 233 | (60.9%) | 241,202,959 |107,650,200 (133,552,759) Jumlah 3,605,977,061 | 2,659,905,704 | (946,071,357) 3.13.38 Suruhanjaya mendapati semasa proses laporan ini disediakan, harga pasaran semasa bagi saham-saham mewah (bluechips) adalah seperti berikut: Nilai Pasaran Seunit pada 8-Jun-22 Kaunter (RM) 3.13.39 3.13.40 3.13.41 Suruhanjaya mendapati harga pasaran semasa bagi saham-saham di atas masih di bawah harga pemindahan. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa saham-saham mewah (bluechips) yang telah kehilangan status patuh syariah adalah YTL Power International Berhad, Bumi Armada Berhad, Integrated Logitics Berhad dan Yi-Lai Berhad. Suruhanjaya mendapati sebagai pertimbangan kepada pemindahan aset-aset tersebut, UJSB telah menerbitkan dua siri Sukuk Murabahah (Sukuk) berkupon sifar yang @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 164 ===== “Letter of Comfort”. Suruhanjaya mengambil maklum surat Menteri Kewangan dikeluarkan berdasarkan seksyen 14 Akta 61. Suruhanjaya mendapati semenjak Sukuk UJSB diterbitkan pada tahun 2019, Kerajaan telah memasukkan UJSB dalam senarai Komitmen Jaminan seperti yang dinyatakan dalam dokumen “Tinjauan Fiskal & Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan” tahunan. Ini boleh dilihat dalam jadual di bawah: JADUAL 5.3. Komitmen Jaminan, 2021 - 2021 RM JUTA BAHAGIAN ENTITI (%) 2020 20211 2020 2021' Danalnfra Nasional Berhad 72,320 76.020 389 39.9 Prasarana Malaysia Berhad 38,914 38,914 21.0 20.4 Malaysia Rail Link Sdn. Bhd? 21,530 23,177. 116 12.2 Suria Strategic Energy Resources Sdn. 6,951 7,276 3.7 3.8 Bhd.? GovCo Holdings Berhad 7,200 5,700 3.9 3.0 Jambatan Kedua Sdn. Bhd.? 5,528 5,514 3.0 2.9 Turus Pesawat Sdn. Bhd. 5,310 5,310 2.9 2.8 MKD Kencana Sdn. Bhd. 3,500 4,500 1.9 24 SRC Kencana Sdn. Bhd. 2,485 1,785 14 0.9 Sentuhan Budiman Sdn. Bhd. 800 750 0.4 0.4 TRX City Sdn. Bhd. 253 192 0.1 0.1 Assets Global Network Sdn. Bhd. 253 202 0.1 0.1 Jumlah 185,727 190,437 100.0 100.0 (Surat sokongan jaminan Menteri Kewangan bertarikh 27 Mei 2019 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12). 3.13.46 Suruhanjaya. mengambil maklum bahawa Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah meluluskan peruntukan sekurang-kurangnya RM17.8 bilion bagi membiayai kekurangan (shortfall) penebusan Sukuk UJSB, iaitu sebanyak RM500 juta pada tahun 2020 di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan sekurang-kurangnya RM17.3 bilion (anggaran purata RM1.73 bilion setahun) di bawah Rancangan Malaysia LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 165 ===== 3.13.44 Suruhanjaya ingin membawa perhatian kepada Laporan KAN mengenai Penyata Kewangan LTH bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 di mana laporan berkenaan menyatakan bahawa Sukuk UJSB tersebut didaftarkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tetapi tidak diberikan penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindah milik dan merupakan unsecured zero coupon. Struktur tidak boleh diniagakan dan tidak boleh dipindah milik ini bersandarkan kepada Sukuk UJSB yang terikat dengan Hak Penolakan Pertama dan “Redemption in Kind” di mana ia bertujuan untuk memelihara kepentingan LTH dalam keupayaan mengambil alih kembali pegangan aset-aset yang dipindahkan pada masa hadapan pada nilai yang munasabah. Ini jelas berdasarkan kenyataan KAN dalam laporannya seperti berikut: “Pihak Audit tidak dapat memastikan kebarangkalian Lembaga Tabung Haji untuk menerima bayaran penebusan sukuk pada akhir tempoh matang atau penebusan awal seperti mana dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini kerana pihak Audit berpandangan keupayaan UJSB untuk kekal beroperasi sebagai usaha berterusan sepanjang tempoh sukuk adalah bergantung kepada peruntukan kewangan dan komitmen jaminan daripada Kerajaan. Selain itu, keupayaan LTH untuk membeli semula hartanah melalui Right of Refusal Agreement pada nilai yang munasabah bagi menjaga kepentingan LTH belum dapat dipastikan.” 3.13.45 Suruhanjaya turut mengambil maklum bahawa Sukuk UJSB yang diterbitkan ini tidak dijamin oleh Kerajaan. Sukuk UJSB hanya mendapat Surat Sokongan Kewangan daripada Menteri Kewangan bertarikh 27 Mei 2019. Suruhanjaya berpendapat bahawa surat sokongan tersebut hanyalah untuk memberi keselesaan sebagai @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 166 ===== Suruhanjaya berpendapat keputusan Jemaah Menteri bagi suntikan tahunan RM1.73 bilion oleh Kerajaan adalah wajar terutamanya bagi mengurangkan risiko penebusan semula Sukuk secara berpukal mengikut tarikh matang. 3.13.50 Suruhanjaya khuatir sekiranya Kerajaan tidak dapat memenuhi komitmen jaminan tersebut, LTH sekali lagi akan terdedah kepada risiko pembayaran ingkar (default payment). Tunggakan keuntungan yang akan diakru dan diagihkan tanpa bersandarkan tunai kepada LTH ketika tarikh matang akan mencecah RM7.65 bilion. Justeru, LTH akan kembali terdedah kepada risiko pengeluaran deposit tidak terkawal (bank run) dan terpaksa mengaktifkan jaminan Kerajaan seperti termaktub dalam seksyen 24 Akta 535. Risiko kali ini akan menjadi lebih signifikan dan rumit dengan mengambil kira tanggungan liabiliti pendeposit telah melebihi RM88 bilion setakat 21 Mei 2022. Pelupusan Aset-aset Lembaga Tabung Haji yang Dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 3.13.51 Suruhanjaya mendapati antara hartanah-hartanah yang dipindahkan kepada UJSB, hanya satu hartanah yang telah dijual. Penjualan tersebut dibuat melalui tender terbuka pada tahun 2020, melibatkan hartanah di Mukim Sungai Segamat, Daerah Segamat, Johor dengan nilai RM920 ribu. 3.13.52 Suruhanjaya juga dimaklumkan bahawa tujuh puluh lima kaunter daripada seratus enam kaunter ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia telah dilupuskan. Pelupusan di pasaran terbuka ini dilaksanakan berdasarkan klausa 3.1, Perjanjian Hak Penolakan Pertama. Saham-saham tersebut dijual pada harga pasaran semasa dan tidak memenuhi keperluan hak keutamaan. UJSB juga telah LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 167 ===== Kedua Belas (RMK-12) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13). 3.13.47 Sebagai instrumen yang disenaraikan dalam Komitmen Jaminan di bawah Akta 61, Sukuk UJSB merupakan obligasi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan. Suruhanjaya mengambil maklum UJSB telah menerima peruntukan sebanyak RM500 juta dalam bentuk Geran Kerajaan pada tahun 2020. Peruntukan RM500 juta ini telah digunakan untuk bayaran kepada LTH, sebanyak RM300 juta untuk bayaran saham yang berubah taraf patuh syariah, dan RM200 juta untuk menebus Sukuk UJSB kepada LTH. Penebusan awal sebanyak RM200 juta itu dilaksanakan pada 30 November 2020. 3.13.48 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa, UJSB tidak menerima suntikan RM1.5 bilion pada tahun 2021 seperti yang diperuntukkan dan diluluskan dalam Belanjawan 2021. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan adalah keutamaan peruntukan atau alokasi tunai diberikan kepada perbelanjaan pemulihan ekonomi negara ekoran daripada kesan pandemik Covid-19. Kerajaan masih bertanggungjawab bagi memastikan obligasi Sukuk UJSB bernilai RM27.5 bilion dilunaskan sepenuhnya pada tarikh matang dan seharusnya komited menyediakan peruntukan pembangunan tahunan sebanyak RM1.73 bilion, seperti yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2018. 3.13.49 Suruhanjaya mengambil maklum bahawa bayaran tunai yang telah diterima oleh LTH setakat ini hanyalah RM500 juta berbanding dengan nilai perpindahan aset berjumlah RM9.73 bilion. Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa bayaran tertunggak sebanyak RM27.5 bilion akan matang dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh Sukuk diterbitkan (bagi Sukuk Siri 1) dan dalam tempoh sepuluh tahun dari tarikh ia diterbitkan (Sukuk Siri 2). Oleh itu, @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 168 ===== belas hartanah yang tersenarai tidak mendapat bidaan dan masih dipegang oleh UJSB untuk dilupuskan pada masa hadapan. 3.13.55 Suruhanjaya mendapati terdapat sepuluh hartanah yang masih perlu ditawarkan kepada LTH bagi mendapat keputusan berkaitan Hak Penolakan Pertama. 3.13.56 Suruhanjaya juga menerima penjelasan berkaitan penolakan Hak Penolakan Pertama bagi syarikat perladangan kelapa sawit di Sri Aman, Sarawak. LTH telah mendapat notis bertarikh 7 Januari 2020 terhadap tawaran Hak Penolakan Pertama pada harga minima RM280 juta. Penolakan Hak Penolakan Pertama itu dibuat melalui surat LTH bertarikh 24 Januari 2020. 3.13.57 Suruhanjaya mendapati saham-saham yang ditawarkan melalui Hak Penolakan Pertama adalah ditawarkan pada harga premium berbanding nilai semasa pasaran. Sekiranya LTH hendak membeli semula saham-saham ini, LTH boleh membeli saham tersebut daripada pasaran terbuka pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga tawaran melalui Hak Penolakan Pertama. Ticker Company Date of Shares ROFR | Market | Premium ROFR Price | Price WENG MWZSatu 24-Mar-20 25,999,115 | 0.090 | 0.064 40.6% MK EAST Eastern & 25-Mar-20 46,400,000 | 0.365 | 0.335 9.0% MK Oriental WENG _|WZ Satu 31-Mar-20 16,570,923 | 0.085 | 0.075 13.3% MK WCTHG |WCT Holdings | 02-Apr-20 42,477,625 | 0.400 | 0.377 6.1% MK KSL MK __|KSL Holdings 06-May-20 71,800,000 | 0.610 | 0.630 3.2% KSL MK __|KSL Holdings 21-May-20 35,900,000 | 0.580 | 0.605 41% HAPL Hap Seng 29-May-20 66,074,500 | 1.650 | 1.570 5.1% MK Plantations FGV MK |FGV Holdings 09-Dec-20 283,710,100 | 1.300 | 1.270 24% ILBMK Integrated 14-Mar-22 20,500,000 | 0.380 | 0.365 41% Logistics LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 169 ===== melabur semula dalam 329 kaunter saham tersenarai dalam negara dan di pasaran antarabangsa yang bermutu dan mampu menjana pendapatan yang mampan. Pelaburan semula dana yang diterima daripada penjualan saham-saham itu adalah bagi menampung jurang kejatuhan nilai aset setelah pemindahan dibuat. Saham-saham yang baru dilaburkan ini boleh digunakan sebagai penyelesaian Sukuk melalui “Redemption in Kind”. Suruhanjaya juga difahamkan bahawa hasil penstrukturan portfolio pelaburan oleh UJSB ini telah menjana pendapatan antara RM200 juta hingga RM300 juta setahun. Pendapatan yang dijanakan berupaya untuk menampung operasi dan pengurusan UJSB tanpa bergantung kepada suntikan modal kerja dari Kerajaan. Walau bagaimanapun UJSB terpaksa menelan kerugian sebanyak RM9.9 bilion bagi tahun berakhir 2019 bagi perbezaan nilai pemindahan dan nilai pasaran semasa aset-aset tersebut. 3.13.53 Suruhanjaya mendapati berdasarkan Perjanjian Penolakan Pertama, terdapat ambang nilai atau threshold yang diguna pakai bagi mempertimbangkan hak keutamaan LTH untuk membeli semula aset-aset di UJSB. Pada 19 November 2019, LTH telah menerima cadangan untuk melupuskan sembilan belas hartanah melalui tender terbuka yang hendak dilaksanakan oleh UJSB. Justeru, LTH, pada 3 Disember 2019 telah memutuskan untuk melepaskan Hak Penolakan Pertama bagi lapan belas hartanah yang disenaraikan kecuali sebidang tanah di Jalan Hill, Seremban. Suruhanjaya mendapat maklum bahawa tanah di Seremban Hill juga kemudiannya telah dilepaskan Hak Penolakan Pertama oleh LTH. 3.13.54 Suruhanjaya mendapati penjualan hartanah secara tender terbuka yang dilaksanakan pada awal 2020, hanya sebidang tanah di Johor yang berjaya dijual. Baki tujuh @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 170 ===== kedudukan kewangan LTH akan tergugat dan sekali lagi LTH akan terdedah kepada krisis kewangan. Pertumbuhan dana deposit yang tidak dibayar secara tunai, dan seterusnya tidak dapat dilaburkan bagi menjana pendapatan yang lebih mampan, akan meruncingkan kedudukan kewangan LTH pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, hasil keuntungan atau yield yang dijana oleh Sukuk UJSB telah mengambil kira keuntungan tahunan yang kumulatif (capitalized and accumulated annually). 3.13.61 Suruhanjaya ingin menyarankan agar Kerajaan terus memberi keutamaan dan seterusnya memberi peruntukan tahunan tunai sebanyak RM1.73 bilion setahun seperti yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Jemaah Menteri. Dana yang disuntik kepada UJSB dalam bentuk geran Kerajaan ini mestilah digunakan hanya untuk tujuan penebusan awal Sukuk-sukuk UJSB yang dipegang oleh LTH. Ini dapat mengimbangkan pengagihan pendapatan LTH yang bersandarkan tunai, dan dana tunai ini membolehkan LTH membuat pelaburan dalam aset-aset yang mampan. 3.13.62 Suruhanjaya juga ingin menyatakan kebarangkalian risiko yang lebih tinggi sekiranya Sukuk UJSB ini tidak dapat dilunaskan mengikut tarikh matang. Sukuk Siri 1 bernilai RM13.2 bilion pada tahun 2026 dan Sukuk Siri 2 bernilai RM14.3 bilion pada tahun 2029. Kebimbangan tersebut adalah kerana RM27.5 bilion merupakan hampir 31% daripada keseluruhan aset yang dipegang oleh LTH. Selain itu, hasil pengakruan Sukuk UJSB juga menyumbang hampir 26% daripada keseluruhan pendapatan tahunan LTH. Malah ia lebih dari satu pertiga daripada jumlah pengagihan keuntungan tahunan kepada pendeposit. Risiko kegagalan atau kekangan melunaskan obligasi Sukuk UJSB merupakan risiko terbesar LTH dan boleh meruncingkan kedudukan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 171 ===== 3.13.58 Melalui penjelasan yang diterima dan penilaian keseluruhan, dapat dirumuskan juga bahawa usaha bailout melalui Pelaksanaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan LTH yang sedia ada merupakan satu solusi interim yang penting bagi menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi LTH dalam menangani isu berkaitan jurang defisit. 3.13.59 Disebabkan kekangan masa untuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang perlu dimuktamadkan sebelum akhir tahun 2018, Suruhanjaya berpendapat bahawa instrumen Sukuk UJSB ini boleh ditambah baik sekiranya ia mempunyai ciri-ciri jaminan Kerajaan. Dalam apa jua keadaan, Kerajaan sememangnya menanggung liabiliti LTH melalui jaminan di bawah seksyen 24 Akta 535. 3.13.60 Suruhanjaya bimbang kerana LTH akan menanggung pendapatan tertunggak atau deferred income tahunan sebanyak RM840 juta setahun. Pendapatan ini tidak bersandarkan tunai, dan kini jumlah pendapatan tertunggak terkumpul (cumulative deferred income) melebihi RM2.1 bilion setakat 31 Disember 2021. LTH telah mengagihkan sebahagian keuntungannya kepada pendeposit! melalui pendapatan ini. Suruhanjaya dimaklumkan bahawa pengakruan keuntungan ini dilaksanakan dengan mematuhi piawaian kewangan MFRS 9 dan juga telah memenuhi keperluan ujian “Solely Payments on Principal and Interest’. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya ingin membawa perhatian sekali lagi bahawa keuntungan Sukuk yang diagihkan kepada LTH tidak dibayar secara tunai. Pengagihan keuntungan LTH bertukar kepada tanggunganiliabiliti terutamanya apabila ia menjadi sebahagian daripada deposit yang baharu. Sekiranya Kerajaan gagal menyuntik dana tahunan sebagaimana yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada tahun 2018, pengagihan dan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 172 ===== termasuk kadar kupon yang dikenakan perlulah pada kadar pasaran semasa dan di bawah 4.1% (kadar keuntungan Sukuk UJSB sedia ada). Justeru, Sukuk Jaminan Kerajaan UJSB ini akan memberi LTH peluang untuk menerima aliran tunai melalui pembayaran kupon tahunan. 3.13.66 Suruhanjaya mendapati Sukuk Jaminan Kerajaan UJSB ini juga akan diterbitkan secara beransur-ansur dalam pelbagai siri (tranche) yang membolehkan LTH mengagihkan risiko penebusan pegangan Sukuk ini kepada beberapa tempoh yang berbeza atau mempelbagaikan tarikh matang. 3.13.67 Bagi menjaga kepentingan LTH, Suruhanjaya juga ingin menyarankan agar Sukuk yang akan diterbitkan mempunyai ciri-ciri boleh diniagakan (tradeable). Ciri-ciri yang boleh diniagakan ini dapat memberi fleksibiliti kepada LTH dalam mengurus komponen aset-aset yang dipegang terutamanya bagi mengoptimumkan pendapatan LTH. Suruhanjaya menyarankan agar penerbitan Sukuk ini tidak hanya ditawarkan kepada LTH atau Kerajaan tetapi boleh menawarkannya kepada institusi-institusi kewangan yang lain. Ia akan mengurangkan risiko pegangan tertumpu (concentration risk or counter-party risk). Justeru, kupon yang ditawarkan mesti mengikut kadar hasil pulangan atau kupon tawaran semasa. la akan memberi peluang kepada LTH untuk menguruskan risiko kadar faedah (interest rate risk) secara yang lebih efektif terutamanya dalam keadaan pasaran di mana kadar asas (base rate) sedang meningkat seiring dengan kadar inflasi semasa. Sukuk UJSB yang sedia ada mempunyai kadar hasil pulangan tetap pada 4.05% dan 4.10%, dan terdedah kepada risiko kadar faedah. Sekiranya inflasi meningkat melebihi 4% dan kadar asas melonjak melebihi 4%, kadar pulangan sedia ada pada Sukuk UJSB akan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 173 ===== kewangan LTH pada masa hadapan, serta membawa ekosistem kewangan negara kepada krisis kewangan. 3.13.63 Suruhanjaya dengan melihat kepada pertimbangan- pertimbangan di atas, mengambil maklum bahawa usaha yang sedang dirangka bagi cadangan Sukuk yang dijamin oleh Kerajaan dapat dizahirkan dengan mengambil kira kadar siling hutang negara yang telah dinaikkan daripada 55% kepada 65% daripada KDNK. Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa ketika Sukuk UJSB diterbitkan pada tahun 2018, kadar siling hutang negara hanya pada 55% daripada KDNK. Melalui ciri-ciri jaminan ini, UJSB diharap mendapat keutamaan peruntukan tahunan daripada Kerajaan dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan. Hal ini juga dapat menambah baik kualiti instrumen yang akan dipegang oleh LTH. 3.13.64 Suruhanjaya juga mendapat penjelasan daripada UJSB bahawa Sukuk Jaminan Kerajaan ini juga boleh dilaksanakan melalui satu program, di mana Sukuk boleh diterbitkan secara berkala, yang boleh membantu Kerajaan dalam mengurus kedudukan liabiliti negara. Berdasarkan struktur Sukuk UJSB sedia ada, obligasi Kerajaan tertumpu kepada dua siri (tranche) dan mengakibatkan bayaran pukal (bullet payment) yang besar, iaitu pada tahun 2026 dan 2029. Penerbitan instrumen Sukuk Jaminan Kerajaan juga adalah wajar bagi membantu kestabilan pendapatan dan pengurusan risiko oleh LTH serta kelestarian pengagihan keuntungan pada masa hadapan. 3.13.65 Suruhanjaya dimaklumkan bahawa UJSB sedang mengadakan perbincangan bersama dengan MOF untuk mendapatkan pertimbangan mengenai Sukuk Jaminan Kerajaan. UJSB juga telah memulakan rundingan bersama LTH berkaitan terma-terma Sukuk Jaminan Kerajaan tersebut. Antara terma yang dibincangkan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 174 ===== perjanjian antara LTH dan UJSB, obligasi Sukuk UJSB hanya perlu ditebus sepenuhnya pada tahun 2026 dan 2029, dan penebusan Sukuk UJSB mesti dipenuhi oleh Kerajaan kerana ia adalah instrumen Komitmen Jaminan. Selepas membuat penilaian yang terperinci, Suruhanjaya merumuskan bahawa usaha pelaksanaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan LTH yang sedia ada merupakan solusi yang penting bagi menyelesaikan krisis kewangan semasa yang dihadapi oleh LTH. 3.13.71 Suruhanjaya berpendapat bahawa Pelan Penstrukturan dan Pemulihan LTH bukan merupakan solusi jangka panjang kerana terdapat pelbagai isu-isu yang masih kritikal yang perlu diatasi termasuk risiko-risiko yang dinyatakan di atas. Kebimbangan yang utama adalah terhadap keupayaan penebusan Sukuk UJSB oleh Kerajaan dan ketidakupayaan Kerajaan memberi peruntukan belanjawan tunai tahunan seperti yang dijanjikan oleh Jemaah Menteri. Ini boleh mengakibatkan pengagihan keuntungan kepada pendeposit tanpa bersandarkan tunai yang berterusan. 3.13.72 Kemampanan LTH tidak terhad kepada pelan pemulihan ini malah terdapat pelbagai aset yang bermasalah yang masih dimiliki oleh LTH, dan keupayaan LTH menjana pendapatan yang lestari masih terdedah kepada risiko pasaran semasa dan risiko rosot nilai pelaburan. Tanggungan kos haji dan kos operasi cawangan LTH yang terus meningkat juga memberi impak kepada keupayaan LTH mengimbangi keupayaan membayar dividen yang kompetitif di samping meneruskan bantuan kewangan haji kepada jemaah haji. Tumpuan juga perlu diberikan dalam memperkukuh tadbir urus LTH, penambahbaikan Akta 535, pengurusan risiko yang efektif, pengurusan kos yang berhemah, kemampanan model perniagaan termasuk pengenalan struktur kawal LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 175 ===== menyebabkan LTH terdedah kepada kekangan dalam memberi pulangan yang kompetitif dan tidak berupaya mencapai kadar halangan (hurdle rate) yang ditetapkan iaitu 75 mata asas di atas kadar pendapatan tetap yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam (Islamic Fixed Deposit Rate + 75 bps). 3.13.68 Suruhanjaya juga memahami ciri tawaran Sukuk Jaminan Kerajaan UJSB di mana ia melibatkan kaedah “Redemption in Kind” terutamanya bagi memberi peluang untuk memulangkan aset-aset yang dipindahkan daripada LTH. Namun begitu, Suruhanjaya ingin menyarankan, setelah mendapat penjelasan kedudukan aset-aset ini, agar LTH melepaskan kesemua Hak Penolakan Pertama sekiranya aset-aset ini tidak memberi pulangan yang kompetitif dan mengambil masa yang lama untuk menjana pendapatan. Ini seterusnya memberi peluang kepada UJSB melupuskan aset-aset ini di pasaran semasa serta mengeluarkan Ciri-Ciri “Redemption in Kind” ini daripada tawaran terma Sukuk Jaminan Kerajaan yang akan datang. 3.13.69 Suruhanjaya berpendapat pelepasan ini adalah selaras dengan saranan agar Sukuk Jaminan Kerajaan yang akan diterbitkan tidak terikat dengan Hak Penolakan Pertama serta terpaksa mempunyai ciri “Redemption in Kind”. Ia merupakan solusi yang wajar dan merupakan formula menang-menang (win-win solution) kepada kedua-dua pihak. Ini bertujuan supaya pelupusan aset LTH di pasaran oleh UJSB bagi menjana tunai dalam memenuhi sebahagian daripada obligasi penebusan semula Sukuk UJSB tidak dipertikaikan oleh pemegang taruh (stakeholders). 3.13.70 Secara keseluruhannya, Suruhanjaya mengambil maklum dengan cadangan penambahbaikan terhadap instrumen Sukuk UJSB sedia ada, namun seperti @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 176 ===== 3.14.5 Suruhanjaya mendapati Panel Pelaburan, dalam membuat keputusan, bergantung kepada input daripada Pengurusan LTH. Panel Pelaburan tidak menyemak cadangan pelaburan dengan secukupnya sepertimana yang sepatutnya dilakukan. Kesannya, laporan yang dibuat tidak menghasilkan keuntungan sepertimana yang diharapkan. 3.14.6 Suruhanjaya mendapati Menteri, semasa membuat keputusan, bergantung sepenuhnya kepada memo yang disediakan oleh Lembaga dan Pengurusan LTH. Semua Menteri yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya mengakui mereka tidak mempunyai input pihak ketiga untuk menasihati mereka mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Lembaga. Semua dokumen menunjukkan kenyataan “dipersetujui seperti dicadangkan”. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya satu semakan forensik perlu dilaksanakan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan LTH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk. Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti yang berikut: (1) PT TH Indo Plantations Permasalahan di PT TH Indo Plantation (THIP) adalah mengenai tadbir urus dalam penjualan pegangan 95% ekuiti LTH dalam PT TH Indo Plantations melibatkan perolehan tanah di Riau, Sumatera, Indonesia, seluas 83,000 hektar kepada PT Borneo Pacific. (a) Adalah dilaporkan bahawa permasalahan tersebut telah memberi kesan berikut kepada LTH: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 177 ===== selia yang memastikan LTH terus berdaya tahan (resilient). 3.14 Pelaburan yang Bermasalah 3.14.1 Suruhanjaya telah menerima laporan daripada LTH mengenai pelaburan-pelaburannya yang bermasalah. Suruhanjaya mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat. 3.14.2 Suruhanjaya mendapati proses membuat keputusan pelaburan di LTH adalah tidak teratur dan tiada koordinasi antara Ketua Pegawai Pelaburan (CIO), Ketua Kewangan Korporat (CF), Ketua Pegawai Hartanah dan Ketua Bahagian Perbendaharaan. Aliran proses pelaburan juga didapati tidak jelas. 3.14.3 Suruhanjaya mendapati terlalu banyak lapisan dan pertimbangan pada setiap peringkat pembuatan keputusan. Sepatutnya keputusan sedemikian boleh menghasilkan satu keputusan pelaburan yang baik. Namun perkara ini tidak berlaku. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila terdapat begitu banyak pelaburan LTH yang bermasalah. 3.14.4 Berdasarkan keterangan-keterangan saksi, keputusan pada setiap peringkat amat bergantung kepada nasihat dan cadangan oleh Pengurusan Tertinggi LTH. Panel Pelaburan yang diharapkan untuk bersifat bebas dan berkepakaran untuk membuat keputusan pelaburan, tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Pengerusi Panel Pelaburan, Dato' Mohzani mengakui bahawa mereka tidak cukup tegas kerana pendekatan yang digunakan adalah longgar dan tidak menyeluruh. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 178 ===== Ini telah menyebabkan LTH merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) bagi keseluruhan jumlah baki “Put Option” berjumlah RM19.3 juta pada 31 Disember 2020. Sebagai tindakan, LTH pada 8 September 2021, melalui Tetuan Zul Rafique & Partners telah menfailkan writ dan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah memutuskan kes perlu melalui proses timbang tara. Pendaftaran kes ke Asian International Arbitration Center (AIAC) telahpun dibuat oleh peguam LTH (Zul Rafique & Partners) pada 22 April 2022. Sebelum ini, LTH telah mencadangkan satu nama untuk dilantik sebagai penimbang tara (arbitrator) kepada LHSB, tetapi LHSB telah menolak cadangan tersebut. Oleh itu, AIAC telah memberikan lima calon yang boleh dipilih dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk dilantik sebagai penimbang tara. Pada masa ini, LTH masih lagi menilai kelima-lima calon tersebut. Proses timbang tara dijangka akan bermula selepas pelantikan penimbang tara. (3) Wellspring Worldwide Limited LTH telah membeli 10.0% kepentingan ekuiti di dalam Wellspring Worldwide Limited (dahulu dikenali sebagai Wellspring Worldwide Sdn. Bhd.) pada 21 September 2014 dengan jumlah bayaran sebanyak RM18.4 juta. Pada 19 September 2016, LTH telah mengeluarkan notis pelaksanaan Hak “Put Option” mengikut Perjanjian Langganan dan Pemegang Saham bertarikh 21 September 2014) terhadap Mohamed Ridzuan Nor Mohamed dan Andy Farouk Muhamad Nasim (Promoters). Notis dikeluarkan setelah syarikat pelaburan gagal disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia. Menurut Hak “Put Option”, Promoters perlu LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 179 ===== (i) berlaku pemindahan syer THIP kepada pembeli sebelum menerima bayaran penuh; (ii) pengurangan USD100 juta daripada harga asal USD910 juta; dan (iii) LTH tidak menerima pembayaran daripada pembeli menurut jadual asal dan terpaksa memberi pendahuluan USD178.6 juta yang sepatutnya perlu dilunaskan oleh pembeli. (b) Dalam soalini LTH telah mengambil tindakan: (i) mengadakan siasatan dalaman, dan melantik peguam untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap perkara ini; dan (ii) membuat laporan polis yang masih dalam siasatan. (2) Emrail Sdn. Bhd. LTH telah membeli 15.3% kepentingan ekuiti di dalam Emrail Sdn. Bhd. (Emrail) pada 7 Jun 2016 dengan jumlah bayaran sebanyak RM20.17 juta daripada Lingkaran Hartaniaga Sdn. Bhd. (LHSB). Pada 26 April 2017, LTH telah mengeluarkan notis untuk melaksanakan Hak Opsyen Jual (Put Option) (mengikut perjanjian jual beli saham bertarikh 20 Mei 2016) terhadap LHSB setelah cadangan penyenaraian awam Emrail di pasaran saham Bursa Malaysia dibatalkan dan Emrail gagal mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM36.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Menurut Hak “Put Option”, LHSB perlu mengambil alih keseluruhan saham Emrail yang dipegang oleh LTH pada harga RM20.3 juta. Sehingga kini, LHSB hanya membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada LTH dan baki bayaran masih belum dilangsaikan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 180 ===== Adalah dilaporkan bahawa usaha sama ini telah memberi kesan berikut kepada LTH: (a) THP tidak dapat menjual hasil kelapa sawit kepada pembeli utama iaitu Wilmar International apabila pembangunan ladang telah melibatkan aktiviti pembalakan hutan simpan yang menyebabkan LTH dan THP melanggar polisi “No Deforestation, No Peat and No Exploitation” (NDPE); dan (b) pelaburan ekuiti dan pembiayaan berjumlah RM257 juta yang dikeluarkan LTH telah dirosot nilai kepada RM32 juta. LTH juga masih perlu mengeluarkan RM258 juta baki komitmen pelaburan yang berisiko rugi. Oleh itu, LTH telah mengambil tindakan seperti berikut: (a) LTH telah merungkaikan pegangan ekuiti dalam DSSB kepada YAM TMP dalam bentuk pemulangan saham dan pembiayaan sedia ada dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM259 juta; dan (b) YAM TMP telah bersetuju untuk mengenepikan (waive) tanggungjawab LTH untuk mengeluarkan RM258 juta pelaburan lanjutan iaitu ekuiti RM71 juta dan pembiayaan RM187 juta. (5) Trurich Resources Sdn. Bhd. Trurich Resources Sdn. Bhd. (Trurich) adalah syarikat usaha sama dengan Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. Tujuannya adalah untuk membangun, menubuhkan dan menguruskan sehingga 200,000 hektar tanah untuk perladangan kelapa sawit di Kalimantan Indonesia. Syarikat usaha sama ini telah LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 181 ===== mengambil balik keseluruhan saham Wellspring Worldwide yang dipegang LTH pada harga RM19.03 juta. Sehingga kini, Promoters tersebut gagal membuat sebarang bayaran kepada LTH. Ini menyebabkan LTH merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) sebanyak RM19.03 juta pada 31 Disember 2019. Sebagai tindakan, LTH melalui Tetuan Zul Rafique & Partners telah menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 5 Oktober 2018, Mahkamah telah mengarahkan Promoters membayar sejumlah RM20.8 juta kepada LTH bagi menyelesaikan pelaksanaan Hak “Put Option”. Namun, Promoters telah gagal membuat sebarang bayaran. Oleh itu, LTH telah menfailkan notis kebankrapan terhadap Promoters. Pada 25 Januari 2022, Mahkamah telah membenarkan permohonan LTH. (4) Deru Semangat Sdn. Bhd. Pada 21 Oktober 2014 dan 19 Januari 2015, Menteri Hal Ehwal Agama telah meluluskan untuk LTH melabur sebanyak RM526.16 juta untuk usahasama membangunkan ladang kelapa sawit di Mukim Tembeling Pahang. Usahasama itu melibatkan pengambilalihan 55% ekuiti kepentingan KDYMM Almarhum Sultan Pahang (kini ekuiti dipegang oleh YAM Tengku Muda Pahang (YAM TMP) dalam Deru Semangat Sdn. Bhd. (DSSB) dengan harga RM231.00 juta. Selain daripada itu LTH juga bersetuju membiayai sebanyak RM295. 16 juta untuk membangunkan ladang. Walau bagaimanapun sehingga Januari 2021, hanya sebanyak RM257 juta telah dikeluarkan oleh LTH untuk pengambilalihan ekuiti dan pembiayaan pembangunan ladang. Semua urusan ini dilaksanakan oleh THP Agro Management (THPAM) sebagal Ejen Urusan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 182 ===== menjadi lebih buruk apabila salah satu penyewa utama telah berpindah ke tempat lain. Ia telah menyebabkan LTH menanggung kerugian rosot nilai pelaburannya dalam Abraj. Oleh itu, LTH telah mengambil tindakan untuk mencari penyewa baru, penjualan bangunan, penstrukturan semula pembiayaan dan menawarkan penjualan pegangan sahamnya kepada Amanah Raya Berhad. Akhirnya Amanah Raya Berhad bersetuju dengan tawaran LTH dan telah menyempurnakan pembelian 50% pegangan saham LTH dalam Abraj pada Disember 2020. Dalam transaksi ini, LTH telah mengalami kerugian rosot nilai pelaburannya dalam Abraj berjumlah RM40.25 juta daripada jumlah pegangan ekuiti keseluruhan Abraj iaitu RM85 juta. (7) Putrajaya Perdana Berhad Pada Disember 2014, LTH telah membeli 30% pegangan ekuiti dalam Putrajaya Perdana Berhad (PPB) berjumlah RM193.50 juta daripada Cendana Destini Sdn. Bhd. (CDSB). Objektif utama pelaburan LTH dalam PPB adalah untuk merealisasikan nilai pelaburan dalam PPB melalui penyenaraian awam di Bursa Malaysia pada nilai syarikat yang lebih tinggi dalam tempoh satu tahun pelaburan. Namun PPB gagal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh satu tahun dari tarikh pelaburan dan gagal mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pada 7 Mac 2018 LTH telah mengeluarkan notis untuk melaksanakan Hak “Put Option” terhadap CDSB di mana LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 183 ===== ditubuhkan pada 30 November 2009. Usaha sama Trurich dan Felda Global tidak memberikan hasil menyebabkan Trurich menjadi insolven. Kedudukan kewangan Trurich menunjukkan liabiliti semasa bersih sebanyak RM119.67 juta pada 31 Disember 2017 dan RM92.78 juta pada 31 Disember 2018. Adalah dilaporkan bahawa ia memberi kesan berikut kepada LTH: (a) pelaburan LTH dalam Trurich berjumlah RM364.31 juta telah dirosotnilai sepenuhnya; dan (b) terdapat baki pinjaman Trurich kepada Maybank berjumlah USD179 juta yang masih tertunggak. LTH mengambil tindakan seperti berikut: (a) anggota Lembaga Pengarah telah membuat laporan polis tentang ketidakaturan pemerolehan Trurich; (b) pada 22 Disember 2020, Menteri Hal Ehwal Agama telah meluluskan pelupusan anak-anak syarikat Trurich. Urusan pelupusan dan rundingan dengan pembeli diserahkan kepada FGV dan Maybank; dan (c) terkini FGV & Maybank dalam proses akhir untuk melupuskan anak-anak syarikat kepada PT Karya Teknik Agro (nomini PT Karya Teknik Utama). (6) Abraj Sdn. Bhd. Abraj Sdn. Bhd. (Abraj) adalah pelaburan usaha sama antara LTH bersama Amanah Raya Berhad sejak 11 November 2009 dalam pembelian hartanah. Kedudukan kewangan mula terkesan sejak 2015 kerana syarikat usaha sama tidak mampu menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman bank. Keadaan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 184 ===== adalah mengenai pelaburan dan pajakan Hotel Al- Rawda di Mekah dan Madinah. Pada 3 April 2015, 21 Disember 2016 dan 4 September 2017, LTH telah memeterai perjanjian pajakan dan sub- pajakan jangka panjang untuk tempoh sepuluh sehingga lapan belas tahun sebagai penerima pajakan/subpajakan (lessee/sub-lessee) dengan syarikat Al-Rawda bagi empat buah hotel. Hotel tersebut ialah Hotel Al-Aqiq, Al-Haram dan Al-Saha di Madinah, serta Hotel Rawdat Al-Bait di Makkah. Tujuannya adalah untuk kegunaan penginapan jemaah haji dan umrah. Nilai perjanjiannya berjumlah Saudi Riyal (SR)1,426 juta yang telah dibayar kepada Al-Rawda. Dalam masa yang sama, LTH telah melantik Al-Rawda sebagai pengendali hotel (Management Operator) bagi ke empat-empat hotel tersebut melalui Perjanjian Pengurusan dan Operasi dengan pendapatan sewa pajakan berjumlah SR2,490 juta. Lanjutan daripada perjanjian tersebut, Al-Rawda telah mengeluarkan Nota Janji (Promissory Note atau PN) yang dijamin secara peribadi oleh Dr. Mashhoor Ali Omar Almadoodi (Dr Mashhoor) untuk membayar jumlah yang dijanjikan apabila dituntut oleh LTH. Dr. Mashhoor merupakan pemilik syarikat Al-Rawda. Sejak Mac 2019 Al-Rawda telah gagal dalam membuat pembayaran pendapatan sewa di bawah perjanjian bagi empat hotel tersebut, yang menyebabkan LTH melalui peguamnya di Arab Saudi memfailkan tindakan ke atas PN Al-Rawda di Mahkamah Penguatkuasaan untuk menuntut jumlah yang perlu dibayar kepada LTH. Setakat 31 Disember 2021 jumlah sewa tertunggak adalah sebanyak SR560.7 juta. LTH telah memfailkan sembilan tindakan PN terhadap Al-Rawda sebagai penerbit PN melibatkan jumlah sebanyak SR344.0 juta LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 185 ===== CDSB perlu mengambil alih saham PPB yang dipegang oleh LTH pada harga RM210.7 juta. CDSB gagal untuk membuat bayaran dan memohon untuk berbincang bersama LTH mengenai penyelesaian. LTH telah mengambil tindakan seperti berikut: (a) pada 12 November 2020, kelulusan telah diperolehi daripada Portfolio Review Commitee (PRC) LTH untuk memulakan tindakan undang-undang apabila CDSB masih gagal untuk memberi cadangan penyelesaian. Berikutan dengan itu, CDSB telah mengemukakan cadangan baharu untuk penyelesaian melalui surat bertarikh 15 Januari 2021; dan (b) selepas beberapa sesi perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk mempertimbangkan Cadangan Pengaturan Penyelesaian (Proposed Settlement Arrangement) bagi melangsaikan “Put Option” seperti yang dicadangkan oleh PPB. Pada ketika ini, proses kelulusan dalaman terhadap Cadangan Pengaturan Penyelesaian tersebut sedang dijalankan. Pelaburan dalam PPB telah memberi impak kepada LTH apabila sehingga 31 Disember 2020, LTH telah merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) berjumlah RM145.3 juta. Nilai buku bersih pegangan LTH dalam PBB pada ketika ini adalah sebanyak RM48.2 juta. (8) Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co.Ltd. Transaksi LTH dengan Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co.Ltd. (Al-Rawda) @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 186 ===== telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan proses timbang tara sedang berlangsung pada ketika ini. Pada masa yang sama, proses likuidasi aset telah dimulakan di Mahkamah Penguatkuasaan Arab Saudi yang mana LTH telah mengenal pasti dua puluh hartanah di Jeddah, Madinah dan Mekah yang dimiliki oleh Dr. Mashhoor. Adalah difahamkan bahawa proses likuidasi akan mengambil masa sehingga dua tahun. Setakat ini, LTH masih mencari penyelesaian terbaik bagi menuntut bayaran sewa tertunggak daripada Al- Rawda dan ini dilakukan melalui pelbagai usaha aktif yang djalankan secara serentak seperti berikut: (a) rundingan semula dengan Al-Rawda berdasarkan cadangan pelan penyelesaian pada April 2021 berjumlah SR1,748 juta; (b) penguatkuasaan PN terhadap Al-Rawda dan Dr. Mashhoor melalui proses likuidasi terhadap aset Dr. Mashhoor yang terletak di Arab Saudi dan juga aset di luar Arab Saudi; dan (Cc) | meneruskan proses timbang tara (arbitration) yang sedang berlangsung. Transaksi pelaburan LTH dengan Al-Rawda memberi impak kepada LTH dan dijangka kerugian kredit (Estimated Credit Loss) berjumlah RM202.8 juta seperti dinyatakan dalam penyata kewangan 31 Disember 2020. Berdasarkan penilaian awal oleh Jabatan Kewangan, LTH dijangka mencatatkan rosot nilai tambahan sebanyak RM184 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (tidak termasuk pendapatan sewa bagi tahun 2021 dan tertakluk kepada penilaian lanjut). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 187 ===== dan tujuh tindakan terhadap Dr. Mashhoor sebagai penjamin PN yang sama melibatkan jumlah sebanyak SR255.1 juta. Perintah penguatkuasaan (enforcement order) terhadap kedua-duanya telahpun diperolehi daripada Mahkamah Penguatkuasaan Arab Saudi. Berikutan perintah tersebut sekatan dan larangan telah dikenakan oleh Mahkamah Penguatkuasaan terhadap Al-Rawda daripada menjalankan perniagaannya, serta aset-aset milik Dr. Mashhoor di Arab Saudi telah dibekukan dan sekatan perjalanan (travel ban) ke luar negara telah dikenakan terhadap beliau. Hasil penguatkuasaan PN ke atas Al-Rawda dan Dr. Mashhoor, pihak Al-Rawda telah mengadakan perbincangan bersama pengurusan LTH untuk mencari penyelesaian penstrukturan bagi bayaran sewa yang tertunggak. Pada bulan April 2021, kedua-dua pihak bersetuju untuk memasuki perjanjian penyelesaian berkaitan bayaran baki sewa dengan terma dan jadual bayaran baru sebanyak SR1,748 juta. Namun pada 30 Jun 2021, LTH telah menerima surat daripada Al-Rawda bertarikh 29 Jun 2021 dengan subjek "Tawaran Penyelesaian Al-Rawda" yang mengandungi pelbagai pilihan penyelesaian bagi LTH dengan jumlah penyelesaian yang lebih rendah sebanyak SR968.0 juta. LTH telah menolak cadangan tersebut melalui surat bertarikh 14 Julai 2021. Semasa rundingan untuk penyelesaian, Al-Rawda telah mengemukakan notis timbangtara (Arbitration Notice) kepada LTH dengan alasan bahawa Perjanjian Pengurusan dan Operasi yang dimeterai antara kedua- dua pihak adalah bertentangan dengan syariah. LTH @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 188 ===== pengambilalihan Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd., Maju Warisanmas Sdn. Bhd. dan PT Persada Kencana Prima. THP telah membiaya pembelian ladang-ladang baharu antara 2012-2014 dengan pembiayaan, terutamanya dengan Sukuk RM1.2 bilion yang dikeluarkan oleh LTH. Adalah didapati hanya 58% daripada ladang THP yang produktif. THP kemudian terpaksa menjual estet untuk membayar hutang. THP juga terpaksa mengurangkan perbelanaan perladangan yang menyebabkan pengurangan hasil sawit dan berlaku rosot nilai di peringkat LTH sebanyak RM170 juta. LTH telah melantik PwC untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap perkara ini. Laporan kepada PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah dibuat oleh Lembaga Pengarah THP. Siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan PDRM masih berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif THP pada ketika itu telah diletakkan dalam cuti (garden leave), dan beliau kemudiannya meletakkan jawatan pada 20 Ogos 2018. (11) TH Properties Sdn. Bhd. TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) adalah syarikat tersenarai milik LTH. Satu isu yang timbul dalam TH Properties adalah pembayaran bonus istimewa kepada Ahli Lembaga syarikat bagi tahun 2017 dan 2018. Pembayaran ini telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat EXCO TH Properties dan mesyuarat Ahli Lembaga THP Australia Capital Sdn. Bhd. Kelulusan Exco tidak mematuhi resolusi Lembaga TH Properties di mana Exco tidak diberi mandat dan kuasa untuk membuat keputusan berhubung transaksi tersebut. Rujukan Laporan Audit Dalam TH Properties "Payment of Special Appreciation Bonus to Certain LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 189 ===== (9) Alfareeda Residential Fund Pelaburan LTH dalam Alfareeda Residential Fund (Al- Fareeda) pada 21 Februari 2013 adalah melalui pengurus dana dalam sektor perumahan Arab Saudi di mana LTH telah melanggan sehingga SR76 juta. Nilai SR76 juta ini adalah bersamaan dengan RM63 juta iaitu 13.8% dari jumlah dana keseluruhan sebanyak SR550 juta yang dilaburkan dalam Al-Fareeda. Pelaburan dilakukan melalui pengurus dana Anfaal Capital. Pelaburan ini telah mengalami masalah kerana undang- undang baharu berkenaan dengan isu-isu buruh dan imigresen di Arab Saudi. Keadaan menjadi kritikal kerana kontraktor yang bermasalah, kenaikan harga barang pembinaan dan kejatuhan harga minyak mentah. Dana ini akhirnya telah dicairkan dan kesemua aset kini berada di bawah Alinma Bank. Oleh kerana tidak ada sebarang perkembangan sejak tahun 2017 dan pengurus dana juga tidak dapat dikesan, pelaburan ini telah dihapus kira secara keseluruhan. LTH dengan itu mengalami kerugian sebanyak SR76 juta melalui pelaburannya dengan Al-Fareeda. (10) TH Plantations Berhad TH Plantations Berhad (THP) adalah syarikat tersenarai milik LTH. PwC telah mengenal pasti beberapa isu berdasarkan Laporan Forensik yang dikeluarkan pada 25 April 2019, di mana pengurusan kanan THP dan Lembaga telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiari untuk melaksanakan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah untuk THP. PwC juga telah mengenal pasti perkara lain yang didapati adalah tidak wajar dalam konteks tadbir urus THP. Kegagalan ini telah dikenal pasti terutamanya berkaitan dengan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 190 ===== ATHS secara usaha sama dan dua AHTS milik penuh LTH. Keseluruhan jumlah pelaburan ekuiti RM198 juta telah dirosot nilai, manakala RM80 juta daripada RM136 juta jumlah pembiayaan telah dirosot nilai sehingga Disember 2021. LTH melalui anak syarikat telah melantik PwC bagi kebolehpulihan (recoverability) pelaburan LTH dalam Kumpulan TH Marine, dan dapatan PwC melaporkan hanya RM70.4 juta yang dijangka diperolehi semula. (13) TH Hotel & Residences Sdn. Bhd. TH Hotel & Residences Sdn. Bhd. (THHR) dahulunya dikenal sebagai Labuan Beaufort Interconnection (LBI telah diperbadankan pada tahun 1984). Pada Mei 2007, LTH memperoleh keseluruhan pegangan ekuiti dalam LBI yang tidak dimiliki oleh LTH daripada pemegang saham lain. Hasilnya, LTH menjadi pemegang saham tunggal LBI. Berdasarkan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH pada 2018, LTH telah menandatangani Perjanjian Pemindahan Aset (ATA) dengan UJSB pada 28 Disember 2018 untuk memindahkan hotel dan kompleks haji di Alor Setar, Kuching, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu. Hartanah yang dipindahkan kepada UJSB adalah antara aset-aset LTH yang dikenal pasti memberi nilai pulangan yang rendah (kurang daripada 2%). Nilai pemindahan hartanah ini adalah sebanyak RM804.1 juta dan ia berdasarkan premium sebanyak lebih kurang 55% daripada nilai buku LTH pada ketika itu. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 191 ===== Directors Seven Staff Members" bertarikh 5 Februari 2020. Bonus istimewa berjumlah RM2.2 juta telah dibayar pada 2017 & 2018 kepada pihak Pengurusan dan Ahli Lembaga TH Properties tanpa kelulusan LTH sebagai pemegang utama ekuiti syarikat. Pada 5 Februari 2020, TH Properties mengadakan siasatan dalaman, dan melantik Tetuan Tajuddin & Co. untuk melaksanakan siasatan. Seterusnya pada 12 Ogos 2020, Ahli Lembaga Pengarah TH Properties telah membuat keputusan untuk mendapatkan kembali bonus yang diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah bagi tahun 2017-2018. Isu mengenai pembayaran bonus kepada mereka yang berkenaan pada tahun 2017 dan 2018 telah disentuh secara terperinci dalam laporan ini di bawah tajuk Bonus. (12) Alam Maritim Resources/ TH Marine Pelaburan LTH sebanyak 51% ekuiti dalam Syarikat Usahama dengan Alam Maritim Resources Berhad telah diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama pada 18 Jun 2015. Syarikat ini menjalankan perniagaan perkhidmatan kapal sokongan di luar persisiran pantai melalui pemilikan enam “Anchor Handling Tug Supply Vessels” (AHTS) dengan nilai pelaburan USD20.27 juta. Selain itu, LTH juga mempunyai dua buah kapal AHTS milik penuh melalui anak syarikatnya. Secara keseluruhannya, LTH telah melabur sebanyak RM334 juta dalam Kumpulan TH Marine (Ekuiti RM198 juta dan pembiayaan RM136 juta) melibatkan enam @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 192 ===== 3.15 Harga pasaran saham FGV kemudiannya jatuh kepada RM0.885/unit. Kerugian tidak nyata LTH dalam FGV Berhad adalah berjumlah RM1,058,937,380. Persoalannya, mengapa LTH terus memegang saham tersebut dan tidak menjualnya sehingga harganya telah turun dengan rendahnya. Ini menyebabkan LTH menanggung kerugian yang amat besar. LTH bernasib baik apabila saham FGV sebanyak 283,7 10,100 unit telah diambil alih oleh UJSB pada nilai kos RM4.62/unit. Jumlah nilai kos dalam saham FGV berhad ialah sebanyak RM1,310,020,819 dan harga pasaran FGV adalah sekitar RM0.69/unit (Februari 2022). Jika saham FGV ini tidak diambil alih oleh UJSB atas harga kos, LTH sepatutnya menanggung kerugian lebih kurang sebanyak RM1.1 bilion. Pandangan Suruhanjaya 3.14.7 Suruhanjaya berpandangan bahawa setiap anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikatnya, pengurusan serta kakitangan yang terlibat patut dipertanggungjawabkan atas kerugian yang dialami oleh LTH dan anak-anak syarikat yang berkaitan. Laporan-Laporan Lembaga Tabung Haji kepada Agensi- Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Laporan Polis 3.15.1 Suruhanjaya. mendapati pengurusan LTH pada pertengahan tahun 2018, telah memulakan proses siasatan dalaman dan berikutan dengan itu telah membuat empat laporan polis seperti berikut: LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 193 ===== Pemindahan di atas tidak melibatkan Hotel Movenpick, Sepang dan Kompleks Haji di Kelana Jaya. Pada masa itu, LTH sedang melaksanakan Pelan pembangunan semula tapak LTH Kelana Jaya (THKJ) termasuk pengubahsuaian yang berjumlah RM1.5 juta. Walau bagaimanapun, pada tahun kewangan 2020, hasil sewaan yang direkodkan ialah RM6.2 juta, 62% merosot daripada RM16.5 juta pada 2019. Ini melibatkan kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM5.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya. (14) FGV Berhad Pada 9 Mei 2012 LTH telah mendapat kelulusan untuk melanggan sehingga 276 juta unit saham FGV Berhad (FGV) pada harga “Initial Public Offerings” (IPO) RM4.65/unit (7.5% pegangan saham). Pada 26 Jun 2012 LTH telah melanggan lagi unit saham FGV sebanyak 273,579,700 unit saham pada harga RM4.55/unit. Jumlah pelaburan LTH termasuk kos transaksi dalam IPO ini adalah berjumlah RM1,253,742,809 atas harga kos RM4.58/unit. Selepas IPO, LTH mempunyai 7.5% saham dalam FGV. Pada tarikh yang sama LTH telah menerima sebanyak 1,629,000 unit saham FGV dari penamatan kontrak pengurus dana luar (MIDF-AAM) pada nilai kos RM4.60/unit. Pada 28 Jun hingga 19 Julai 2012 LTH menjual sebanyak 14,709,400 unit saham FGV di pasaran terbuka pada purata harga saham RM5.38/unit. Keuntungan yang diraih dari penjualan ini adalah sebanyak RM11,739,835. LTH menambah semula pelaburan dalam FGV pada 23 Julai hingga 3 Oktober 2012 dengan pembelian sebanyak 232,010,800 unit saham pada purata harga kos RM5.01/unit. Jumlah pelaburan tambahan adalah sebanyak RM116,202,310. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 194 ===== proses siasatan yang mengambil masa yang agak lama memandangkan ianya melibatkan proses siasatan rentas sempadan yang memerlukan PDRM menghormati proses dalaman dan kedaulatan Indonesia bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membolehkan siasatan dilakukan di sana. 3.15.5 Laporan polis ketiga dibuat pada 13 Disember 2018, iaitu repot Dang Wangi/32724/2018. Pengadu ialah Aliatun binti Mahmud, mantan Setiausaha Trurich. Laporan polis tersebut adalah berkaitan tindakan Trurich memasuki perjanjian pembelian saham dengan tiga syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah hutan di Kalimantan Utara dan dua syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah bertanam kelapa sawit di Kalimantan Tengah. 3.15.6 Laporan polis tersebut adalah terhadap beberapa individu atas dakwaan wujudnya manipulasi laporan kesesuaian tanah bagi menjustifikasi potensi tanah seluas 40,880 hektar yang merangkumi ladang-ladang di Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah, Indonesia. Dakwaan yang dibuat adalah tindakan memanipulasi laporan kesesuaian tanah tersebut telah mengelirukan Trurich sehingga membuatkan Trurich memutuskan untuk memperoleh ladang kelapa sawit berkaitan yang bernilai sekitar USD58 juta dalam tempoh antara 2008 hingga 2009. 3.15.7 Suruhanjaya difahamkan bahawa proses siasatan oleh PDRM berhubung laporan ini masih berterusan dan PDRM sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Indonesia bagi PDRM menjalankan proses soal siasat dan merekodkan kenyataan saksi-saksi tertentu dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada di Indonesia bagi melengkapkan siasatan. Suruhanjaya sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini mengambil maklum akan kekangan proses siasatan yang mengambil masa yang agak lama memandangkan ianya LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 195 ===== (a) dualaporan polis pada 30 November 2018; (b) satu laporan polis pada 13 Disember 2018; dan (c) satu laporan polis pada 16 Januari 2019. 3.15.2 Dua laporan polis pada 30 November 2018 dibuat oleh Idrus bin Ismail, mantan Setiausaha Syarikat LTH (Pengadu). Melalui repot Dang Wangi/31347/2018, pengadu telah melaporkan mengenai penganjuran aktiviti dan penggunaan wang oleh Yayasan Tabung Haji yang didakwa menyalahi 'Memorandum and Articles of Association' Yayasan tersebut. Suruhanjaya difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat ini telahpun melaksanakan siasatan dan telah merujuk kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan arahan Pendakwa Raya. 3.15.3 Laporan kedua yang dibuat pada 30 November 2018 adalah berkaitan dengan repot Dang Wangi/31331/2018. Repot tersebut adalah berhubung dengan tindakan LTH menjual pegangan ekuitinya dalam THIP kepada PT Borneo Pacific. Laporan ini dibuat kerana pengadu mengesyaki berlaku salah nyataan (misrepresentation) dan penyembunyian maklumat berkaitan penjualan pemegangan 95% saham yang dipegang oleh LTH dalam THIP pada tahun 2012 kepada PT Borneo Pacific yang dianggarkan berjumlah USD910 juta. Saham-saham tersebut pada asalnya dipegang oleh dua anak syarikat LTH iaitu TH Indopalms Sdn. Bhd. dan TH Indo Industries Sdn. Bhd. 3.15.4 Mengenai laporan polis ini, Suruhanjaya difahamkan bahawa proses siasatan oleh PDRM sedang berterusan. Berdasarkan status terkini PDRM masih dalam proses soal siasat dan merekodkan kenyataan saksi-saksi tertentu serta. mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada di Indonesia. Suruhanjaya pada masa yang sama mengambil maklum akan kekangan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 196 ===== kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan arahan Pendakwa Raya. Pandangan Suruhanjaya 3.15.11 Suruhanjaya berpandangan pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan. Tindakan Tatatertib 3.15.12 Berdasarkan rekod pengurusan LTH, Suruhanjaya mendapati terdapat beberapa tindakan tatatertib yang telah diambil oleh LTH terhadap para pegawai peringkat pengurusannya selepas berlakunya perubahan terhadap barisan pengurusan LTH pasca Julai 2018. Tindakan- tindakan tatatertib yang diambil oleh LTH ini melibatkan lima orang pegawai peringkat pengurusan LTH seperti berikut: . Datuk Rozaida binti Omar (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan — Gred K); ° Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani (Ketua Pegawai Operasi — Gred k); ° Rifina binti Md Ariff (Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah — Gred k); e Mohd Hisham bin Harun (Ketua Pegawai Sumber Manusia — Gred kK); dan ° Hazlina binti Mohd Khalid (Penasihat Undang- Undang — Gred J). 3.15.13 Tindakan-tindakan tatatertib yang diambil oleh LTH terhadap para pegawai pengurusannya yang tersenarai di atas adalah berbangkit daripada empat kluster berikut: (a) isu penjualan saham dalam PT TH Indo Plantations (isu Kluster Pertama); LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 197 ===== melibatkan proses siasatan rentas sempadan yang memerlukan PDRM menghormati proses dalaman dan kedaulatan Indonesia bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membolehkan siasatan dilakukan di sana. 3.15.8 Satu lagi laporan polis dibuat pada 16 Januari 2019 iaitu Repot Dang Wangi/1484/2019 yang dibuat oleh Pengadu Idrus bin Ismail (mantan Setiausaha Syarikat LTH). Repot ini adalah berhubung isu pemberian atau pengisytiharan untung boleh agih (hibah) LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017 yang bercanggah dan melanggar peruntukan seksyen 22 Akta 535. Laporan polis ini dibuat berbangkit daripada dakwaan wujudnya salah nyataan (misrepresentation) oleh pihak pengurusan LTH ketika itu yang dibuat dalam dua kertas kerja yang dibentangkan kepada dua Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah LTH pada 6 dan 9 Februari 2018. Adalah difahamkan bahawa salah nyataan (misrepresentation) ini dibuat bagi membolehkan LTH memberi dan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi kepada para pendeposit LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017. 3.15.9 Isu kesahan dan kemampuan LTH untuk memberi dan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) kepada para pendeposit LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017 telah disentuh secara khusus dan panjang lebar oleh Suruhanjaya dalam laporan ini. Perbincangan dan dapatan Suruhanjaya berkaitan isu agihan keuntungan (hibah) ini, menjurus kepada isu-isu spesifik berkaitan kepatuhan prinsip-prinsip perakaunan, amalan baik tadbir urus dan kesannya kepada kedudukan kewangan sebenar LTH. 3.15.10 Suruhanjaya difahamkan bahawa pihak PDRM di peringkat ini telahpun melengkapkan siasatan dan telah mengambil tindakan merujuk kertas siasatan berkenaan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 198 ===== telah memutuskan untuk mengambil tindakan turun pangkat terhadap kesemua pegawai ini. Namun demikian pada 18 Julai 2019 dan 28 Januari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap kesemua pegawai ini kepada pengenaan amaran keras sahaja (Datuk Rozaida binti Omar dan Dato' Adi Azuan Abdul Ghani) dan pengenaan hukuman amaran dan tangguh kenaikan gaji (Mohd Hisham bin Harun). 3.15.16 Bagi isu Kluster Ketiga, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar pada 3 Januari 2020. Datuk Rozaida binti Omar telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasinya yang dihantar pada 17 Januari 2020. Pada 16 April 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan buang kerja terhadap Datuk Rozaida binti Omar. Namun demikian pada 6 September 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap beliau dengan mengenakan hukuman turun pangkat. 3.15.17 Bagi isu Kluster Keempat, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Hazlina binti Mohd Khalid pada 11 Januari 2019. Hazlina binti Mohd Khalid telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasinya yang dihantar pada 21 Januari 2019. Pada 1 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan turun pangkat terhadap Hazlina binti Mohd Khalid. Pada 28 Januari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah bersidang dan memutuskan untuk mengekalkan hukuman turun pangkat terhadap beliau. 3.15.18 Pada masa ini, kesemua pegawai pengurusan yang pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak LTH ini LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 199 ===== (b) isu pelanggaran seksyen 24(3)(5) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125] kerana tiada permohonan awal kelulusan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dibuat sebelum sumbangan RM22.12 juta dibuat (Yayasan Tabung Haji) (isu Kluster Kedua); (c) isu perisytiharan untung boleh agih (hibah) bagi tahun kewangan berakhir 2017 (isu Kluster Ketiga); dan (d) isu pengemukaan tuntutan kepada Pengurus Unit Bayaran, Bahagian Perkhidmatan LTH yang mengandungi butiran palsu (isu Kluster Keempat). 3.15.14 Bagi isu Kluster Pertama, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar, Rifina binti Md Ariff, Mohd Hisham bin Harun dan Hazlina binti Mohd Khalid pada 29 Mei 2020. Keempat-empat individu ini telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasi mereka yang dihantar dalam tempoh yang ditetapkan pada tarikh- tarikh yang berbeza. Pada 21 April 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan membuang kerja terhadap kesemua pegawai ini. Namun demikian pada 6 September 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap kesemua pegawai ini kepada hukuman turun pangkat. 3.15.15 Bagi isu Kluster Kedua, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar, Dato' Adi Azuan Abdul Ghani dan Mohd Hisham bin Harun masing-masing pada 15 Mac 2019 dan 19 Mac 2019. Ketiga-tiga individu ini telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasi mereka yang dihantar dalam tempoh yang ditetapkan pada tarikh-tarikh yang berbeza. Pada 31 Mei 2019 dan 1 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 200 ===== (b) tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Ketiga mengambil masa sehingga 15 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai berkaitan; dan (c) tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Keempat mengambil masa sehingga 10 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai berkaitan. 3.15.20 Suruhanjaya mendapati dan berpandangan proses penyempurnaan tindakan tatatertib di LTH ini yang meliputi durasi penahanan kerja perlulah diperkemaskan dan disegerakan agar proses ini dilihat dan diyakini sebagai suatu proses yang berkesan, cekap, adil dan telus. Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 3.15.21 Suruhanjaya mendapati lanjutan daripada proses siasatan dalaman yang dilaksanakan oleh LTH beberapa laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara perkara-perkara yang dilapor kepada SPRM adalah seperti yang berikut: (a) dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida Bhd oleh TH Plantation (anak syarikat LTH); (b) dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Opah, di KL Sentral; (c) dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Nasi Dalca, di Lantai 2 Bangunan Ibu Pejabat LTH; LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 201 ===== masih lagi kekal bertugas dengan pihak LTH. Jawatan dan status pekerjaan terkini mereka adalah seperti berikut: e Datuk Rozaida binti Omar kini bertugas sebagai Pengurus Besar Strategik Modal Insan (Gred J) di Jabatan Modal Insan, LTH; D Dato' Adi Azuan Abdul Ghani kini bertugas sebagai Pengurus Besar Kanan Kafe & Pembangunan Perniagaan (Gred K) di TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (anak syarikat LTH); . Rifina binti Md Ariff kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Risiko dan Pematuhan (Gred J) di TH Plantation Berhad (anak syarikat LTH); e Mohd Hisham bin Harun kini bertugas sebagai Head, Business and Corporate Affairs (Gred J) di TH Properties Sdn. Bhd. (anak syarikat LTH); dan e Hazlina binti Mohd Khalid kini bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar (Gred H2) di TH Plantations Berhad (anak syarikat LTH). 3.15.19 Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya mendapati proses tindakan tatertib yang diambil oleh pihak LTH telah mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya: (a) tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Kedua mengambil masa sehingga 19 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan oleh Dato' Adi Azuan Abdul Ghani sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai tersebut; @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 202 ===== 3.16 3.15.24 3.15.25 Development & Project Management Co. Ltd di Arab Saudi bagi empat buah hotel iaitu Hotel Al- Aqiq, Al-Haram, Al-Saha di Madinah dan Hotel Rawdat Al-Bait di Makkah. Suruhanjaya berpendapat, transaksi-transaksi pelaburan yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau di prosiding timbang tara perlu dipantau dan dijadikan agenda khusus oleh LTH bagi memastikan agar semua proses berjalan dengan lancar dan LTH memperoleh keputusan yang terbaik. Pada masa yang sama usaha dan inisiatif yang selari oleh pihak pengurusan LTH bagi mencapai penyelesaian di luar proses mahkamah dan timbang tara antara LTH dan pihak bertikai harus turut dipertingkatkan agar pertikaian dapat segera ditamatkan melalui penyelesaian yang adil tanpa merencatkan kepentingan LTH. Tanggungan Bantuan Kewangan Haji 3.16.1 3.16.2 Suruhanjaya mendapati bahawa kos haji telah meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh, kos haji bagi setiap jemaah bagi tahun 2003 hanya pada kadar RM15,555 tetapi telah meningkat sehingga RM25,540 pada tahun 2022. Kadar ini akan terus meningkat dan dijangkakan pada tahun 2030 kos haji bagi setiap jemaah akan mencecah sehingga RM35,000. Dijangka pada tahun 2050 kos haji boleh meningkat kepada RM50,000. Suruhanjaya mengambil maklum maklumat daripada LTH bahawa unjuran kenaikan kos haji dari tahun 2022 hingga tahun 2030 adalah seperti pada jadual di bawah: Tahun 2022 | 2023 | 2024 | 2025 | 2026 2027 | 2028 | 2029 2030 Kos Haji (RM) 25,540 | 26,280 | 28,160 | 29,570 | 31,040 | 32,592 | 34,221 | 35,932 | 37,729 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 203 ===== (d) dakwaan penyelewengan dan rasuah oleh mantan Ketua Pegawai Operasi LTH dalam melakukan pengubahsuaian (renovation); (e) dakwaan pemalsuan dokumen pembekalan rubber seedlings TH Plantation di Ladang TH-Usia Jatimas di Sandakan; dan (f) dakwaan salah laku dan penyelewengan pegawai THP Bina Sdn. Bhd. dan THP Timur Sdn. Bhd., kedua-duanya anak syarikat TH Properties Sdn. Bhd. 3.15.22 Suruhanjaya difahamkan bahawa pihak SPRM masih lagi menjalankan siasatan bagi dakwaan-dakwaan yang disenaraikan di atas. Perbincangan dan konsultasi di antara LTH dan SPRM juga masih berterusan. Sehubungan itu, Suruhanjaya berpendirian bahawa SPRM harus diberi ruang sewajarnya untuk meneruskan apa jua tindakan dalam ruang lingkup undang-undang sedia ada bagi melengkapkan siasatan mereka. Tindakan Mahkamah dan Timbang Tara 3.15.23 Suruhanjaya mendapati terdapat beberapa transaksi pelaburan yang dimasuki oleh LTH telah tidak mencapai matlamatnya atau tidak menepati perancangannya sehinggakan beberapa daripadanya telah beralih ke fasa pertikaian undang-undang sama ada di mahkamah atau di prosiding timbang tara. Antara transaksi-transaksi pelaburan yang sedang melalui proses undang-undang sama ada di mahkamah atau di prosiding timbang tara adalah seperti yang berikut: (a) isu berbangkit lanjutan daripada LTH menjual pegangan ekuitinya dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific; dan (b) isu berbangkit lanjutan daripada LTH memeterai perjanjian pajakan dan sub-pajakan jangka panjang dengan syarikat! Al-Rawda Real Estates @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 204 ===== (a) RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40; dan (b) RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40. 3.16.7 Suruhanjaya mendapati langkah yang diambil oleh LTH adalah wajar dengan mengambil kira peningkatan kos haji yang amat ketara, terutama bermula tahun 2022 berikutan beberapa langkah yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi yang telah meningkatkan lagi kos haji. 3.16.8 Walaupun bayaran haji bagi tahun 2022 telah dinaikkan, namun jumlah HAFIS yang terpaksa ditanggung oleh LTH masih tinggi, iaitu mencecah hampir 57% daripada kos haji. Jadual di bawah menunjukkan unjuran kos haji dan HAFIS bagi tahun 2022 hingga 2030. Kos Haji Bayaran HAFIS Jumlah Tahun Haji RM/ seorang 2022 25,540 12, 980 12,560 (49.2%) 376,800 2023 26,280 12, 980 13,300 (50.6%) 399,000 2024 28,160 12, 980 15,180 (53.9%) 455,400 2025 29,570 12, 980 16,590 (56.15) 497,700 2026 31,040 12, 980 18,060 (58.2%) 541,800 2027 32,592 12,980 19,612(60.2 %) 588,360 2028 34,221 12,980 21,241 (62.1%) 637,230 2029 35,932 12,980 22,952 (63.9%) 688,560 2030 37,729 12,980 24749 (65.6%) 742,470 3.16.9 Daripada jadual di atas, Suruhanjaya mendapati jumlah HAFIS boleh mencecah hampir RM400 juta setahun bermula pada tahun 2022, walaupun kadar bayaran haji telah dinaikkan kepada RM12,980.00 seorang. Dengan peningkatan kos haji, peratusan kenaikan HAFIS boleh meningkat kepada melebihi 65% daripada kos haji pada tahun 2030, jika kadar bayaran haji kekal. Manakala kos HAFIS yang akan ditanggung oleh LTH dijangka akan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 205 ===== 3.16.3 Perbezaan tersebut terpaksa ditanggung oleh LTH melalui skim HAFIS yang dijana daripada keuntungan pelaburan LTH. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kos haji, bayaran haji dan juga HAFIS bagi tahun 2014 hingga 2019. Tahun Kos Haji Bayaran Haji HAFIS Jumlah RM/ seorang (RM Juta) 2014 16,155 9,980 (62%) 6,175 (38%) 106 2015 17,270 9,980 (58%) 7,290 (42%) 135 2016 18,890 9,980 (53%) 8,910 (47%) 160 2017 19,550 9,980 (51%) 9,570 (49%) 298 2018 22,450 9,980 (44%) 12,470 (56%) 314 2019 22,900 9,980 (44%) 12,920 (56%) 299 (tiada penghantaran jemaah haji pada tahun 2020 dan 2021) 3.16.4 3.16.5 3.16.6 Berdasarkan jadual di atas jelas menunjukkan bahawa HAFIS terus meningkat dengan ketara dari setahun ke setahun. Jumlah HAFIS yang ditanggung LTH telah meningkat daripada RM106 juta pada tahun 2014 kepada hampir RM300 juta pada tahun 2019. Suruhanjaya mendapati tiada kenaikan bayaran haji untuk tempoh selama tiga belas tahun. Dari tahun 2009 hingga tahun 2021 bayaran haji bagi jemaah kali pertama adalah RM9,980, walaupun kos haji terus meningkat hampir setiap tahun. Suruhanjaya difahamkan bahawa pada tahun 2022, LTH telah mengemukakan cadangan kadar baru bagi bayaran haji dan telah dipersetujui oleh Kerajaan. Kadar baru ini melibatkan kenaikan bayaran haji dan pada masa yang sama memperkenalkan dua lapisan bayaran iaitu: @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 206 ===== kali pertama) dinaikkan daripada RM1,300 kepada kos yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah semasa (sekarang ini berjumlah RM12,980). Ia akan menggalakkan tabungan secara berdisiplin dan berkala yang seiring dengan fungsi LTH; (b) pengeluaran daripada tabungan ini dihadkan dan pendeposit perlu memberi notis pengeluaran selama sebulan sebelum tabungan dapat dikeluarkan. Kaedah ini akan memberi kestabilan terhadap pengurusan kecairan dan memberi peluang bagi LTH mengoptimumkan pulangan demi kepentingan pendeposit; dan (c) sebarang bentuk bantuan haji ataupun subsidi hanya diberikan kepada jemaah yang dikira memerlukan sahaja. Bagi pendeposit yang mempunyai aset dan pendapatan yang cukup, mereka perlulah membayar sepenuhnya kos haji mereka. Ini adalah bersesuaian dengan prinsip istito'ah. Di bawah prinsip ini, ibadah haji hanya difardukan kepada sesiapa yang mampu sahaja. Kemampuan yang diambil kira termasuklah kemampuan dari segi mempunyai dana yang mencukupi bagi mengerjakan haji. Konsep ini telah diamalkan ketika PWSBH ditubuhkan dan kemudiannya diterima pakai oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan juga LTH sehinggalah amalan subsidi mula diperkenalkan dalam tahun 2001. Selepas itu, subsidi ini diambil daripada keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit, bukannya suntikan dana daripada Kerajaan. 3.16.14 Suruhanjaya berpendapat dengan mensyaratkan jumlah yang lebih tinggi bagi mendaftar haji, masalah penumpuan deposit yang menjadi kebimbangan BNM akan dapat ditangani. Dengan mengiktiraf kedudukan sekarang yang mana 65% pendeposit mempunyai LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 207 ===== mencecah sebanyak RM742.47 juta setahun menjelang tahun 2030. 3.16.10 Memandangkan HAFIS diambil daripada keuntungan daripada pelaburan LTH, maka peningkatan HAFIS sekaligus akan menjejaskan kadar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit. 3.16.11 Berdasarkan anggaran semasa, jumlah HAFIS adalah dalam lingkungan RM400 juta setahun yang sama dengan pengurangan sebanyak 0.4% daripada kadar keuntungan (hibah) yang dibayar kepada pendeposit. Persoalannya, di manakah tahap yang boleh diterima memandangkan jumlah subsidi sentiasa meningkat dengan kenaikan kos haji. Selagi bayaran haji yang dikenakan kepada jemaah haji ditetapkan pada kadar yang tidak munasabah, masalah peningkatan jumlah HAFIS akan berterusan. 3.16.12 HAFIS yang terlampau tinggi akan menjejaskan kemampuan LTH bagi membuat bayaran keuntungan (hibah) yang munasabah. Kegagalan LTH untuk membayar keuntungan (hibah) yang munasabah boleh menyebabkan pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang besar mencari peluang pelaburan yang lain. Adalah dilaporkan bahawa LTH memerlukan dana minima sebanyak RM60 bilion bagi menampung subsidi haji pada tahap yang ada sekarang. Apabila kos subsidi meningkat, jumlah dana yang lebih besar diperlukan dan pergantungan ke atas pendeposit besar akan bertambah. 3.16.13 Bagi menyelesaikan isu mengenai tanggungan HAFIS yang besar oleh LTH pada setiap tahun, Suruhanjaya mencadangkan: (a) deposit minimum untuk pendeposit layak diberi giliran menunaikan haji secara automatik (bagi haji @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 208 ===== perlu menunggu lama, tempoh demikian bukanlah tempoh yang tidak munasabah seperti sekarang yang melebihi 100 tahun dan di luar jangka hayat kehidupan rakyat Malaysia. 3.16.18 Selain itu, perubahan ini juga mengambil kira Pelan Pembangunan Tanah Suci oleh Kerajaan Arab Saudi (Saudi Vision 2030), terutamanya bagi menambah kapasiti untuk menampung keperluan jemaah haji. Perubahan ini dijangka akan menjadi satu faktor pengubah (game changer) yang akan mendorong orang- orang yang benar-benar mahu menunaikan haji, menabung di LTH. 3.16.19 Perubahan-perubahan yang dicadangkan di atas perlu diikuti dengan pelan komunikasi yang berkesan dan disusuli dengan kempen untuk meningkatkan jumlah deposit daripada pendeposit yang belum cukup jumlah deposit mereka untuk mendaftar haji. Bakal jemaah haji juga perlu diingatkan dari awal agar mereka tidak lagi berharap subsidi haji diberikan secara menyeluruh tanpa apa-apa syarat. 3.16.20 LTH sebagai sebuah institusi perlu merancang agar mereka mampu membawa lebih ramai jemaah haji pada masa hadapan dan menggunakan sepenuhnya kuota tambahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kelancaran operasi haji terganggu dan LTH tersekat daripada memberikan perkhidmatan pada kapasiti yang tertinggi. Persiapan bagi menjalankan operasi haji dalam keadaan normal selepas pandemik Covid-19 berakhir hendaklah digiatkan. Dalam pelan induk Kerajaan Arab Saudi, bilangan jemaah haji akan ditingkatkan menjelang tahun 2030. Pada ketika ini Malaysia diperuntukkan kuota haji dalam lingkungan 30,000 jemaah sahaja (sebelum pandemik Covid-19). Mengikut perancangan Kerajaan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 209 ===== deposit sebanyak RM2,000 atau kurang dalam akaun mereka. Suruhanjaya percaya apabila had mendaftar haji dinaikkan, para pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang rendah ini akan terdorong untuk menabung dengan lebih serius dan berdisiplin bagi membolehkan mereka memenuhi kewajipan menunaikan ibadah haji. 3.16.15 Suruhanjaya berpendapat, simpanan minimum sebanyak RM1,300 adalah terlalu rendah bagi pendaftaran haji. Suruhanjaya mencadangkan agar pendeposit membuat simpanan penuh berdasarkan bayaran haji (sekarang RM12,980) untuk pendaftaran giliran haji. 3.16.16 Suruhanjaya. mendapati kaedah yang diamalkan sekarang ialah jemaah haji berkenaan hanya perlu menyimpan deposit sebanyak RM1,300 iaitu jumlah minimum bagi melayakkan beliau untuk mendaftar haji. Jika beliau terpilih, beliau perlu menambah deposit sebanyak RM11,680 bagi mencukupkan bayaran haji sebanyak RM12,980 (bayaran haji Muassasah). Ini akan melayakkan beliau untuk mendapat pakej haji yang bernilai RM25,000 (anggaran kos sebenar yang ditanggung oleh LTH) iaitu RM12,020 melebihi bayaran haji. Dalam tempoh yang singkat sahaja, sebenarnya pendeposit hanya menyumbang jumlah kecil subsidi tetapi mendapat pulangan yang besar. 3.16.17 Dengan langkah-langkah tersebut di atas, masa menunggu untuk mengerjakan haji dijangka dapat dikurangkan dari 135 tahun kepada 33 tahun sahaja (EY menggunakan RM9,980 dalam pengiraannya). Pendeposit yang menyimpan bayaran haji Muassasah sebanyak RM12,980 akan mengurangkan lagi masa menunggu yang merupakan tempoh yang lebih munasabah dan dalam jangka hayat kebanyakan pendeposit. Ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk menabung dari awal lagi kerana walaupun mereka @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 210 ===== 3.17.4 Dalam tahun 2009, Kerajaan telah membekukan kenaikan bayaran haji yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah. Keputusan ini telah memberikan had yang tidak munasabah dan mengakibatkan LTH terpaksa menggunakan keuntungan pelaburan daripada dana pendeposit dengan lebih banyak untuk memberikan subsidi kepada jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan haji. Pada masa ini, subsidi yang diberikan adalah dalam lingkungan 57% daripada kos sebenar untuk mengerjakan haji. Ini menyebabkan keuntungan yang boleh dibayar kepada pendeposit menurut perkiraan semasa berkurangan dalam lingkungan RM400 juta setahun atau 0.4% daripada keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit. Hasil daripada keputusan ini telah memberi tekanan kepada LTH untuk terlibat dengan pelaburan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Dengan mengambil risiko pelaburan yang lebih tinggi mengakibatkan kedudukan kewangan LTH menjadi tidak mampan terutamanya dalam persekitaran pasaran kewangan dan kedudukan ekonomi yang mencabar. 3.17.5 Suruhanjaya mendapati polisi rizab yang tidak konsisten pada tahun-tahun yang terdahulu juga tidak membantu dalam membolehkan LTH menyerap tekanan pembayaran agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit. 3.17.6 Keadaan menjadi bertambah runcing antara tahun 2010 hingga 2017 apabila kadar agihan keuntungan atau hibah telah dibayar pada kadar yang tidak setimpal dengan ciri- ciri pulangan deposit LTH yang lebih berbentuk portfolio jangka pendek. Kadar agihan keuntungan (hibah) adalah tinggi dibandingkan dengan institusi-institusi pelaburan tempatan walaupun LTH beroperasi dan terdedah kepada risiko pasaran yang sama. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 211 ===== Arab Saudi, jumlah ini akan ditingkatkan kepada 60,000 menjelang tahun 2030. 3.17 Penambahbaikan Lembaga Tabung Haji dari Tahun 2017 hingga Sekarang 3.17.1 Dalam memastikan LTH terus diperkukuhkan, Suruhanjaya telah meneliti dan membincangkan secara terperinci model pengurusan LTH dengan mengambil kira mandat utama penubuhan institusi berkepentingan umat Islam ini. Suruhanjaya mengambil maklum akan latar belakang sejarah, faktor-faktor pendorong dan juga perkara-perkara lain yang berlaku yang menjadi sebab utama bagi LTH melantik perunding-perunding untuk melakukan kajian bagi meneliti: (a) model perniagaan LTH yang diguna pakai; dan (b) mengkaji semula Akta 535 bagi menjadikan LTH sebuah institusi yang lebih mampan dan berdaya- maju. 3.17.2 Seperti yang dimaklum terdahulu, tujuan asal LTH adalah: (a) sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk membantu urusan mengerjakan haji; dan (b) menjadi institusi yang membolehkan jemaah- jemaah haji menabung supaya mereka mempunyai dana yang mencukupi bagi persediaan mengerjakan haji. 3.17.3 Walau bagaimanapun, dengan perjalanan waktu, peranan LTH telah diperluaskan menjangkau tujuan asalnya dengan memasukkan visi LTH sebagai tonggak ekonomi ummah, akhirnya menjadi beban kepada LTH untuk terus menjadi sebuah institusi yang mampan dan berdaya maju. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 212 ===== hingga ke peringkat yang mana ianya menjadi risiko sistemik kepada sistem kewangan di Malaysia kerana ia berkait dengan pengurusan kecairan dan rizab LTH. Surat-surat! BNM bertarikh 19 Disember 2014 (Pengambilan Deposit dan Pengurusan Kecairan), 23 Disember 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Februari 2017 (Keperluan Merumus Dasar Rizab), telah dihantar kepada LTH tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. BNM juga telah menulis surat kepada Menteri Hal Ehwal Agama bertarikh 23 Disember 2015. Seterusnya, BNM turut membangkitkan perkara ini kepada Perdana Menteri. 3.17.11 Apabila KAN membangkitkan “Emphasis of Matter” dalam laporan audit ke atas penyata kewangan LTH untuk tahun 2017, masalah yang dihadapi oleh LTH mula mendapat perhatian. Sebelum itu, firma RB telah dilantik sebagai perunding untuk membuat kajian ke atas LTH dalam tahun 2017. Walau bagaimanapun, LTH dan pengurusannya tidak mengendahkan hasil kajian tersebut yang menunjukkan LTH sedang menghadapi masalah termasuk ketidaksesuaian model pengurusan dan perniagaan yang berisiko, serta subsidi haji yang tinggi. 3.17.12 Suruhanjaya berpandangan analisis dan dapatan RB adalah baik dan menyeluruh yang turut mengemukakan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan LTH. Walaupun ada cadangan-cadangan yang dikemukakan dikira tidak praktikal, namun penekanan telah diberikan ke atas keperluan untuk menilai semula objektif asal LTH dan pelbagai kelemahan yang wujud dalam struktur organisasi dan operasi LTH. Cadangan-cadangan yang diberikan merangkumi keperluan untuk mengkaji semula carta organisasi, definisi dan ciri-ciri deposit LTH, polisi pelaburan dan keperluan untuk mewujudkan polisi pengurusan risiko yang didapati tidak menyeluruh pada LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 213 ===== 3.17.7 Bagi menjana pendapatan yang tinggi, LTH banyak menumpukan aktiviti pelaburannya dalam pasaran saham atau ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pengukuhan pasaran ekuiti Malaysia pada tahun-tahun awal penubuhan LTH serta keistimewaannya sebagai sebuah institusi pelaburan Bumiputera telah membolehkan LTH menerima peruntukan saham penyenaraian awam pada kadar harga yang rendah yang membantu meningkatkan prestasi LTH. Ini membolehkan LTH membayar pulangan pada kadar yang tinggi kepada pendeposit. 3.17.8 Walau bagaimanapun, sejak tahun 2014, apabila pasaran saham negara tidak lagi mempamerkan prestasi yang baik dan rizab-rizab LTH telah terhakis akibat pengagihan keuntungan (hibah) yang tinggi, LTH mula menghadapi masalah. Tekanan politik yang mahukan kadar pengagihan keuntungan (hibah) dikekalkan pada tahap yang tinggi seperti pada tahun-tahun sebelumnya telah menyebabkan LTH mengambil beberapa keputusan yang membawa kepada krisis kewangannya dalam tahun 2017. 3.17.9 Situasi ini telah mendapat perhatian BNM walaupun ia bukanlah sebuah badan yang mempunyai kuasa kawal selia ke atas LTH. BNM gusar dengan keupayaan serta kemampanan (resiliency) LTH terutamanya dalam memberi kadar pembayaran keuntungan yang tinggi kepada pendeposit, berbanding dengan kadar yang dibayar oleh bank-bank patuh syariah dalam tempoh- tempoh berkenaan. BNM kemudiannya telah membawa perhatian terhadap kelemahan dalam polisi rizab LTH yang menunjukkan gambaran masalah yang bakal dihadapi pada masa hadapan. 3.17.10 Pengurusan pelaburan LTH dari tahun 2014 ke tahun- tahun seterusnya terbukti telah menghadapi masalah @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 214 ===== Komitmen Kerajaan diperlukan untuk menampung kos haji dan memberikan subsidi haji. 3.17.15 Suruhanjaya telah meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh BNM dan berpandangan seperti berikut: (a) cadangan pertama akan meluaskan skop LTH dan menjadikannya sebagai sebuah institusi pengurusan dana, di samping mengumpulkan deposit bagi bakal-bakal haji. Cadangan pertama ini akan membawa kepada perbezaan antara kadar pulangan bagi pendeposit yang menabung bagi kewajipan mengerjakan haji dan pendeposit yang menyimpan bagi tujuan mendapat kadar pulangan pelaburan yang lebih tinggi. Ini akan meningkatkan risiko yang ditanggung oleh LTH dan keupayaan menjana pendapatan yang tinggi juga terdedah kepada risiko pasaran kewangan semasa. Cadangan ini juga berkemungkinan membawa kepada pengeluaran dana yang tinggi kerana dana yang dimasukkan ke dalam akaun pelaburan yang baharu seperti yang dicadangkan, tidak dijamin oleh Kerajaan; (b) cadangan kedua pula mengehadkan deposit yang boleh diterima oleh LTH. Cadangan ini akan menyebabkan pendeposit yang memiliki jumlah dana yang besar terpaksa mengeluarkan deposit mereka kerana LTH akan mengehadkan jumlah deposit yang boleh diterimanya daripada seseorang pendeposit. Secara dasarnya, pendeposit yang besar ini juga menyimpan di LTH bagi tujuan simpanan patuh syariah dan bayaran zakat disempurnakan oleh LTH. Cadangan kedua ini akan meningkatkan risiko kepada LTH dan Kerajaan kerana tumpuan (concentration) kepada jumlah deposit kecil yang dimiliki oleh bilangan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 215 ===== ketika itu. la juga merangkumi isu subsidi yang diberikan kepada jemaah haji Muassasah dan analisis kritikal ke atas kos pengendalian cawangan-cawangan yang ada di seluruh negara bagi tujuan menerima deposit. 3.17.13 Malangnya, laporan RB tidak diberikan perhatian dan dimanfaatkan oleh pengurusan LTH. Tidak ada rekod yang menunjukkan ianya telah dibentangkan kepada Lembaga. Laporan RB telah disiapkan dan diberikan kepada pengurusan LTH sebelum agihan keuntungan (hibah) bagi tahun 2017 diisytiharkan. Ketika ini, keupayaan pengagihan kadar keuntungan (hibah) yang tinggi menjadi persoalan dan tekanan politik dalam menghadapi pilihan raya juga telah mendorong kepada keputusan yang menjadi punca utama krisis kewangan LTH. 3.17.14 Selepas kedudukan kewangan LTH dipulihkan oleh Kerajaan pada akhir tahun 2018 dengan penubuhan UJSB, Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah memutuskan agar BNM memantau LTH. BNM telah mencadangkan supaya LTH menilai tiga model perniagaan baharu: (a) LTH hanya menerima deposit bagi tujuan mengerjakan haji dan memperkenalkan akaun pelaburan yang memberikan pulangan yang berbeza dengan deposit haji. BNM mencadangkan agar LTH terus memberi penumpuan dan keutamaan kepada pengurusan operasi haji; atau (b) LTH hanya menerima deposit bagi tujuan untuk mengerjakan haji dan menguruskan operasi haji. Sekiranya LTH meneruskan subsidi haji, ini perlu ditampung oleh Kerajaan; atau (c) LTH hanya menguruskan operasi haji dan operasi pengambilan deposit dan pelaburan dijalankan oleh Bank Islam yang merupakan anak syarikat LTH. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 216 ===== baharu. Ia merupakan pindaan kepada cadangan yang terdahulu yang telah dikemukakan sebelumnya kepada Perdana Menteri. 3.17.18 Apa yang dicadangkan kali ini ialah supaya aktiviti pelaburan LTH dijalankan oleh sebuah entiti berasingan yang dikawal selia oleh BNM ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Perlu diingatkan di sini bahawa cadangan baharu BNM ini boleh mengehadkan LTH untuk menerima deposit sekadar yang cukup untuk mengerjakan haji sahaja. Di samping itu, BNM juga menegaskan bahawa cadangan ini memerlukan LTH untuk: (a) mengkaji semula polisi subsidi haji memandangkan kos haji yang sentiasa meningkat. Ini akan terus menjadi satu risiko besar kepada LTH. Antara perkara yang perlu dinilai semula adalah jumlah subsidi, kelayakan untuk menerima subsidi dan juga sumber pembiayaan yang baharu bagi menampung subsidi yang diberikan; (b) mewujudkan dan menginstitusikan tadbir urus korporat dan tadbir urus syariah yang mantap dengan meletakkan kepentingan pendeposit sebagai perkara yang paling utama; dan (c) memodenkan Akta 535 secara holistik dengan mengambil kira kaedah tadbir urus terkini termasuk mengguna pakai piawaian berhemah (prudential standards) bagi menjadikan LTH lebih kukuh dan stabil. 3.17.19 Seperti yang dinyatakan di atas, cadangan terbaharu BNM ini hanya akan menjadikan LTH sebagai sebuah agen pelancongan yang tersohor (glorified travel agent) kerana fungsi pelaburan akan diuruskan oleh pihak luar yang menjadikan LTH hilang kemampuan untuk mengkoordinasi penggunaan keuntungan daripada LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 217 ===== pendeposit yang kecil amat tinggi. Dianggarkan 75% deposit di LTH dimiliki oleh hanya 5% daripada pendepositnya. Dengan kata lain, jumlah deposit LTH tertumpu kepada mereka yang menyimpan dan memiliki dana yang besar; (c) cadangan ketiga akan menjadikan LTH sebagai sebuah syarikat pelancongan yang berskala besar dan tersohor sahaja kerana salah satu fungsi utamanya dikeluarkan dari LTH. Risiko membiayai urusan haji ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan ini akan menambahkan bebanan kepada Kerajaan yang sudah pun menanggung Sukuk sebanyak RM27 bilion yang diterbitkan oleh UJSB yang telah menyelamatkan LTH pada tahun 2018. Selain itu, pengasingan dana tabungan ini juga agak sukar untuk dilaksanakan kerana dana ini telahpun dilaburkan oleh LTH dalam pasaran ekuiti, hartanah dan pelaburan berpendapatan tetap. Aset yang dipegang oleh LTH juga tidak mudah dicairkan dan tidak menepati kehendak risiko pengurusan perbankan. Sekiranya LTH terpaksa mencairkan pelaburannya (liquidate its investment), ia akan memberi kesan kepada ekosistem pasaran kewangan dan hartanah negara. 3.17.16 Ketiga-tiga cadangan yang dikemukakan oleh BNM kepada Perdana Menteri itu dianggap tidak praktikal oleh LTH. Pada tahun 2019, LTH juga memutuskan untuk meneruskan model perniagaan yang sedia ada, di samping menerima hakikat bahawa beberapa aspek seperti subsidi haji dan pembaharuan tadbir urus perlu dilakukan untuk menjadikan LTH sebuah institusi yang lestari (sustainable). 3.17.17 Selepas memberikan cadangan pertamanya, BNM telah menyusuli dengan sepucuk surat bertarikh 18 April 2022 kepada Suruhanjaya dan mengemukakan satu cadangan @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 218 ===== baik. Rekod menunjukkan prestasi pengurusan dana LTH oleh pihak pengurus dana luar terutamanya bagi portfolio ekuiti luar negara adalah tidak memberangsangkan. Ini kerana mereka telah diberikan mandat untuk melabur di pasaran baru muncul (emerging markets) dan bukannya pasaran global. Mandat juga hanya pada pasaran Asia Pasifik di mana ciri risiko pasaran hampir sama dengan pasaran tempatan dan tidak menepati kepelbagaian risiko pasaran (diversification of market risk). 3.17.23 Suruhanjaya mendapati, selepas penstrukturan kewangan disempurnakan, LTH dan pengurusan yang mengambil alih dalam tahun 2021 telah melantik EY bersama dengan Zaid Ibrahim & Co (ZICO) untuk mengkaji semula model perniagaan LTH. ZICO bertanggungjawab untuk mencadangkan penambahbaikan Akta 535 selaras dengan model perniagaan baharu yang dicadangkan oleh EY. EY telah mencadangkan supaya LTH dipecahkan kepada tiga entiti berasingan seperti berikut: (a) Pengurus Dana (Fund Manager); (b) Dana Hak Milik (Own Fund Proprietary); dan (c) Akaun Dana _ Pendeposit (Depositors Fund Account). 3.17.24 Justifikasi penubuhan tiga entiti yang diberikan olen EY adalah: (a) pengasingan ini akan menjadikan aktiviti pengurusan haji dan pengurusan dana lebih telus (transparent); (b) pengasingan aktiviti pengurusan LTH dan pengurusan dana mengikut amalan tadbir urus yang terbaik; (c) pengurusan dana akan dikawal selia; dan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 219 ===== aktiviti pelaburan untuk membiayai operasi hajinya. Kini, model perniagaan LTH mengambil kira keupayaan untuk membuat subsidi silang (cross-subsidy). Oleh kerana deposit yang diterima oleh LTH dihadkan kepada deposit bagi tujuan mengerjakan haji semata-mata, sokongan kewangan yang tinggi daripada Kerajaan diperlukan dan ini menjadikan cadangan tersebut satu cadangan yang tidak praktikal. (Surat BNM kepada Suruhanjaya bertarikh 18 April 2022 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12) 3.17.20 Berdasarkan sejarah dan kejayaan pada masa lampau LTH telah menjadi satu jenama yang unggul di mata rakyat dan juga negara-negara Islam yang lain. Kecemerlangan pengurusan dan perkhidmatan haji yang ditawarkan juga mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Arab Saudi. Kejayaan ini adalah hasil daripada model perniagaan sedia ada di mana LTH mampu memobilisasi deposit yang kini berjumlah RM88 bilion dan berkemungkinan menjadi RM100 bilion dalam masa dua tahun lagi, dalam menjana pendapatan yang baik. 3.17.21 Suruhanjaya berpendapat bahawa cadangan baharu yang dikemukakan oleh BNM ini tidak harus disokong. LTH masih mampu berperanan secara strategik jika dikekalkan sebagaimana sekarang dengan perubahan- perubahan yang disyorkan. Dana berjumlah RM88 bilion yang dikumpulkan oleh LTH adalah cukup besar dan signifikan untuk menjadikan LTH sebagai pengurus dana yang berwibawa. Sama seperti institusi lain, contohnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), LTH telah menyerahkan sebahagian daripada dananya untuk diuruskan oleh pengurus dana profesional sebelum ini. 3.17.22 Suruhanjaya berpendapat pengurusan pihak luar tidak semestinya boleh menunjukkan prestasi pelaburan yang @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 220 ===== lama dipakai dalam model perniagaan LTH yang meletakkan perkembangan nilai deposit pendeposit sebagai matlamat utama. 3.17.28 Dengan adanya tiga struktur yang mempunyai Lembaga Pengarah masing-masing, keperluan untuk melantik individu-individu sebagai anggota Lembaga tersebut akan mengundang campur tangan politik yang lebih besar jika tidak ada kawalan undang-undang yang jelas. Sekiranya ini berlaku, pengaruh politik ke atas LTH akan bertambah, bukannya berkurangan. Risiko kemampanan dan kelestarian LTH juga akan terjejas. 3.18 Pandangan Suruhanjaya 3.18.1 Suruhanjaya dengan ini berpandangan bahawa struktur yang sedia ada haruslah dikekalkan dengan mengambil kira hasil-hasil laporan RB dan EY, terutamanya bahagian-bahagian atau pandangan yang bersesuaian untuk diterima pakai bagi menjadikan LTH sebuah organisasi yang lebih mampan. 3.18.2 Fungsi pelaburan LTH yang meliputi pengurusan pelaburan dan pembayaran keuntungan (hibah) hendaklah dijalankan dengan bebas dan profesional agar ianya dilindungi dari perkara-perkara yang telah berlaku sebelum ini. Oleh kerana pembiayaan operasi haji perlu dilakukan secara terancang, kedua-dua fungsi pengurusan dana dan pengurusan haji perlu berada di dalam entiti yang sama terutamanya apabila terdapat unsur-unsur subsidi silang (cross subsidy) seperti yang diamalkan sekarang. Selagi subsidi menjadi amalan, pengasingan antara pembiaya dan pengurus haji akan menimbulkan masalah dalam operasi haji. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 221 ===== (d) mewujudkan dana persendirian (proprietary fund) yang dimiliki oleh LTH yang terpisah daripada dana pendeposit sebagai modal bayangan (pseudo capital) LTH. 3.17.25 Suruhanjaya mendapati, berdasarkan cadangan- cadangan di atas, akan ada tiga entiti yang mempunyai tanggungjawab fidusiari ke atas institusi masing-masing iaitu LTH, Tabung Haji Berhad (pengurus dana) dan Tabung Persendirian TH. Oleh kerana masing-masing ada tujuan yang tersendiri, Suruhanjaya berpandangan bahawa terdapat kemungkinan berlaku percanggahan kepentingan antara satu sama lain. Ini mungkin akan meningkatkan kos keseluruhan entiti ini dan juga boleh menjejaskan operasi haji sekiranya dana yang diperlukan oleh Bahagian Operasi Haji tidak diperuntukkan secara terancang seperti sekarang. 3.17.26 Suruhanjaya ingin menarik perhatian bahawa LTH sekarang ini diberikan pengecualian cukai oleh Kerajaan. Sekiranya operasinya dipecahkan seperti yang dicadangkan, dikhuatiri akan ada ketirisan cukai (tax efficiency) yang akan mengurangkan keupayaan pengagihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit LTH. 3.17.27 Suruhanjaya mendapati melalui cadangan yang dibentang oleh EY bahawa lebihan daripada operasi haji akan dipindahkan kepada rizab atau pun dipindahkan kepada Tabung Persendirian. Adalah dikhuatiri kaedah ini akan menjadikan penambahan rizab bergantung sepenuhnya kepada lebihan operasi haji, bukannya secara terancang seperti yang ada dalam polisi rizab LTH. Dalam masa yang sama, pengaliran keluar dana kepada Tabung Persendirian, sekiranya dibuat, akan mengurangkan jumlah dana yang dimiliki dan boleh diagihkan kepada pendeposit. Mewujudkan satu dana tersendiri untuk LTH akan mengubah prinsip yang sudah @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 222 ===== Pelaburan yang bertanggungjawab untuk memberikan panduan dan mengawal selia Dana Haji diletakkan di bawah Menteri Kewangan. Lembaga akan melantik pegawai-pegawai kanan yang lain seperti Ketua Pegawai Pelaburan dan mereka akan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 3.18.6 Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Lembaga tidak mempunyai kuasa untuk mengarah perkara-perkara berkaitan dengan pelaburan Dana Haji. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah jabatan di bawah LTH, Dana Haji perlu melaporkan pencapaiannya kepada Lembaga secara berkala dan sistematik. Jabatan Audit dan Jawatankuasa Audit LTH hendaklah diberi kuasa untuk mengakses dokumen dan perkara-perkara lain berkenaan dengan kewangan Dana Haji. 3.18.7 Suruhanjaya berpandangan bahawa Dana Haji hendaklah diwujudkan sebagai struktur yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi meningkatkan tahap profesionalismenya. Ini adalah penting kerana saiz deposit LTH pada masa ini berjumlah RM88 bilion dan dijangka akan meningkat kepada RM100 bilion dalam tempoh dua tahun. 3.18.8 Dana Haji hendaklah dipimpin dan dipantau oleh Panel Pelaburan yang bertanggungjawab mengenai: (a) alokasi aset; (b) pengurusan portfolio; (c) pencapaian prestasi pelaburan; (d) pengurusan risiko; dan (e) pelantikan pengurus portfolio luar untuk menguruskan sebahagian daripada dananya. 3.18.9 Suruhanjaya mencadangkan supaya LTH tidak terlibat dengan pelaburan berisiko tinggi khususnya “pelaburan- LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 223 ===== Dana Haji 3.18.3 Adalah dicadangkan supaya fungsi pengurusan pelaburan ini dikekalkan dalam LTH, bukan sebagai sebuah syarikat subsidiari. Namun ianya perlu diasingkan sebagai sebuah jabatan yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji. Dana Haji hendaklah dikanunkan dalam Akta 535 dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini akan menjadikan Dana Haji lebih terlindung disebabkan kawal selia sebuah badan yang mempunyai keupayaan untuk menyelia entiti pengurusan modal. 3.18.4 Adalah dicadangkan Dana Haji ini akan mentadbir dan mengurus dana pendeposit dan melaburkannya bagi mendapatkan pulangan yang stabil. Dana Haji hendaklah didaftarkan/dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Carta Dana Haji yang dicadangkan adalah seperti pada rajah berikut: Lembaga Tabung Haji Menerima deposit bagi tujuan untuk Menguruskan operasi haji mengerjakan haji Pengurusan pelaburan dan pembayaran Dana Haji berada di dalam Tabung Haji . Ditadbir oleh lembaga yang berbeza . Ahli lembaga dilantik oleh Menteri Kewangan . Ahli lembaga mestilah berpadanan dan bersesuaian . Ahli politik aktif tidak dibenarkan . Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti . Bertindak dengan bebas dan profesional keuntungan diuruskan oleh Dana Haji Ee NOORONS 3.18.5 Suruhanjaya mencadangkan fungsi pelaburan LTH dikawal selia oleh Menteri Kewangan bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Suruhanjaya turut mencadangkan supaya pelantikan ahli-ahli Panel @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 224 ===== 3.18.11 Dana Haji hendaklah membina satu pasukan pelaburan domestik dan antarabangsa yang berpengalaman. Sementara itu, portfolio antarabangsa Dana Haji boleh diuruskan oleh pengurus dana luar. 3.18.12 Bagi pelaburan domestik, Dana Haji hendaklah membina pasukan yang profesional. Sebahagian daripada dana yang diuruskan oleh pengurus dana luar boleh dijadikan penanda aras kepada pencapaian dalaman. 3.18.13 Suruhanjaya mencadangkan supaya LTH memberi fokus kepada pengurusan portfolio. Untuk tujuan tersebut LTH hendaklah menetapkan visi untuk menjadi peneraju pengurusan dana dengan menyasarkan pulangan yang tinggi. Justeru, Suruhanjaya mengesyorkan agar Kerajaan mengambil langkah secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh model perniagaan dan pelaburan LTH termasuk memperkasakan tadbir urus melalui pengurusan profesional tanpa campur tangan politik. Usaha ini memerlukan kekuatan dan sokongan semua pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda memperkasakan kemampanan LTH. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 225 ===== pelaburan strategik” seperti yang didefinisikan oleh LTH. Antara pendorong bagi LTH untuk mempunyai “pelaburan strategik” adalah visinya yang mahu menjadikannya sebagai tonggak ekonomi ummah. Visi ini tidak selari dengan objektif LTH yang memfokuskan kepada penabungan bagi tujuan untuk mengerjakan haji. Kajian yang dilakukan oleh EY dalam tahun 2018 mendapati hampir kesemua anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan di bawah kategori “pelaburan strategik” menghadapi kerugian. Terdapat juga isu berkaitan salah laku dalam syarikat-syarikat berkenaan. Hanya pelaburan dalam Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad sahaja yang memberikan dividen yang mampan setiap tahun. Selain itu, termasuk dalam “pelaburan strategik” LTH juga adalah pelaburan dalam perkhidmatan pelancongan dan hotel yang menyokong operasi haji LTH. RB mendapati LTH kekurangan pakar yang berkemahiran dan berpengalaman untuk menjalankan perniagaan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu. Sekiranya LTH dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, badan kawal selia tersebut juga mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk menyelia “pelaburan strategik” berkenaan yang telah banyak membawa kerugian kepada LTH. 3.18.10 Suruhanjaya mencadangkan supaya LTH keluar atau melupuskan kepentingan dalam kelas pelaburan ini, kecuali dalam syarikat-syarikat yang dikawal selia berdasarkan peraturan tadbir urus yang mengehadkan peranan LTH dalam syarikat-syarikat berkenaan seperti Bank Islam, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan juga syarikat-syarikat yang menjadi sebahagian daripada operasi haji LTH seperti TH Travel dan Hotel Movenpick di Sepang yang merupakan lokasi jemaah haji berkumpul sebelum berlepas ke tanah suci. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 226 ===== BAB EMPAT ===== PAGE 227 ===== ===== PAGE 228 ===== 4.1 4.2 4.3 BAB EMPAT RUMUSAN LTH telah menjadi satu jenama yang unggul di mata rakyat Malaysia dan negara Islam yang lain. Kecemerlangan dan pengurusan perkhidmatan haji yang disediakan oleh LTH mendapat pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam. Sebagai institusi yang diamanahkan untuk membantu rakyat Malaysia mengerjakan haji, LTH (dahulu dikenali sebagai PWSBH dan LUTH) sejak tahun 1963 hingga tahun 2021 mengurus seramai 1.46 juta rakyat Malaysia mengerjakan haji. Ini berlaku sebab LTH mengenakan bayaran haji yang rendah dan menampung kos haji sebenar dengan memberi subsidi kepada jemaah haji. LTH juga sejak 2001 telah memberi subsidi atau HAFIS kepada jemaah haji Muassasah sebanyak RM2.02 bilion. Kemampuan LTH untuk memberi subsidi ini adalah kerana LTH berjaya memobilisasi deposit yang kini berjumlah RM88 bilion dan berkemungkinan meningkat kepada RM100 bilion dalam tempoh dua tahun lagi. Pertambahan deposit LTH adalah kerana keyakinan umat Islam terhadap LTH dan juga agihan keuntungan (hibah) yang diberikan setiap tahun adalah kompetitif berbanding institusi-institusi kewangan Islam yang lain. Sejak tahun 1966 hingga tahun 2021, LTH telah membuat agihan keuntungan (hibah) termasuk hibah haji sebanyak RM37.52 bilion kepada pendeposit. Pada masa ini jumlah pendeposit sehingga 22 Julai 2022 ialah seramai 8.6 juta. Walaupun LTH menghadapi krisis kewangan yang serius pada tahun kewangan 2017 yang menyebabkan beberapa kajian dan cadangan telah diutarakan oleh beberapa pihak untuk mengubah model LTH yang sedia ada, seperti memecahkan LTH kepada entiti yang berasingan. Namun Suruhanjaya berpendapat institusi LTH perlu dikekalkan sebagaimana sekarang. Kelemahan- kelemahan yang berlaku boleh diperbaiki tanpa memerlukan LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 229 ===== ===== PAGE 230 ===== 4.4.2 yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan; (f) peruntukan berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Urusan Haji, Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Panel Pelaburan hendaklah dikanunkan di bawah Akta 535. Peruntukan- peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan jawatankuasa- jawatankuasa berkenaan hendaklah juga diperuntukkan dalam Akta 535; (g) peruntukan-peruntukan yang lebih jelas mengenai pengiraan agihan keuntungan (hibah). Dalam pindaan tersebut perlu dinyatakan pembayaran agihan keuntungan (hibah) hendaklah berpandukan kepada penyata kewangan tahunan yang telah diaudit berdasarkan piawaian perakaunan semasa yang ditetapkan MIA; (h) peruntukan-peruntukan berkaitan dengan penubuhan sebuah jabatan yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji yang bertanggungjawab kepada pelaburan LTH yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan (i) pindaan kepada seksyen 26 Akta 535 dengan membuat pengecualian pemakaian Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terhadap LTH. Struktur tadbir urus LTH perlu disusun semula untuk memberi mandat kepada Menteri Hal Enwal Agama bagi pengurusan haji, dan Menteri Kewangan bagi pengurusan kewangan, dana dan pelaburan. Manakala LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 231 ===== perubahan besar kepada struktur sedia ada. Suruhanjaya percaya dengan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil, LTH masih boleh merealisasikan harapan umat Islam untuk mendapat perkhidmatan pengurusan haji yang terbaik yang disediakan oleh LTH. 44 Syor-syor Suruhanjaya dalam laporan ini boleh diringkaskan seperti berikut: 4.4.1 Pindaan perlu dibuat ke atas Akta 535, bagi menambahbaik tadbir urus dan kawal selia LTH dengan mewujudkan peruntukan undang-undang mengenai perkara-perkara berikut: (a) peruntukan yang menggariskan kriteria khusus yang perlu ada pada individu-individu yang layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai anggota Lembaga dan kaedah pemilihan anggota Lembaga; peruntukan agar bidang-bidang kepakaran yang diperlukan bagi anggota-anggota Lembaga yang dilantik, dinyatakan secara khusus; peruntukan khusus yang melarang ahli politik yang aktif daripada dilantik dan memegang jawatan sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga dan anak-anak syarikat; peruntukan agar sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan; peruntukan agar penamatan perkhidmatan mana- mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 232 ===== 4.4.7 Laporan Penyata Kewangan LTH hendaklah mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan dan prinsip-prinsip seperti yang dirujuk dalam Akta 240. LTH juga perlu secara tepat mematuhi PA 3.1 Garis Panduan Untuk Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan. 4.4.8 Amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan hendaklah dihentikan. 4.4.9 Usaha perlu dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberi kepada ahli Lembaga dan Pengurusan TH Properties, memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. 4.4.10 Suruhanjaya juga mencadangkan supaya audit forensik dilaksanakan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan LTH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk. Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti yang berikut: ° PT TH Indo Plantations (THIP); ° Emrail Sdn. Bhd.; ° Wellspring Worldwide Limited; ° Deru Semangat Sdn. Bhd. (DSSB); ° Trurich Resources Sdn. Bhd. (Trurich); e Abraj Sdn. Bhd. (Abraj); e Putrajaya Perdana Berhad; e Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd. (Al-Rawda); e Alfareeda Residential Fund (Al-Fareeda); e TH Plantations Berhad (THP); e TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties); ° Alam Maritim Resources/ TH Marine; . TH Hotel & Residences Sdn. Bhd. (THHR); dan . FGV Berhad (FGV). LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 233 ===== pelantikan anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dibuat oleh Perdana Menteri atas syor jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadangkan untuk ditubuhkan. 4.4.3 Penglibatan anggota Lembaga dan pengurusan LTH dalam pengurusan anak-anak syarikat LTH hendaklah dihadkan. Ini bertujuan untuk memastikan mereka dapat memberi fokus kepada tanggungjawab di LTH dan sekaligus mengelak konflik kepentingan. 4.44 BNM tidak seharusnya mengawal selia LTH. Jika pengawalseliaan ini masih diperlukan, maka ia hendaklah dihadkan kepada: (a) kawalan rizab; dan (b) pengurusan kecairan. Walau bagaimanapun, pengawalseliaan di atas tidak harus tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759], Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Akta 618). 4.4.5 Pengauditan penyata kewangan LTH sewajarnya tidak lagi dipertanggungjawabkan kepada JAN sebaliknya LTH boleh melantik Firma Akauntan Swasta untuk membuat pengauditan penyata kewangan LTH. 4.4.6 LTH dalam menentukan kadar pengagihan keuntungan (hibah) perlu berdasarkan kepada penyata kewangan tahunan yang telah diaudit, bukan Laporan Proforma. RAV juga tidak boleh dijadikan asas oleh LTH bagi membuat pembayaran agihan keuntungan (hibah), sebaliknya hendaklah menggunakan nilai aset dan liabiliti seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan LTH. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 234 ===== Jika LTH gagal, jaminan Kerajaan (seksyen 24 Akta 535) kepada pendeposit yang sekarang bernilai RM88 bilion terpaksa diaktifkan. Dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja LTH akan menanggung akibatnya tetapi kedudukan kewangan Kerajaan akan turut terjejas dan ini mengancam kestabilan sistemik kewangan negara. 4.4.16 Penstrukturan Sukuk yang dicadangkan untuk diterbitkan semula perlulah mempunyai ciri-ciri boleh diniagakan (tradeable). Ciri-ciri yang boleh diniagakan ini dapat memberi fleksibiliti kepada LTH dalam mengurus komponen aset-aset yang dipegang terutamanya bagi mengoptimumkan pendapatan LTH. 4.4.17 Penerbitan Sukuk tersebut tidak hanya ditawarkan kepada LTH atau Kerajaan tetapi juga boleh ditawarkan kepada institusi-institusi kewangan yang lain. 4.4.18 Kerajaan hendaklah memberi perhatian yang serius dengan memastikan peruntukan sebanyak RM1.73 bilion setahun dibuat seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri bagi tujuan penebusan awal Sukuk-sukuk UJSB. 4.4.19 Suruhanjaya menggalakkan UJSB membuat penebusan awal Sukuk hasil daripada pelupusan aset-aset yang telah dipindahkan dari LTH kepada UJSB. 4.4.20 LTH perlu membuat perubahan dasar bagi deposit, bayaran haji dan HAFIS seperti berikut: (a) deposit minimum untuk pendeposit layak diberi giliran menunaikan haji secara automatik (bagi haji kali pertama) dinaikkan daripada RM1,300 kepada kos yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah semasa (sekarang ini berjumlah RM12,980); LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 235 ===== 4.4.11 Pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan yang dibuat berkaitan dengan sebarang salah laku di LTH. 4.4.12 Proses penyempurnaan tindakan tatatertib di LTH ini yang meliputi durasi penahanan kerja perlulah diperkemas dan disegerakan agar proses ini dilihat dan diyakini sebagai suatu proses yang berkesan, cekap, adil dan telus. 4.4.13 Transaksi-transaksi pelaburan yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau di prosiding timbang tara perlu dipantau secara dekat oleh Pengurusan dan Lembaga bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar dan menghasilkan keputusan yang terbaik kepada LTH. Penyelesaian di luar proses mahkamah dan timbang tara harus dipertingkatkan agar pertikaian dapat diselesaikan dengan segera tanpa merencatkan kepentingan LTH. 4.4.14 LTH wajar memberi perhatian serius bagi memastikan bayaran zakat dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Memandangkan telah berlaku perubahan akad simpanan, adalah wajar LTH mengemukakan perkara ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) untuk dibincang dan diputuskan pandangan hukum berkaitan pembayaran zakat. 4.4.15 Kerajaan hendaklah mengambil perhatian serius mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018 bagi memastikan pelan ini berjaya mencapai matlamatnya. Instrumen Sukuk boleh ditambah baik sekiranya mempunyai jaminan Kerajaan. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 236 ===== 4.5 4.6 4.4.25 Kerajaan hendaklah mengambil langkah penambahbaikan secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh model perniagaan dan pelaburan LTH termasuk memperkasa tadbir urus melalui pengurusan profesional tanpa campur tangan politik. Penutup Berdasarkan penemuan dan syor-syor Suruhanjaya, Kerajaan dan pengurusan LTH perlu memberi perhatian yang serius terhadap penambahbaikan yang dicadangkan bagi memastikan pengurusan LTH terus cemerlang. Urus tadbir yang cekap, berkredibiliti dan berintegriti akan dapat menarik lebih ramai pendeposit untuk menyimpan di LTH. Ia juga dengan sendirinya akan meningkatkan dana LTH sekaligus membolehkan objektif utama LTH untuk menyediakan khidmat pengurusan haji yang terbaik kepada semua jemaah dapat dicapai. Dengan ini, LTH akan terus kekal unggul di negara kita Malaysia dan di persada antarabangsa. Suruhanjaya berharap Kerajaan akan menimbang supaya laporan Suruhanjaya ini diumumkan kepada awam mengikut mana-mana bahagian yang bersesuaian. LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 237 ===== (b) jumlah pengeluaran deposit yang besar dihadkan dan pendeposit perlu memberi notis pengeluaran selama sebulan sebelum pengeluaran tersebut dibuat; dan (c) sebarang bentuk bantuan haji ataupun subsidi hanya diberikan kepada jemaah yang memerlukan sahaja. 4.4.21 LTH perlu merancang agar ia mampu membawa lebih ramai jemaah haji pada masa hadapan dan menggunakan sepenuhnya kuota tambahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Arab Saudi. 4.4.22 LTH perlu menaikkan minimum bayaran pendaftaran haji Muassasah daripada RM1,300 kepada bayaran semasa, iaitu RM12,980. Ini bukan sahaja akan menambah jumlah deposit LTH malah akan mengurangkan tempoh menunggu giliran haji daripada 130 tahun kepada 33 tahun. 4.4.23 Fungsi pelaburan LTH yang meliputi pengurusan pelaburan dan agihan keuntungan hendaklah dijalankan dengan bebas dan profesional. Kedua-dua fungsi, iaitu pengurusan dana dan pengurusan haji perlu berada dalam entiti yang sama kerana terdapat unsur-unsur subsidi silang (cross subsidy) seperti yang diamalkan sekarang. Fungsi pengurusan pelaburan dikekalkan dalam LTH, sebagai sebuah jabatan yang boleh dinamakan sebagai Dana Haji. Dana Haji akan bertanggungjawab kepada pelaburan LTH dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 4.4.24 LTH hendaklah memfokuskan kepada portfolio pengurusan dana. LTH tidak seharusnya terlibat dengan pelaburan berisiko tinggi khususnya pelaburan-pelaburan yang diklasifikasikan sebagai strategik oleh LTH. @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 238 ===== SENARAI EKSHIBIT (DIKLASIFIKASIKAN RAHSIA) Jilid/Tajuk Ekshibit Muka Surat JILID 1 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) BAGI MEREKA YANG TIDAK DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri 1 Tan Sri Dato' Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor 25 Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Husin 49 Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin 81 Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah 111 Dato' Haji Ghazali bin Awang 141 Tan Sri Othman bin Mahmood 185 Datuk Rosni binti Sohar 211 Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh 249 Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali 277 Prof. Dr. Ashraf bin Md Hashim 309 Dato' Noordin bin Sulaiman 345 Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir 377 Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad 419 Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan 449 Tengku Dato' Seri Hasmudin bin Tengku Othman 483 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 239 ===== Bertarikh 19 haribulan Julai 2022 Tun Md Raus bin Sharif Pengerusi Suruhanjaya Tan Sri Samsudin Tan Sri Abdul Rashid bin Osman bin Hussain Pesuruhjaya Pesuruhjaya Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid Pesuruhjaya Profesor Dr. Asmadi bin Mohamed Naim Pesuruhjaya Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Setiausaha @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 240 ===== JILID 4 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) DAN NOTA KETERANGAN SAKSI (NKS) BAGI MEREKA YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA ABS 1 Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji 1851 Baharom NKS 1 Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji 1925 Baharom ABS 2 Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul 1961 Rahim NKS 2 Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul 2091 Rahim ABS 3 Tan Sri Ismee bin Ismail 2147 NKS 3 Tan Sri Ismee bin Ismail 2235 ABS 4 Datuk Seri Johan bin Abdullah 2337 NKS 4 Datuk Seri Johan bin Abdullah 2465 JILID 5 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) DAN NOTA KETERANGAN SAKSI (NKS) BAGI MEREKA YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA ABS 5 Datuk Rozaida binti Omar 2555 NKS 5 Datuk Rozaida binti Omar 2693 ABS 6 Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa 2775 NKS 6 Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa 2809 ABS 7 Tan Sri Md Nor bin Md Yusof 2869 NKS 7 Tan Sri Md Nor bin Md Yusof 2957 ABS 8 Datuk Zaiton binti Mohd Hassan 3001 NKS 8 Datuk Zaiton binti Mohd Hassan 3045 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 241 ===== JILID 2 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) BAGI MEREKA YANG TIDAK DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA Encik S.Elias bin Abd Rahman Alhabshi 515 Datuk Azizan bin Abdul Rahman 555 Dato' Merina binti Abu Tahir 591 Encik Mustakim bin Mohamad 683 Puan Hazlina binti Mohd Khalid 879 Encik Idrus bin Ismail 1053 JILID 3 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) BAGI MEREKA YANG TIDAK DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA Puan Rozita Khamsiah binti Othman 1137 Encik Azirruan bin Arifin 1283 Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang 1359 Tan Sri Madinah binti Mohamad 1377 Datuk Seri Nik Azman bin Nik Abdul Majid 1463 Encik Azizan bin Zakaria 1619 Encik Ahmad Ridhwan bin Azizan 1831 @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 242 ===== JILID 8 LAPORAN ERNST & YOUNG (EY) 2018 Hibah Analysis Final Report 4439 8 October 2018 Lembaga Tabung Haji and Its Subsidiaries Report to the 4541 Risk, Audit & Governance Committee Financial Year Ended 31 December 2019 Meeting on 21 December 2020 Lembaga Tabung Haji Memorandum of Recommendations 4699 for the Year Ended 31 December 2019 Lembaga Tabung Haji and Its Subsidiaries Interim Audit 4825 Status Update Financial Year Ended 31 December 2020 Meeting with The Lembaga on 27 April 2021 Lembaga Tabung Haji and Its Subsidiaries Report to the 4899 Risk, Audit & Governance Committee Financial Year Ended 31 December 2020 Meeting on 25 October 2021 Lembaga Tabung Haji Memorandum of Recommendations 5033 for the Year Ended 31 December 2020 JILID 9 LAPORAN ERNST & YOUNG (EY) Reserving Options and Realisable Asset Value (RAV) 5175 Reporting Framework & Independent Audit Final Report 30 June 2016 Factual Assessment on The Disposal of PT TH Indo 5235 Plantations Final Report dated 18 September 2019 Volume 1 of 8 Business Review of TH's Investee Companies 5387 Final Report (v1) 26 October 2018 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI (205) ===== PAGE 243 ===== JILID 6 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) DAN NOTA KETERANGAN SAKSI (NKS) BAGI MEREKA YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA ABS 9 Dato' Sri Zukri bin Samat 3111 NKS 9 Dato' Sri Zukri bin Samat 3179 ABS 10 Dato' Mohzani bin Dato' Dr. Abdul Wahab 3275 NKS 10 Dato' Mohzani bin Dato' Dr. Abdul Wahab 3313 ABS 11 Encik Ahmad Qadri bin Jahubar Sathik 3359 NKS 11 Encik Ahmad Qadri bin Jahubar Sathik 3389 ABS 12 Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff 3449 NKS 12 Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff 3593 ABS 13 Puan Mona binti Othman 3677 NKS 13 Puan Mona binti Othman 3727 JILID 7 AKUAN BERKANUN SAKSI (ABS) DAN NOTA KETERANGAN SAKSI (NKS) BAGI MEREKA YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN DI HADAPAN SURUHANJAYA ABS 14 Encik Abd Kadir bin Sahlan 3767 NKS 14 Encik Abd Kadir bin Sahlan 3845 ABS 15 Datuk Sri Amrin bin Awaluddin 3907 NKS 15(1) Datuk Sri Amrin bin Awaluddin 4087 NKS 15(2) Datuk Sri Amrin bin Awaluddin 4177 ABS 16 Encik Hizamuddin bin Jamalluddin 4247 NKS 16 Encik Hizamuddin bin Jamalluddin 4389 ® LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 244 ===== TH Indopalms Sdn. Bhd. & TH Indo Industries Sdn. Bhd. 6141 2018 Audit Status 2 April 2019 TH Indopalms Sdn. Bhd. 6165 Audit Results for the Year Ended 31 December 2019 TH Indopalms Sdn. Bhd. 6193 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 9 March 2021 TH Indo Industries Sdn. Bhd. 6215 Audit Results for the Year Ended 31 December 2019 TH Indo Industries Sdn. Bhd. 6243 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 9 March 2021 TH Marine Holding (L) Inc., Marine 1 (L) Inc., TH Alam 6267 Holdings (L) Inc. Group and TH Marine Sdn. Bhd. 2018 Audit Status 26 March 2019 TH Marine Holding (L) Inc., Marine 1 (L) Inc. and TH Alam 6297 Holdings (L) Inc. Group Audit Results for the Year Ended 31 December 2019 TH Marine Holding (L) Inc. and Its Subsidiaries 6341 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 18 March 2021 TH Hotel and Residence Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 6399 2017 Audit Committee Report 28 March 2018 TH Hotel and Residence Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 6451 2018 Audit Status 1 April 2019 TH Hotel and Residence Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 6503 Audit Results for the Year Ended 31 December 2019 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 245 ===== TH Properties Sdn. Bhd., TH Hotel & Residences Sdn. 5601 Bhd., TH Marine Holding (L) Inc. and Abraj Sdn. Bhd. Group of Companies 2017 Audit Committee Report 2 April 2018 TH Properties Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 5663 2018 Audit Results 18 March 2019 TH Group 5727 e Unlisted Plantation e Hotel e Marine e Properties e Abraj Group of Companies 2018 Audit Results 22 April 2019 JILID 10 LAPORAN ERNST & YOUNG (EY) TH Properties Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 5863 Audit for the Year Ended 31 December 2018 Briefing to the Board of Directors 1 August 2019 TH Properties Sdn. Bhd. 5883 Half-year Review (Financial Period Ended 30 June 2019) 25 November 2019 TH Properties Sdn. Bhd. and Its Subsidiaries 5949 2019 Audit Results 22 May 2020 TH Properties Sdn. Bhd. 6035 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 1 April 2021 Deru Semangat Sdn. Bhd. 6087 Audit Results for the Year Ended 31 December 2019 Deru Semangat Sdn. Bhd. 6115 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 7 April 2021 ® LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 246 ===== JILID 12 SURAT-SURAT DARIPADA AGENSI Surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi LTH bertarikh 7252 25 Oktober 2018 Ulasan Jabatan Audit Negara Mengenai Pandangan Lembaga Pengarah Terhadap Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017 Surat Ketua Audit Negara kepada Perdana Menteri 7264 bertarikh 19 Disember 2018 Penjelasan Jabatan Audit Negara Terhadap Isu Berbangkit Mengenai Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017 Surat Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi LTH 7274 bertarikh 21 Ogos 2014 Deposit Taking and Management of Liquidity Surat Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi LTH 7278 bertarikh 19 Disember 2014 Pengambilan Deposit dan Pengurusan Kecairan Surat Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi LTH 7282 bertarikh 23 Disember 2015 Keperluan Merumus Dasar Rizab Surat Bank Negara Malaysia kepada Menteri di Jabatan 7288 Perdana Menteri bertarikh 23 Disember 2015 Pengurusan Kewangan Lembaga Tabung Haji Surat Bank Negara Malaysia kepada Perdana Menteri 7292 bertarikh 28 Disember 2018 Pengawalseliaan dan Cadangan Langkah-langkah Kehematan ke atas Lembaga Tabung Haji LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 247 ===== TH Hotel and Residence Sdn. Bhd. 6575 Audit Results for the Year Ended 31 December 2020 25 March 2021 JILID 11 LAPORAN PRICEWATERHOUSECOOPERS Financial Position Review of Lembaga Tabung Haji 6636 31 December 2017 Financial Position Review of Lembaga Tabung Haji 6716 30 June 2018 - Final Report 9 November 2018 LAPORAN ROLAND BERGER 5-Year Strategic Business Plan Review & Strategic 6814 Workshop Facilitation SBP Review — Final Report 3 March 2017 Lembaga Tabung Haji Strategic Plan Review 6890 Final Report — Revised Version 2 February 2018 LAPORAN JABATAN AUDIT NEGARA Pemerhatian Audit Terhadap Pengauditan Penyata 7192 Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017 ® LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 248 ===== Proforma Penyata Kewangan oleh Tetuan Ernst & Young 7792 Report on the Pro Forma Financial Information of Lembaga Tabung Haji bertarikh 30 September 2016 (Realisable Asset Value (RAV) on TH's Audited Statement of Financial Position as at 31 December 2015) Report on the Pro Forma Financial Information of Lembaga Tabung Haji bertarikh 12 Julai 2017 (Realisable Asset Value (RAV) on TH's Audited Statement of Financial Position as at 31 December 2016) Report on the Pro Forma Financial Information of Lembaga Tabung Haji bertarikh 23 Mei 2018 (Realisable Asset Value (RAV) on TH's Audited Statement of Financial Position as at 31 December 2017) Kertas Kerja Bahagian Syariah Tabung Haji (2019) 7806 Berkaitan Perubahan Kepada Akad Wakalah Penyata Kewangan Beraudit Jabatan Audit Negara (Bagi 7841 Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2017) LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI @ ===== PAGE 249 ===== Surat Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Suruhanjaya 7296 Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Tabung Haji bertarikh 18 April 2022 Recommendation on the Future Business Model for Lembaga Tabung Haji Surat Bank Negara Malaysia kepada Perdana Menteri 7302 bertarikh 26 Jun 2019 Outcome of the Supervisory Review of Lembaga Tabung Haji Surat Menteri Kewangan Diperbadankan kepada Urusharta 7308 Jamaah Sdn. Bhd. bertarikh 27 Mei 2019 Surat Sokongan Kewangan Bagi Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB), Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) Perbezaan antara Penilaian JPPH dan Penilaian daripada 7312 Jurunilai Bertauliah yang Dilantik oleh LTH serta Nilai Semasa Hartanah yang Dilaksanakan oleh Jurunilai Bertauliah Pada Akhir Tahun 2021 Perjanjian Pemindahan Aset Saham-Saham Tersenarai di 7318 Bursa Malaysia Perjanjian Pemindahan Syarikat Perladangan TH Estate di 7390 Sri Aman, Sarawak (Syarikat Tidak Tersenarai) Perjanjian Pemindahan Hartanah 7466 Perjanjian Sukuk berkenaan Langganan RM27.56 bilion 7614 UJSB Sukuk oleh LTH Perjanjian Hak Penolakan Pertama (Right of First Refusal 7754 atau ROFR) @ LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI ===== PAGE 250 ===== ===== PAGE 251 ===== ===== PAGE 252 =====